Hari ni masa chat kat shoutmix dgn azza ada bagitau dia yang kakchik petang ni ada janji nak early dinner dengan kawan dari KL, tup tup tersilap tarikh la... sebenarnya petang esok. :) Jadi, sebab dah bagitau suami yang KakChik akan balik lambat sedang ada 'date' dengan kawan, KakChik pun tukar rancangan... hantar sms kat Cik Abe kata nak ke KB Mall checking kedai buku SMO yang baru... dan beli selipar.
Selalunya kalau ke KB Mall, KakChik hanya pergi 2 atau 3 tempat iaitu Popular, Pacific dan McD/KFC/KyrosKebab/PizzaHut/Rasamas, kat tempat lain tu KakChik akan pergi biasanya lepas exam untuk cari 'buah pusing kedai, buah belalak mata' saja... apa orang putih cakap... window shopping... Sebab takde planning awal-awal, KakChik gi cari 'buah pusing kedai, buah belalak mata' ajelah... (Jaga-jaga duit dalam beg tu... nasib baik belum ambil duit gaji lagi... :) bimbang ...)
KakChik jenis kalau nak ke shopping mall selalunya bawa senarai sebab KakChik tak suka dok lama-lama dalam tu, nanti balik rumah, mulalah nak pening kepala, sakit-sakit badan dah tu tak senang nak layan suami. Manalah seronokkan? Nak buatkan air, nak hidangkan makanan (itu kalau dah masak awal2) nak solat...letih. Tapi kalau lepas exam.... tak kisah...
Jadi, mula-mula KakChik gi kedai Bata cari selipar. Ada banyak paten baru tapi takde saiz le pulak. Kaki kita kecik, kadang-kadang saiz 4 pun longgar. KakChik cuba 3 jenis selipar yang berkenan, tapi sayang... dah kata, takde saiz. Malas nak gi kedai lain, bukan takde tapi memang KakChik suka pakai jenama Comfit keluaran Bata tu, selesa dan tahan lama. Selipar yang sebelum ni usianya hampir 4 tahun, masih elok je minggu lepas tapi sebab selalu pakai semasa ulang-alik berpindah ni, dah tercabut tapaknya, tak dapat nak baiki sebab jatuh entah kat mana... :(
Kiri: Cantik tak selipar baru KakChik? RM24.99 tapi cashier caj RM25.00, senang-senang je dia kutip 1 sen dari kita, kalau 100 orang, tentu dah banyak kedai tu dapat duit free. Agaknya yang mana yang KakChik beli ya? Hmmm...
KakChik ni selain suka kumpul buku, satu lagi kelemahan ialah suka kumpul kasut. Syysh.... terjangkit dari kakak-kakak kat rumah le ni. Sekarang ni sedang cuba kawal nafsu beli kasut sebab dah ada 5 pasang dah... semuanya KakChik pakai gilir-gilir.
Niat nak ke SMO belum tercapai sebab KakChik singgah pula kat kedai video Mutiara Timur (kat sini kalau beli VCD kdrama dapat 20% - tau sebab sebelum ni pernah diserang kdrama tapi dah pudar dah sejak sebelum Ramadhan lagi, alhamdulillah...). KakChik cari CD untuk ibu mengandung, nasyid kanak-kanak dan beberapa muzik intrumental utk senamrobik (KakChik pun instruktor juga...hehehe ada lesen mengajar Hi Lo je).
Kanan: Gambar kurang elok. CD2 yang KakChik beli tadi habis duit RM250 selepas diskaun. Sempat juga tanyakan cerita Korea yang baru, saja tanya. Tak beli dah sekarang... (nanti nak buat entri khas untuk jual semua VCD cerita tu).
Sambil jalan, mata melilau (belalak) tengok macam-macam kedai, pusing-pusing, terdetik kat hati, "alangkah best nya kalau dapat buka cawangan MariBaca kat sini." Insya-Allah angan-angan akan jadi kenyataan suatu hari nanti.
Sebenarnya selepas 5 petang ni, orang tak ramai kat KB Mall ni, mungkin juga sekarang ni masing-masing dah kering 'modal' dan selalunya sebelah malam dan hujung minggu kat sini crowded. Dari jauh KakChik dah nampak SMO. La... dekatnya cawangan baru SMO dengan Popular! Boleh kata sebelah menyebelah. Mesti kuat competition ni. Sebab dah biasa dengan Popular, KakChik ke sana dulu, habis RM92 lepas tu pergi ke SMO, habis RM84. Antara buku yang KakChik beli hari ni:
- Fiqh Muamalah oleh Syeikh Hassan Ayoub
- Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Muamalat Tapi Anda Malu Bertanya... oleh Ust. Mohammad Nidzam Abdul Kadir
- Meredah Samudera oleh Imran Yusuf (beli sekali lagi, hari dah hadiah kat orang)
- Lost for Words oleh Lorelei Mathias
- The Not-So-Perfect Man oleh Valerie Frankel dan
- One Night Stand oleh Julie Cohen
Duit pun dah hampir habis, jom le balik hai kaki ku. Nanti nak singgah di MariBaca pulak, nak ambil Adik kemudian ke rumah sewa ambil tong gas dan bunga kesayangan yang tertinggal.
Ini je sepohon bunga kat rumah kami... minat tapi takde masa nak uruskan. Ni kes jatuh cinta pandang pertama lah ni. KakChik jaga dia tak nak berbunga, bila Cik Abe yang jaga, eh, berbunga pulak dia... ni mesti bunga pompuan ni. Sempat jumpa penyewa baru dan jiran sebelah kami, Kak Sakinah pensyarah USM. Salam-salaman mohon maaf, Maghrib baru sampai kat rumah.
Nak tido la pulak... sweet dreams semua.
kak chik minat kumpul kasut eh? sama cam husband saya...suka beno kumpulkan kasut..lebih2 kat sini, kalau jenama clerks tu, kadang2 boleh dapat murah. dia plak yg selalu suruh saya beli kasut, bila tgk saya pakai satu kasut tu lama2 sgt. saya plak jenis yg setia ngan satu2 kasut... kasut tu la pakai gi jalan...gi keje etc...ehehe.. saya cuma terpikir nak beli baru bila dah buruk beno nampaknya...hehehe.. kalau kat mesia, saya pun suka beli kasut comfit!
ReplyDeleteorg lelaki dia tak byk pilihan hobi, minat kmpl kasut tu tak pula berjangkit kat husband kakchik, sib baik... hihihi.
ReplyDeletekakchik suka jenama HushPuppies, Polo dan Crocodile sebab kukuh & tahan lama (biarlah mahal silik pun), pernah ada sepasang Clarks.
Susah jg kin kalau 2 2 suka kumpl kst, lari bajet nanti
Eh!..Tie nak cuba selipar comfit tu..harganya ok je..tie suka pakai selipar. Selipar kulit tie tu cepat rosaklah (2tahun tu cepat,gak!)lagipun selipar kulit tak tahan kena air. Tie pun setia mcm kin, pakai selipar tu ke mana2...kenduri,pasar,shopping dan gi raya sekali. Hi hi....
ReplyDeleteP/s: Sukakan frasa, 'buah pusing kedai dan buah belalak mata!'
kak tie - kakchik pun suka pakai selipar tapi takleh pakai pi opis lah... dlm kete kena ada 1 psg selipar & 1 psg kasut spare. balik keje, msk kete tukar kst pakai selipar.
ReplyDeletefrasa tu kena sangat dgn window shopping tu kan? pusing-pusing kedai, belalak mata kita nengok macam2 benda, berkenan/tak berkenan suku kira...