Assalamualaikum sekali lagi untuk hari ni. Sekarang kakchik sedang tersenyum puas... kenapa ye? Sebenarnya sebab urusan menulis, mengedit, mencetak dan menghantar 3 tugasan telah pun selesai dengan jayanya....
TAHNIAH untuk diri sendiri. Nak harapkan orang tu... kena kenen-kenen dulu baru dia nak ucap tahniah kat kita. Ehem, Yang, tak nak ucapkan tahniah ke?
Mmmm... hari ni takde hidangan tengahari la sebab kakchik kerja... sekarang ni dok kat Kaunter Informasi di Zahra' menggantikan 2 staf yang sedang bercuti. uuuiiiii ramai sungguh budak-budak datang mengulangkaji hari ni... sampai melimpah ruah ke ruang depan Kaunter ni... (takdok gambar le, kamera tertinggal kat belakang dalam ofis). Tambah-tambah kedua-dua dewan kami di tingkat atas sekali penuh disewa oleh CIDB dan KOSRI. Parking tak yah cerita... yang datang lambat tu terpaksalah pandai-pandai cari parking kat tepi-tepi jalan tu.
Kalau dah ramai macam ni, kawalan suara pun tau-tau ajelah susahnya diturunkan. Diorang buat library macam pasar malam pulak, sekali dengar macam bunyi lebah mencari madu bunga... , dua kali dengar macam bunyi langau hurung **** Kualiti udara pun dah makin menyempitkan hidung ni... ada bau stokin, bau 'jebat' ni orang Kelantan tau apa maksudnya, ada bau makanan dari tingkat atas yang sedang digunakan oleh penyewa-penyewa dewan untuk jamuan tengahari (mmm... lapar lah pulak, belum makan lagi ni) hingga hilang bau air freshner kita yang sedap tu...
Ok lah, kakchik nak layan budak-budak ni pulak. Kain HALAM (HALAL + HARAM) pun ada ramai yang pakai hari ni. "Jangok-jangok" adik-adik yang datang nak belajar ni. Kalah kami yang bekerja ni, eheh... demo pun lawa-lawa je... tingkatan 5 tapi nampak macam pelajar U sebab penampilan yang macam tu... kakchik hanya geleng-geleng dan senyum je kat diorang.
Cantik... moga-moga akhlaknya juga cantik.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
kak chik, takde org ucap tahniah, biar saya je la ucap tania untuk k chik!! :).
ReplyDeleteala... terima kasih kin. buat susah-susah je...
ReplyDelete