Followers

9.11.08

Sebab ia pendek...

Assalamualaikum untuk semua yang masuk tu tambah-tambah di malam hari ni.

Tadi kakchik menjelajah ke rumah kin di Limerick, tup tup eh, ada tag baru untuk kakchik! kin... kin, nasib baik tag tu pendek je... senang dan cepatlah kakchik selesaikan. Maklum ajelah... assignment semua dah hantar... jadi sekarang ni relek sikit... malam-malam sambil baca buku, merayap di alam siber ni... kalau mata mengantuk, bye-bye, pergi je tidur.

Ok, inilah dia tag yang kin forwadkan...

eh, tag ni siap bersyarat lagi... ok lah kakchik cuba ikutlah apa yang dia nak.

rules:
  • snap work station anda
  • then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
  • iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
  • tengok contoh yang dibuat nih...
  • begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
  • sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
  • kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
  • tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..

Ini jawapannya:


Inilah workstation kakchik yang terbaru... lepas pindah ni sebab takde ruang dah nak letak meja kerja yang besar tu (dok le dia kat luar) kakchik pinjam le satu meja tadika yang kakchik guna untuk read aloud kat MariBaca. Boleh le... tapi naik lenguh jugalah pinggang duduk bersila lama-lama kat atas lantai ni. Cik Abe, dia pakai 2 desktop dengan 2 meja, satu kat dalam bilik ni untuk kerja di awal pagi dan satu lagi kat ruang keluarga untuk senangkan kerjanya sambil menonton astro.

Tapi yang bestnya pakai meja kecik ni - senang nak simpan lepas guna sebab kaki dia boleh lipat. Selit aje kat celah mana-mana, senang... & kemas.

Bab nak pass tag kat 7 orang ni yang susah sikit. Bukan takde orang yang boleh diTAG, tapi takut orang tak mau sambung je... lagi satu kakchik tahu kawan-kawan busy dengan macam-macam tugas & tanggungjawab. Tapi... belum cuba belum tahu kan?

Hmmm... let's see... who's gonna be my victims...

Ok, here is the list. Hopefully dear friends will be in full cooperation with me. Pleaseeeee....
The WINNERS are:
Harap-harap teman-teman sudi menjawab tag ini. Silakan ya...

3 comments:

  1. ye.. thnkx.. nanti luth jawap k kakcik..

    ada banyak hutang loo

    ReplyDelete
  2. Kira work station kakchik tu mudah alih lah , ekk. Elok jugak, tak lah berserak mcm meja pc tie nih! He he..

    ReplyDelete
  3. luth, jawab bila sempat ya... hutang tu wajib bayar :)

    kak tie, sekarang ni memang jenis mudah alih le... ruang terhad. nanti bila rumah siap, kakchik akan ada bilik & meja yang lebih besar, insya-Allah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails