Followers

24.11.08

Tengahari ni tak lunch...

Opps! Sorry. Sebenarnya hari ni bukan tak lunch tapi tak lunch di luar... sebab kakchik boleh order je suruh diorang hantar. Bagus betul Restoran MZ tu, ada servis penghantaran.

Asalnya kakchik tak nak makan makanan berat tengahari ni tapi ada sorang tu asyik dok cerita yang dia 'mengidam' nak makan mee. Asyik dok kata, "mmmm... bestnya chik kalau dapat makan mee bandung ke... mee hailam ke... uje-uje ni kalu dapak make hok panah-panah tu lagi sedak."

Akhirnya kakchik pun termakan pujuk le.... fikir punya fikir tak seronoklah keluar makan dalam hujan ni. Leceh... nasib baik ada restoran jiran yang buat servis penghantaran. Lagipun makanan kat situ sedaaap. Apa lagi, telefon ajelah dan pukul 1 tepat, mee pun sampai... tapi kakchik order mee kuah (rebus) je. Mmm.... baunya memang memikat.

Tapi satu je, mmm kakchik tak jamin kakchik habis makan ni. Banyak sungguh! Ok, makan dulu ya. Selamat makan tengahari semua.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails