

Ummi dan Ayah pula dah ke rumah sepupu menziarahi beliau yang baru keluar hospital. Entah apa sakitnya kakchik pun tak dapat nak ikut pergi ziarah. Takkan nak tinggalkan budak-budak dengan Cik Abe dan bibik Seri kat rumah... Tak manislah macam tu... tak sesuai mengikut agama kita.


Diorang takdelah nakal sangat tapi banyak sungguh soalan yang hendak dijawab tambah-tambah dalam bilik-ofis ni ada banyak 'gadget'. Soalan yang selalu berulang,
Apapun seronok sebenarnya melihat telatah mereka. Terhibur hati."Chikja, Chikja.... hok sapo banyok pin atas meja ni?", tanya Iffah bila nampak banyak pin tudung dalam bekas aksesori di atas almari bebedak.
"Chikja, Chikja, bila nak guna kertas warna-warni tu?", Iffah lagi sebab dah tak sabar nak buat main penanda buku kakchik.
"Chikja, Chikja, tu kamera Chikja ke tu? Abe nak ambik gambar, boleh?", tanya pula Ikhwan si abangnya.
Soalan berulang-ulang.... bila naik geram, cium je kat pipi sorang-sorang yang kit-miut tu. Bila letih 'pestering' kakchik, si abang ke ruang tamu main sofa Tok Mek, si adik minta bibik buatkan sebotol susu terus baring kat atas sofa. Yang paling kecil tertidur atas ribaan...


Anak-anak saudara yang memeriahkan rumah ini.



Comelnya anak2 buah k.chik..tp betullah k.chik..zara nie kdg2 bile anak buah dtg ramai2 geram betullah, habis semua barang nak di usiknya, tmbh2 lg bilik che su dorang nie banyak harta karun.hehe..tp nk mrh x smpai hati, budak2 kan..tapi bila lama tak jumpa, rindu pulak. hehe..
ReplyDeleteZara,
ReplyDeletekakchik sebenarnya suka layan anak-anak sedara ni almaklum kita belum ada anak. kerenah mereka ni memang menghiburkan cuma bila tak dengar nasihat tu yang naik geram sikit.
tapi kakchik setakat ni tak berkasar dengan anak-anak sedara ni, tatang macam anak sendiri je.
memang rindu-rinduan kalau lama tak jumpa.
woo.. gambo seksi..heheh
ReplyDeletenak buat camno suri...
ReplyDelete