Assalamualaikum untuk semua teman-teman dan sesiapa saja yang sudi singgah ke blog kakchik ni. Semoga semuanya ceria selalu dan mendapat rahmat & kasih sayang dari Allah SWT.
Hari ini dia telah pergi... telah dipanggil kembali... kembali ke pangkuan Ilahi. Pokcik Amad, tok saudara Cik Abe telah meninggalkan dunia yang fana ini jam 4 pagi tadi. Berita kematiannya hanya kakchik terima sebaik azan Subuh berkumandang. Mendengar berita dari Mak (mertua), kakchik jadi terkedu sekejap. Dalam hati terdetik, "eh, raya baghu nih jumpa dia jalan kaki ke masjid yang jauhnya 500m dari rumah. nampak sihat dan gagah saja..."
Itulah, bila ajal memanggil, sedetik pun ia tidak menunggu kita.
Hari ni kakchik ambil EL balik ke kampung Cik Abe di Pasir Puteh. Terasa kesal di hati kerana tidak tahu yang sejak lepas hari raya Pokcik Amad telah pun sakit tenat. Menyesal sebab dia ialah orang yang telah membela dan membesarkan Ayah (mertua) sejak kecil dan rumahnya hanyalah lebih kurang 5 langkah dari rumah keluarga kami, tapi kakchik jarang naik menziarahinya. Bukan tak mahu naik tapi bila balik ke rumah Mak, undangan ke rumah waris-warah selalunya banyak sehinggakan rumah jiran terdekat terlupa nak diziarahi. Ya Allah, lalainya kakchik dari tanggungjawab ini. Ampunkanlah Ya Allah.
Doa kakchik moga roh arwah Pokcik Amad akan tenang bersama roh orang-orang yang mendapat redha dan rahmat Allah.
Al-Fatihah.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
al fatihah..
ReplyDeletemg arwah ditempatkan bersama para solihin...
azza - terima kasih bagi pihak keluarga arwah pokcik amad
ReplyDelete