Kalau pagi tadi hinggalah ke petang kakchik rasa berduka, kini kakchik kembali tersenyum, tersenyum kerana mempunyai kenalan yang kini semakin kakchik kenali dan semakin dekat di hati. Ibarat kata kalau tak ketemu dalam sehari, hati akan tertanya-tanya,
- kenapa takde entri dia hari ni?
- sibuk dengan kerja/rumah tangga agaknya...
- sakit ke dia?
- mungkin pergi melancong atau balik kampung...
- dia dah tak sudi agaknya, sebab kakchik ni membosankan kot
- itulah, kalau orang tak jemput rajin nak merayap ke rumah orang...
- harapnya janganlah diorang serabut dengan kakchik ni..
Tapi kelebihan dunia siber telah menjadikan dunia & kehidupan kakchik semakin ceria. Kalau sebelum ni kakchik menulis sekadar untuk diri sendiri tapi kini datang satu semangat untuk menjalinkan ukhuwah islamiah dengan sesiapa sahaja moga-moga persahabatan dapat membina diri kakchik menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah SWT.


Tidak lupa untuk dilah yang telah juga membuat entri khas untuk MariBaca. Walaupun dilah dan sahabat-sahabatnya berjarak usia hampir 10 tahun dari kakchik, kakchik cukup gembira mengenali mereka yang belajar di U lain, kerja di tempat lain, tapi kerana kerja-kerja Islam, kami ditemukan oleh Allah SWT. Dilah... jangan serik nak datang lagi. Nanti kakchik ajak ke rumah pulak, kita makan nasi kerabu.
Indahnya bersahabat. Suka duka, ilmu kerja & rumahtangga, pendidikan anak-anak, masak-memasak, nasihat-menasihati... sama-sama dikongsi dan juga dirasai... moga talian hayat ini akan terus aktif dan menyala selama-lamanya. Kalian semua.... dekat di hati (pinjam tv9 punya...)
rasa seronok kan, k chik, dapat mengeratkan silaturrahim...yg dah kenal kita rapat2kan, yg baru nak kenal kita mesra2 kan... :).
ReplyDeletekin - setuju sesangat. kakchik suka sangat kalau dapat menambahkan kawan dalam masa yang sama yang telah lama berkawan sentiasa dihubungi agar tidak putus persahabatan.
ReplyDelete