Followers

6.11.08

Things to do...

Assalamualaikum semua.

Hari ni 'things to do' kakchik tak banyak sangat macam sebelum-sebelum ni. Maklum aje, hari ni kakchik tak kerja. Pelikkan? Perpustakaan kami tu memang cuti hujung minggunya lain dari orang lain. Orang lain cuti Jumaat-Sabtu atau Sabtu-Ahad tapi kami cuti Khamis-Jumaat. Bagi kakchik ada kebaikannya misalnya kakchik boleh uruskan hal-hal peribadi yang berkaitan urusan di jabatan kerajaan pada hari ini. Lagi satu bolehlah temankan Ummi yang tinggal sorang kat rumah.

Apa yang perlu kakchik buat hari ni ye? Hmmm... beginilah senarainya yang telah disiapkan malam tadi:
  • Siapkan tugasan HDPS3403 Planning and Teaching of Arts and Creativity for Children, petang esok nak hantar. (sedang edit)
  • Sediakan sarapan - bihun goreng campak (bubuh aje apa yang ada kat dalam peti ais) dan panaskan keropok lekor lebihan semalam.
  • Bawa Ummi ke pasar borong - beli bekalan dapur untuk seminggu.
  • Poskan buku-buku yang telah ditempah oleh pelanggan. Syam, buku Jatuhnya Sebuah Tamadun dah sampai, best buku tu Syam. Untuk yang tempah buku Biografi Tuan Guru terpaksalah menunggu lagi sebab PTS masih belum mencetaknya.
  • Gi MariBaca untuk kemaskini apa-apa yang patut, hubungi pembekal dan sebagainya.
  • Lunch date dengan Dr Marini (kawan baik masa kat sekolah menengah dulu, dah lama tak jumpa sampai dia dah ada 6 orang anak) - tak sabar nak jumpa Minie.
  • Jemputan makan di rumah Kak Zawiah, AJK DMPPC yang akan naik haji minggu depan.
  • Sediakan makan malam - ingat nak buat makaroni sup, baki makaroni masih ada sekotak setengah lagi cuma kena beli kentang & karot je.
  • Selain itu urusan rumahtangga yang biasalah...
Selain dari urusan ni bolehlah rehat-rehat bersama keluarga sebab esok ada tutorial dari 8 pg sampai 5 ptg. Tutorial terakhir sebelum kakchik exam. Okay permisi dulu untuk sementara.

Salam penuh mesra dari kakchik. :)

2 comments:

  1. Wah! Tie sukalah bab2 makan ni. Tengok bee hoon tu rasa macam nak je..(mmg tak malu pun!) Kopok tu pun menggoda. Dah lama cik abe tak belikan. Nanti nak gi beli esok sebab ada kenduri kat manir tu..Tapi kena buat appointment dgn hubby laa..

    Berderet schedule kakchik tu...Pandailah kakchik bahagi2 masa, ekk.

    ReplyDelete
  2. kak tie - baru balik dari pasar ni, lotih banget tapi sb tinggal laptop onn dari tadi dtg le jenguk, tup2 ada komen kak tie ni... :) bihun dah terlepas la kak tie, dah habis dah... lain kali ek, keropok pun gol jugak sb bila panas tu semua berebut nak, semalam time sejuk, pandang sebelah mata pun tak nak...

    bagi masa takdelah pandai sangat tapi kakchik suka buat jadual macam ni mudah nak 'tick' mana yg dah siap.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs