Teringat kata-kata Kahlil Gibran,
"In the sweetness of friendship let there be laughter, and sharing of pleasures. For in the dew of little things, does the heart find its morning and is refreshed."— Kahlil GibranDitujukan khas untuk teman-teman yang amat menghargai persaudaraan dengan menunjukkannya dengan pemberian hadiah dan kad ucapan. Ingin KakChik ucapkan terima kasih di atas tanda ingatan dari teman-teman tersebut.
Hadiah ini pemberian Azza sebagai tanda persahabatan kepada KakChik. Terima kasih ya dik. Semoga persaudaraan kita mendapat rahmat dan berkat dari Allah SWT. Tulisan-tulisan Azza telah membuka mata KakChik tentang tanggungjawab kita terhadap generasi kita yang 'istimewa'.
Yang ini pula pemberian dari Kak Tirana, seorang kenalan yang telah berjaya mengikat hati KakChik untuk terus berukhuwah dengan beliau. Banyak yang boleh diceduk dari tulisan Kak Tirana.
KakChik berdoa agar tanda persahabatan ini akan direstui oleh Allah SWT dan masing-masing di antara kita akan sama-sama berkongsi ilmu, nasihat-menasihati dan sebagainya agar kehadiran kita sebagai insan di dunia ini akan memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Manfaat untuk akhirat lebih utama. Insya-Allah.
Wassalam.
Cepatnya dia pampang..hehehe..thank you very much for the ukhuwwah fillah..
ReplyDeletesalam kakchik syg..
ReplyDeleteterima aksih atas ketulusan hati akkchik..
mmberi tanpa minta balasan..
mengingati tanpa minta dihargai..
memberi komen seikhlas hati tanpa ada niat nak menunjuk2..
bertanya kabar kerana kemesraan itu wujud..bukan sekadar melepas batuk di tangga..
semua itu azza rasai..
tkaseh sekali lagi..
suka cara kakchik expose diri dalam dunia blog..tanpa menunjuk yg diri kita bagus..berilmu..dengan sndiri orang akan tahu dan datang pd kita..
Kak Tirana, sama-sama.
ReplyDeleteazza,
ReplyDeleteterlalu baik gambaran ini. moga-moga kakchik tidak menjadi riak atau takabur kerananya.
kita bersahabat kerana Allah... keikhlasan hanya Allah penentunya.