Followers

15.9.10

Zahra' Dipecah Masuk!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pagi ni, dengan perasaan yang berat dan hati yang tidak selesa kakchik gagahkan diri menuju ke tempat kerja. Walaupun malam tadi penuh semangat kakchik tanam azam untuk datang kerja dengan wajah ceria tapi apa nak buat, perancangan kita jarang nak sama dengan ketentuan Allah SWT. Terima aja dengan hati yang sabar. 

Dalam melayan perasaan sendiri yang berkata-kata sepanjang memandu, kakchik mendapat panggilan telefon dari Ketua kakchik. Telefon tak sempat diangkat kerana kakchik sudah terlalu hampir nak sampai ke pejabat. Sampai saja dah nampak beliau sedang menunggu di sudut tepi pejabat.

"Chik, pejabat kita kena pecah masuk!" beliau memberitahu kakchik.

"Mashaallah... pencuri masuk ikut tingkap ni ke Tuan Haji?"

"Ya dah... masa Pokdin mari malam kelmarin, tingkap ni ternganga dan pemegangnya dah patah. Demo buang kat tepi pagar tu..." lapor Pokdin, pengawal keselamatan kami.

Iya, teman-teman semua, Zahra' telah dipecah masuk. Kemungkinan pencuri masuk pada hari Isnin waktu siang sebab hanya di waktu itu perpustakaan tiada pengawal.

Kehilangan kami ialah:
  • duit tabung - habis licin semua modal harian dalam tabung. Plastik sarung duit dibuang kat bawah meja, peti tunai diletak atas lantai berhampiran sebilah pemutar skru. Peti tunai dikuncinya hinggakan kami tidak dapat membukanya. Masih banyak duit syiling di dalamnya.
  • duit tabung Palestin - tabung ni ditinggalkan oleh Sekretariat Tabung Amanah Cakna Palestin untuk memungut derma. Habis diambilnya duit not RM5 dan RM10 tapi not RM1 dan syiling ditinggalkan.
  • beberapa ringgit duit ringgit di dalam bekas pensil di bilik pengarah
Kakchik belum cek keseluruhan lagi perpustakaan ni tapi mood jadi makin menurun la.
Allahu Akbar! 

Paling kakchik syukur ialah harta benda Zahra' yang lain masih selamat. Hanya duit tunai saja yang dicuri. Sekarang ni kakchik sedang menanti kedatangan Dato' Pengerusi dan library pun belum pasti akan dibuka sepenuhnya atau tidak. Laporan polis pun bergantung kepada apa kata Dato' nanti.

Hingga itu, doakan kakchik kuat ya. Emosi kita sangat mudah menurun bila banyak sangat cabarannya.

10 comments:

  1. simpati dengan kejadian yang menimpa Zahra. Semoga kakchik tabah dan sabar menghadapi ujian dari-Nya

    ReplyDelete
  2. Salam k.cik...
    geramnya dgr berita nie...nakgi melawat rasa tghr ni sekejap klu ada masa..banyakkan bersabar ye k.cik

    ReplyDelete
  3. salam..

    Ya, masih ada insan yang terdesak untuk mendapatkan duit dengan cara sebegini. Biarlah sesukar manapun, janganlah membenarkan diri memakan makanan haram.

    Semoga KAk Chik dan seluruh kawan-kawan di pejabat terus kuat dan sabar dengan dugaan. Moga Allah merahmati kalian.

    ReplyDelete
  4. Inilah manusia apabila hawa nafsu dan desakan hidup menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja utk mendapatkan duit segera.

    Alhamdulillah, hanya wang yang diambil dan bukan nyawa. Kemungkinan besar pencuri tu dah lama perhatikan dalaman library tu. Dimana disimpan tabung dll dan bila masa pengawal tidak bertugas.

    Semoga perkara ini tidak akn berulang lagi. Akka faham bagaimana perasaan rakan sekerja kak chik kerana akak dan suami pun pernah melalui perkara yang sama dahulu.

    ReplyDelete
  5. salam kak chik;
    salam aidilfitri... tumpang sedih atas musibah yang melanda harap kak chik bersabar atas dugaan ni ye

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Noorma. Insyaallah kakchik dan rakan sekerja ok semuanya. Sakit hati memang ada tapi nak marah pun benda dah terjadi.

    ReplyDelete
  7. Wkslm bie. Terima kasih. Perpustakaan tutup awal hari tu. Kami semua takde mood dan org kuat bos kata boleh tutup awal.

    ReplyDelete
  8. wkslm tronx013.

    insyaallah kita pastikan kesusahan hidup tidak membelenggu kita seperti pencuri itu.

    terima kasih ya tronx013 atas semangat yang diberikan. ahad nanti kami akan bincang langkah pencegahan dan keselamatan yang lebih baik utk Zahra'.

    ReplyDelete
  9. kak azah, kawasan sekitar zahra' tu khabarnya ramai penagih. kami anggarkan itu perbuatan mereka. syukur kak, tiada nyawa yang terancam tapi bimbang juga teringatkan pokdin yang memberanikan diri masuk ke dalam perpustakaan seorang diri untuk periksa segenap ruang. moga Allah lindungi dia.
    moga dijauhkan Allah dari ujian begini lagi selepas ni.

    ReplyDelete
  10. wkslm shiori.
    salam aidilfitri kembali. terima kasih banyak. insyaallah kami semuanya ok.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs