Followers

11.1.11

Cerita pasal tudung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar? Kakchik doakan kalian semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Hari ni kakchik agak sihat cuma tulang ikan yang melekat kat tekak kakchik ni masih tak mahu keluar. Nasib baik kesihatan badan tidka terganggu tapi emosi ni kurang stabillah sikit. Otak asyik dok ingat je kat tulang seketul tu jadi perasaan ceria pun berkuranglah juga. Ini baru Allah uji dengan tulang ikan yang kecil sudah terasa lemah seluruh badan, entah bagaimana jika diuji dengan bahaya yang lebih besar... Allahua'lam mampu atau tidak kakchik hadapi dengan sabar dan tenang.


Baiklah berbalik kepada topik kat atas tu. Sehari dua ni kakchik asyik dengar cerita pasal ramainya blogger yang menulis tentang fesyen tudung dan ada juga yang bercakap tentang menutup aurat. Alhamdulillah... kakchik suka sangat melihat perkembangan positif ni. Tapi... ada beberapa perkara yang masih memerlukan peningkatan misalnya bila kita bercerita tentang tudung dalam isu menutup aurat, jangan pula dilupakan pakaian kita tu. Senang kata labuhkan tudung, longgarkan pakaian.


Maksud kakchik, kalau pakai tudung tu pakailah yang labuhnya melebihi paras dada. Kalau dilihat dari sisi pun terlindung dada kita dari pandangan mata. Elakkan memakai tudung setakat paras leher atau atas dada saja. Tak memadai jika kita benar-benar nak ikut ajaran Islam. Buatlah dengan baik agar pahala dapat, hati pun tenang. Lagipun kita pakai tudung tu bukan sekadar nak tutup rambut aje kan? Tentulah kita nak mengikut suruhan Allah kan? Jadi tak kisahlah apa jenis tudung atau jenama tudung sekalipun yang nak dipakai, labuhkanlah. Masa kita bercermin tu pusing-pusinglah badan kita dan tengok nampak atau tidak bentuk-bentuk yang wajib kita tutup tu. Kalau masih nampak maknanya kena ubah lagi tu.

Pakaian pula, bila tudung sudah labuh cantik, kenalah matching dengan pakaian yang longgar dan labuh. Tak sesuailah kalau kat bawah tu kita pakai legging atau skinny jeans atau pakai skirt singkat. Isyk pelik benar. Kalau Nabi Muhammad SAW tengok, mana nak letak muka? Tak malukah kita? Mesti malu kan? Kakchik tak tahulah apa nak kata kalau dengan Nabi Muhammad pun kita takde perasaan malu sedangkan kita mengaku yang kita ni ummat baginda. 


Kakchik tahu bukannya kalian (yang pakai tudung singkat dan baju ketat seluar ketat) tak mahu berubah, kalian nak cuma kekuatan kurang. Kekuatan iman tu kurang. Jadi berpakatlah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan biar sama-sama berubah jadi lebih baik dalam penampilan. Ada yang kata dalam proses perubahan, ada fasa-fasanya. Tak kisahlah tu janji akhirnya kita semua menutup aurat dengan sempurna.

TAPI ... KENA INGAT, TUTUP AURAT BUKAN PAKAI TUDUNG SAJA TAU. TUTUP AURAT MELIBATKAN BAJU YANG LONGGAR, TEBAL, LABUH DAN TIDAK MELEKAT DI BADAN. NAK PAKAI SELUAR BAGI KAKCHIK TAK SALAH asalkan longgar tidak sekulit dengan betis dan peha. Baju pula biarlah labuhnya dari lutut ke bawah. Lengan mesti panjang hingga pergelangan tangan, barulah betul.

Gambar-gambar di atas tu adalah berdasarkan apa yang kakchik lihat di dalam masyarakat. Kakchik hanya gambarkan semula melalui gambar kerana kakchik tidak mahu meletakkan gambar sebenar. Ada banyak contoh lagi tapi kakchik sudah agak letih untuk merekacipta dan menulis. Rasanya cukup setakat ini dulu sedikit luahan dan harapan kakchik kepada kita semua kaum Hawa dalam menjaga penampilan kita agar disukai oleh Allah SWT.

Allahua'lam.

16 comments:

  1. salam,kak chik..ain juga seperti tu dahulu kurang faham tentang kepentingan aurat...sangkakan cukup sekadar btudung..alhamdulillah kini ain makin sedar,sehari ke sehari ain usaha agar pakaian ain adalah spt yg sepatutnya...insyaAllah...moga muslimah yg lain juga lakukan dan sedar kepentingan aurat bukan sekadar perkara remeh tapi WAJIB...

    ReplyDelete
  2. salam k.chik..apa kabar?lama xsinggah kt sini..rindu ngan cite k.chik!xtau la apa yg k.atie sibukkan..hihi.camna tulang blh trsangkut kt anak tekak tu?petua org tua2 la..k..chik kepal2 kan nasi panas,pastu terus telan!..cubalah dgn izin ALLAH..insallh.

    ReplyDelete
  3. Salam kakchik,

    Bila tengok baju2 tu...teringat pada diri sendiri. Dulu penah gak pakai macam tu....memang bukan mudah nak berubah kakchik kalau takde kekuatan dan sokongan..tp akhirnya Allah buka hati saya untuk melihat kecantikan yg sebenar...thank You Allah.
    Sekarang ni kalau tengok org pakai gitu saya pulak rasa tak selesa...saya pulak yg rasa malu sebab setiap lekuk tubuh badan tu jd perhatian mata2 nakal walaupun kepala bertudung.Apa pun kita doa semoga kesedaran akan tiba juga pd mereka ini.

    ReplyDelete
  4. Assalamua'laikum kak chik.

    Isu bertudung ni takkan pernah habis. Lebih2 lagi jika dibicarakan oleh insan-insan yang bukan ahlinya. Menulis atau bercakap hanya berdasarkan apa yang difikirkan perlu sehingga ada yang mempertikaikan hukum Allah.
    Jujur Latifah katakan, Latifah sendiri tak tahu bagaimana lagi untuk mendidik golongan sebegini.
    Sedangkan telah banyak entri2 dari yang lebih arif tentang hukum membicarakannya.
    Moga Allah meluruskan hati2 kita untuk terus istiqamah dalam melaksanakan syariat-Nya dan memberi petunjuk dan hidayah buat mereka di luar sana.

    ReplyDelete
  5. salam kak cik. mohon share di blog saya.. :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikumwbh kak chik..apa khabar? Maaf la, lama Ayu x visit kak chik sbb Ayu busy kat sek..now ni Ayu support admin kat ser rendah islam al amin....:)

    Moga kak chik cepat sihat dna tulang tu hilang juga at the end, bi iznillah..:) Amen..

    Ayu suke artikel ini..this one sama dgn last 2 entry Ayu yang support WIR...Wear It .....Right...pakai tudung menutup dada...

    ReplyDelete
  7. wkslm ain. alhamdulillah... perubahan itu datang dengan kesedaran. sebab itu ain mula mengubah penampilan diri dan insyaallah ia juga selari dengan penambahan ilmu. semoga kita dapat sama-sama beristiqomah dalam menurut titah perintah Allah SWT.

    ReplyDelete
  8. wkslm kak atie. akak, kakchik pun rindu kat akak tapi tak sempat juga nak jenguk akak. alhamdulillah tulang tu dah hilang kak. syukur sangat sebab akhirnya masalah kecil tu selesai. banyak hikmah yang kakchik dapat dari peristiwa lekat tulang ni. terima kasih kerana kongsikan petua, kakchik tak sempat nak buat tapi akan diingat untuk berhati2 di masa depan.

    ReplyDelete
  9. wkslm alasmal. kakchik faham, nak buat perubahan pada penampilan kepada lebih baik sangat banyak cubaannya. tahniah sebab alasmal berjaya melawan nafsu godaan dan kini tampil dengan gaya muslimah. insyaallah kaum Hawa kita yang dalam proses berubah akan turut merasai nikmat berpakaian menutup aurat yang sempurna. insyaallah.

    ReplyDelete
  10. wkslm latifah. sememangnya dik, isu ini akan sentiasa ada dan selama itu jugaklah kita ada tugas berdakwah menyampaikan perkara yang sebenar. kita kena sabar dik, usaha menyampaikan kebenaran tiada jalan mudah sebab itu Allah datangkan kepada kita mad'u yang susah untuk diberi kefahaman tapi cuba fikirkan bagaimana manis perasaan kita bila rakan yang degil itu akhirnya menutup aurat dengan sempurna. gembira kan? kita bersangka baik atas mereka dan lakukan t/jawab kita. bila tidak berhasil kita serahkan kepada Allah. kita hanya berusaha, natijahnya Allah saja yang boleh mengubah mereka. sabar dan jangan putus asa.

    ReplyDelete
  11. wkslm onesimplemother. silakan. semoga ada yang mendapat manfaat.

    ReplyDelete
  12. wkslm ayu. alhamdulillah, kakchik baik2 saja. moga2 ayu sekeluarga pun baik2 juga.

    takpe... kakchik pun sama juga dgn ayu. jarang menjenguk bukan bermakna dilupakan. insyaallah ingatan itu yang penting.

    selamat menjalankan amanah ayu. best tu kat sri al amin.

    alhamdulillah si tulang telah tiada. syukur ke hadrat Allah yang Maha Menolong hamba-Nya.

    kakchik pun ada fikir nak tulis entri berkaitan WIR tu tapi nak kena bertegur-sapa dengan sue anna joe dulu sb belum berkenalan.

    WIR mulakan dengan tudung, lepas tu baju dan seluar pula.

    ReplyDelete
  13. Salam kakchik, mcmana ye kakchik buat rekaan baju tuh? maksud shira guna software apa nak padan2 kan semuanya??

    ReplyDelete
  14. Salam... lama kak e tak berblogging... Harap tulang ikan yang tersekat itu sudah 'terlepas'... sekiranya belum, cubalah menelan nasi yang digumpal atau pisang.

    * petua yang kak e amalkan sehingga sekarang... sekiranya sedang makan dan terasa 'tercekik tulang' cepat2 pusingkan pinggan makan kita sebanyak 3 kali sambil berselawat... Alhamdulillah, setakat ni berjaya... petua arwah nenek...

    ReplyDelete
  15. Wkslm Shira. Kakchik guna kemudahan di Polyvore.com shira. Kalau shira nak cuba kena sign up. Kejap je dah boleh guna. Cubalah.

    ReplyDelete
  16. Wkslm kak e.
    Memang betul sangat lama akak tak blogging. Selalunya mesti kak e mulakan blog dengan pantun. Rindu jugak kat pantun dan kucing2 kak e. Apa khabar semuanya?

    Huhu, petua ni dulu2 ada jugak org ajarkan tapi kakchik lupa. Terima kasih kak e sb kongsikan dg kakchik.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs