Followers

14.10.10

Senarai Impianku

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua teman-teman tersayang.

Inilah kali pertama kakchik menaip entri menggunakan laptop baru yang dibeli siang tadi. Walaupun sedikit teruja kerana kini kakchik akan lebih mudah melakukan kerja bila di MariBaca. Mood pun makin bagus kerana tidak lagi perlu menyusahkan cik abe.

Malam ni saluran astro di tv tu sedang meriah dengan upacara majlis penutupan Sukan Komanwel tapi kakchik tak tengok, hanya mendengar bunyinya saja. Suami kakchik pasang saluran sukan sebab dia sedang buat berita, seperti biasa.

Akan terus menulis untuk diri dan Islam.

Malam ni kakchik tiada topik khusus untuk ditulis tapi terfikir untuk menyenaraikan beberapa impian kakchik untuk tahun hadapan. Impian kebendaan tu tak usah ceritalah, memang ada banyak tapi kakchik akan kongsikan yang sangat-sangat kakchik inginkan tercapai.

Senarai ini tidak mengikut fiqh awlawiyyat kerana kakchik menulis mengikut apa yang datang dulu dalam fikiran kakchik ketika ini. Buat masa ni, semuanya sama penting buat kakchik.

1. Membaca al-Quran setiap hari ketika suci

Alhamdulillah, setakat ini kakchik rasa prestasi ke arah ini agak baik cuma kakchik nak banyakkan lagi waktu untuk mengaji Qur'an bukan hanya selepas Maghrib dan Subuh. Kakchik nak cuba manfaatkan waktu menunggu lampu hijau dengan mengaji sebagaimana yang kita lihat dalam iklan Ramadhan dari luar negara tu. Insyaallah kakchik nak pastikan selepas solat Zohor di pejabat kakchik nak konsisten membaca 1 'ain dari al-Qur'an. Bag orang lain mungkin perkara ini sangat remeh kerana ia sudah menjadi kebiasaan hidupnya tapi bagi kakchik bukan begitu mudah untuk istiqomah dalam hal ini.

2. Membaca 50 buah buku setahun

Tahun ini kakchik tidak pasti boleh mencapainya ataupun tidak. Impian yang sama, tiada perubahan tapi tahun ini usaha kakchik amat sedikit. Sekarang ni kakchik baru membaca buku yang ke-33, itupun mengambil masa untuk dihabiskan. Kakchik tak ambil kira buku yang kakchik buat rujukan ya. Yang dikira hanya buku-buku yang dibaca dari laman Pengenalan hinggalah Penutupnya. Entah dapat kejar atau tidak ni. Tapi tahun depan kakchik tetap nak cuba capai impian yang sama. Malu nak tambah jumlah angkanya sebab tak pasti tercapai.

3. Mengubahsuai struktur organisasi dan dekorasi dalaman Maribaca Bookstore

Sepanjang hampir setahun beroperasi di premis baru, kakchik merasakan MariBaca memerlukan anjakan dalam beberapa aspek yang penting. Paling penting, MariBaca amat-amat memerlukan suntikan modal. Cabaran juga makin banyak dari pelbagai segi yang agak sensitif untuk dikongsikan. Apa yang pasti, kakchik kena kerja keras untuk MariBaca. Tidak sanggup rasanya usaha kewujudannya terhenti akibat ketidak-cekapan kakchik sebagai pengusahanya. Aja! Aja! Fighting!

4. Mengemaskini hala tuju dan pengurusan memajukan bisnes Abaya Elegan

Insyaallah bulan depan, genaplah setahun kakchik menjalankan bisnes pakaian sunnah ini. Memakai sambil menggalakkan para muslimah merasai kenikmatan memakai pakaian menutup aurat yang juga sunnah. Walaupun banyak bermodalkan ilmu ICT berbanding kewangan, kakchik yakin bisnes ini akan berkembang maju seiring dengan misi kami (kakchik ada silent partner) iaitu menggalakkan wanita menutup aurat dengan sempurna agar maruah mereka terpelihara. Ramai orang beranggapan kakchik ini kaya-raya dan mempunyai modal yang besar kerana mempunyai 2 cabang bisnes. Maaflah ya, langsung tidak tepat. Kedua-dua bisnes kakchik bermula dengan 'sedikit wang tapi banyak perkongsian pengalaman'. Buku, kakchik baca dan abaya, kakchik pakai. Kedua-duanya kakchik hayati sepenuh perasaan. Insyaallah.

5. Mendidik anak sendiri

Insyaallah kami menanti-nanti kehadiran ahli baru untuk melengkapkan baitulmuslim ini. Kami sedang berusaha untuk melahirkan zuriat sendiri. Walaupun begitu, kasih-sayang kami berdua untuk anak-anak saudara kami yang ramai tu tidak berkurang. Ikatan kasih-sayang antara kami adalah sangat indah untuk digambarkan sehinggakan kami tunggu-tunggu mereka mengetuk pintu untuk masuk atau memanggil-manggil nama kami. Meriah rumah kami dengan kehadiran mereka. Ruang tamu kami yang sempit ini dirasakan amat luas dan damai bila kehadiran mereka untuk membaca, menonton video atau sekadar mengelilingi kami yang sedang menghadap komputer, becok bertanya itu, ini, kami amat suka. Moga-moga tak lama lagi kemeriahan itu akan lebih berseri dengan kehadiran sepupu baru mereka dari rahim ini. Insyaallah.

Cukuplah dulu 5 impian ini. Semoga Allah merestui dan meredhai hidup kakchik dan cik abe kini. Mohon Dia ampunkan segala dosa-dosa kami sebelum ini kerana kami juga sangatlah lemah, pernah jatuh tahap keimanan ditipu bisikan syaitan. Tapi kakchik bersyukur, Allah tidak biarkan kelalaian berlarutan dan sinar kesedaran dan taubat terbuka. Allahu Akbar! Kepada-Mu aku merafakkan syukur. Alhamdulillah.

4 comments:

  1. Alhamdulillah, seronok baca new resolution kak chik for next year. Advanced tu. Semoga segalanya dipermudahkan dan apa yang dihajati sedikit sebanyak berjaya dilaksanakan dan tercapai.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih k.azah. Resolusi ni datang bila kakchik menilai semula amalan diri hingga kini. Sebelum terlambat dan terlupa, catat di sini lagi mudah ingat. Insyaallah kakchik akan cuba buat yang terbaik untuk mencapai semuanya.

    ReplyDelete
  3. cikmin doakan yang terbaik untuk semua impian kakchik ni.. :)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs