Followers

19.11.08

Kenduri & Exam is Coming

Cuti sekolah. Seperti biasa kenduri kahwin pun bermula. Kad-kad jemputan sudah mula tiba dan esok kakchik akan menghadiri Walimatul Urusy yang pertama (kad oren kiri sekali) untuk cuti sekolah kali ni. Dua lagi ialah pada hari raya ke-4 nanti. Yang ungu tu kawan sekerja di Zahra' yang telah bertemu jodoh dengan seorang bisnesman. Syukur, akhirnya Allah makbulkan juga doa beliau untuk berkahwin sebelum tahun 2009. Yang satu lagi (kanan sekali) ialah seorang adik Nisa' yang mungkin selepas berkahwin akan mengikut suami ke Kuala Lumpur.

Bila tengok kad kahwin orang lain, teringat pula masa kakchik nak kahwin dulu... banyak kenangan manis. Yang paling manis ialah bila kali pertama Cik Abe melihat kakchik tanpa niqab di subuh 12 RabiulAwwal 1423H selepas sah kami sebagai suami isteri. Akad nikah dibuat selepas solat Subuh sebab nak laksanakan dengan Tok Guru dan pada tarikh Maulid Nabi. Semoga semua yang akan melangsungkan perkahwinan akan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Kiri - Kanan: Walimah Acu, Walimah Kak Akmar dan Walimah Husna


Perkara penting yang perlu dilalui: EXAM. Setiap yang bergelar pelajar sememangnya akan menghadapi peperiksaan, begitulah juga dengan kakchik. Exam kakchik bermula 27 Nov dan berakhir pada 3 Dis. Setiap hari kakchik cuba curi-curi masa untuk mengulangkaji sebab agak bimbang semester ini agak sukar dari yang sebelumnya. Kali ini juga kakchik mohon dari Allah agar permudahkan kakchik dalam menghadapi exam ini agar cgpa masih di atas 3.67. Perkenankanlah Ya Allah.

3 modul peperiksaan, HDPS3303, CDCA2103 dan HDPS3403 nampak mudah tapi bukanlah senang.


Kakchik masih menulis setiap hari kecuali ada masalah lain yang tak dapat dielakkan. Doakan kakchik berjaya ya. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs