Followers

19.11.08

Murah rezeki

Alhamdulillah... itulah yang mampu kakchik ucapkan dan terima kasih kepada pemberi-pemberi hadiah. Semoga ia akan lebih mengukuhkan ukhuwah di antara kita. Murah juga rezeki apabila kita ramai kawan. Dan bertuah pula bila ada di kalangan kawan tersebut ialah orang-orang yang pemurah. Kita yang mendapat manfaat dari perkenalan ini. Ketika kesunyian, boleh menatap dan membaca kata-kata indah yang umpama motivasi kepada diri. Terima kasih untuk Kak Tirana dan Azza.

Diterima daripada Kak Tirana. Sayu pula terasa apabila membaca kata-kata kad ini.
Saya juga bertuah mengenali akak.

Pemberian dari Azza yang indah dan sememangnya persahabatan adalah satu hadiah yang perlu dihargai sebaik-baiknya, dengan saling menghormati, saling perlu memerlukan di saat suka dan duka. Sudah ramai yang mengenali Azza dari blognya Sedetik Hati. Anda pun tahu bagaimana orangnya... itu yang kakchik suka tentang Azza.

Jazakillahu khairan kathira untuk Kak Tirana dan Azza.

Wassalam.

2 comments:

  1. Salam Chik... moga ceria hari ni.. Kak tirana ada sent invitation through chik punya email..Nanti check ye..

    ReplyDelete
  2. Wkslm Kak Tirana, masih ceria hingga ke saat ini. Invitation dah diterima, roger and out.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails