Followers

11.11.08

6 punca hati gelisah

Assalamualalaikum kawan-kawan... sekarang ni kakchik kat ofis sedang cek majalah-majalah langganan tahun lepas dan tahun ni untuk dihantar jilid...

Antara majalah yang akan dijilid, banyak lagi ni...

Masa dok ralit menyusun, mestilah ambik peluang membelek-belek untuk melihat artikel-artikel yang menarik. Walaupun majalah sentiasa ada tapi manalah kakchik sempat nak membaca kesemuanya... selalunya staf bahagian perolehan yang sempat membeleknya lama-lama lepas tu pengguna library lah pulak. Kakchik punya turn biasanya at the end of the month...

Ok, back to the title.

Kita orang perempuan ni memang tak boleh lari dari EMO, emosi tulah... sebab tu kita mudah mengalirkan air mata. Setuju tak? Banyak perkara yang menyebabkan kita emo... antaranya ialah HATI YANG GELISAH.

Gelisah nak naik pelamin,
gelisah nak exam,
gelisah nak jumpa bakal mertua,
gelisah nak jumpa tunang buat kali pertama,
gelisah nak masak buat kali pertama,
gelisah nak jumpa doktor,
gelisah.... macam-macam gelisah.
Jadi ... apa puncanya?

Kata majalah MIDI Nov. 2007, gelisah ada 6 puncanya:
  1. PEMARAH - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
  2. PENDENDAM - Di dalam dadanya bagaikan tersembunyi lahar yang sedang menanti waktu untuk meletus. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun terhadap perkara yang kecil seperti menyakiti hati atau menempelak orang yang didendaminya itu. Dari segi kesihatan orang ini mudah dihinggapi penyakit misalnya masalah jantung dan tekaan perasaan.
  3. HASAD DENGKI - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia tidak memiliki sifat ketuhanan.
  4. BAKHIL - Ada yang berpendapat bakhil itu kedekut. Sebenarnya orang yang bersifat sebegini sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain daripada dirinya. Jadi tidak hairan jika individu seperti ini sentiasa berdalih mengatakan dia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah dan benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
  5. TAMAK - Orang yang tidak puas dengan sedikit nescaya tidak akan puas dengan banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga. Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki ialah apabila kita sentiasa memakai atau menggunakannya. Selagi ia tidak diguna dan disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
  6. TIDAK SABAR - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

4 comments:

  1. Qanaah itu bersyukur dengan apa yg ada insyaALLAH boleh mengubati penyakit yg gelisah...

    ingat Allah hati kan tenang, insyALLAH hilang semua penyakit dendam, dengki, marah dll yg kak chik sebutkan..

    kalau gelisah nak menghadapi alam rumahtangga cmne tu kakchik? kot2 ada petua nk kongsi..huhu

    ReplyDelete
  2. ho ho...aduh..laju betul kakchik ni buat entry baru. Tak terkejar, kak tie nih!..Selalu gak tercicir..hi hi..

    Tie baru tgk gambar tersembunyi tu..yang mula2 tu susahlah..nampak 4 je..tapi yang kat bawah tu jumpa 8..

    Bab gelisah tu, ada gak yang gelisah sebab rasa rendah diri dan kurang yakin..mungkin kerana pendedahan persekitaran masa kecil..

    ReplyDelete
  3. ustz-eng'r - memang benar, bila kita banyak mengingati Allah hati akan tenang, sebab tu bila dilanda kegelisahan kita dianjurkan banyak beristghfar.

    kalau ikut cara org kesihatan, kita tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan dengan lafaz Allahu Akbar.

    nak masuk alam r/tangga? kakchik takde petua... yang kakchik amalkan dulu, buat checklist utk semua perkara perlu buat sblm tiba HARINYA. yg mana siap, kakchik TICK. Paling banyak kakchik buat ialah solat sunat, baca Quran dan baca buku-buku pasal peranan suami-isteri dlm r/tangga muslim.

    yang lainnya kakchik jaga muamalah dengan tunang, bakal mertua dan paling utama mak ayah kita.

    gitu jelah.

    ReplyDelete
  4. kak tie, takyah kejar... kakchik tunggu je kak tie datang... hehehe.

    yang pasal gambar tu, sebenarnya nak uji ketajaman pemerhatian kita terhadap sesuatu perkara. Kira ada pengajaran di sebaliknya lah tu...

    gelisah semua org pun ada kak tie tapi bila kita pandai mengawalnya, insy-Allah kita akan baik.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs