Followers

15.11.08

Jalan-jalan cari baju..

Gambar dari Modest and Beautiful

Sekarang sedang rehat ni... sambil makan tengahari dengan hidangan ringkas (kuih roti kukus 2 biji + cekodok sebiji + milo panas), kakchik jalan-jalan (blog jumping/hopping) mencari fesyen menarik untuk muslimah.

Wah.... tak sangka jumpa dengan banyak juga blog menarik yang berkaitan fesyen ni. Ada yang menjual, ada yang macam penasihat fesyen, ada yang tolong rekomenkan apa yang sesuai dipakai dan tak kurang juga yang menulis tentang pemakaian hijab di serata dunia.
Gambar dari Hegab Rehab

KakChik sebenarnya tak suka pakaian yang terlalu berfesyen tapi kalau sekadar nak lihat tu tak de salahnya kan. KakChik pun berniqab, dan pakaian pun biasa je... sesekali lihat abaya atau jubah yang cantik ada juga tiru, jahit untuk dipakai sendiri.

Gambar dari Hegab Rehab

KakChik suka warna maroon, purple, hijau, kuning dan hitam. KakChik tak sesuai pakai warna biru, kalau pakai jubah atau tudung biru mesti ada yang tegur kata nampak lain, nampak pelik dan Cik Abe pun pernah kata , tak sesuai. Tu yang banyak warna purple-maroon-hijau.

Sambil jalan-jalan tu KakChik teringat ada satu email mengenai tip-tip kecantikan. Boleh lah rasanya kalau KakChik kongsikan bersama kat sini.
Beauty Tips for Sisters:

1- To beautify your eyes, lower your gaze towards strange men, this will make your eyes pure and shiny.

2- To have attractive lips, always remember to speak the truth.

3- As for blush and rouge, "Modesty" (Haya) is one of the best brands and it can be found in any of the Islamic masaajids.

4- To remove impurites from your face and body, use a soap called "Istighfaar". InshaAllah this soap will remove bad deeds.

5- Now about your hair, if any of you has a problem of hair split ends, then I suggest a "hijab" which will protect your hair.

6- As for jewelery, beautify your hands with humbleness and let your hands be a power to forgive people who have hurt your feelings.

7-For a beautiful and glowing face, "niqab" is definitely the thing to wear. It protects you from unwanted stares and glares and serves as the perfect sunscreen! "
Mula-mula baca dulu KakChik terfikir, rajin sungguh orang yang menulis tips ni. Sempat dia kaitkan penjagaan kecantikan dengan kehendak ajaran Islam secara berkias-kias. Tapi memang mudah kita fahami.

Enjoy!

4 comments:

  1. kak...
    cantik2 nya juabh tu..hehe..azza dah rambang mata ni..mmg cari sgt jubah2 yg comei gini..nak explore la blog tu nnti..

    ReplyDelete
  2. azza, memang cantikkan... eiii kakchik tengok dah berkenan tapi mengikut kata tuan punya blog, dia tak jual jubah-jubah tu cuma dia tolong rekomenkan padanannya saja.

    nama pemilik blog, ANGE dari Australia.

    ReplyDelete
  3. Salam kak chik.

    Terima kasih sudi ziarah blog alqasam. Walau tiada komen, namun kesan myblog log dapat alqasam membuat ziarah kembali ke blog kak chik.

    Alqasam pun kenal Klinik Ummi. Kenalan rapat di Terengganu ni. Satu persatuan doktor dengan suami.

    Semoga kak chik dan keluarga bahagia selalu.

    Terima kasih atas post ini. memang minat bab-bab fashion.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumsalam warahmatullah.

    alqasam, kakchik belum dapat baca entri2 dlm blog alqasam tu... bila dah baca, insya-Allah kalau ada yang perlu kakchik komen, kakchik akan tulis.

    kakchik sebenarnya baru je kenal dgn dr ummi tu melalui seorang sahabat baik yg juga ahli papisma yg mungkin suami alqasam sertai tu.

    silalah datang lagi kalau dirasakan blog kakchik ni mendatangkan ilmu, jika ada perkara yg perlu ditegur @ dinasihati, sila kan...

    kakchik pun suka fesyen tapi lebih kepada kasut.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs