Assalamualaikum dan salam pagi yang ceria untuk teman-teman semua. Entri pagi ini dedikasi khas untuk semua pengunjung blog Keluargaku Sayang. Senyumlah lebar-lebar untuk sesiapa saja yang kita jumpa hari ni tapi jangan lupa sertakan dengan salam. Insya-Allah kita mendoakan keselamatan kepada orang lain, kita juga akan mendapat kesejahteraan.
Senyum itu sedekah kata ahli agama.
Dengan senyuman kemesraan terpancar di wajah.
Senyuman menjadikan diri kita sentiasa positif.
Jadi.... JOM SENYUM sesama kita.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Senyum seindah suria
yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
dunia pun berseri
~~~~~~~~~~~~~~~~
Bento yang ceria untuk anak-anak bawa ke sekolah. Bila dibuka sudah pasti anak tersenyum.
Senyumlah! Senyumlah! Pasti kita akan ceria.
Akhir sekali, satu halwa telinga untuk semua. Kalau rajin nak dengar, sila klik ya. Kalau tak sempat, boleh dengar lain kali. Don't worry, be happy.
Wassalam.
Salam Chik...macam mana ye nak tunjuk senyum kat alam cyber ni..hehehe..kena boh similies ni kot...
ReplyDelete:)))) (senyum lebar ni...hehehe)
P/S kak tirana nak minta Chik punya email address..manalah tahu nanti nak kirimkan sesuatu ke..
Wa'alaikumsalam Kak Tirana.
ReplyDeleteChik nampak tu akak sedang tersenyum lebar tu... guna pancaindera ke-6 hehehe.
Tapi pasti kita akan tersenyumkan bila tengok 'sebuah senyuman' yang ikhlas, pancarannya jatuh ke hati.
Kalau akak nak email boleh guna hanniaziz at yahoo dotcom.