Followers

16.9.10

Catatan ringkas hari ni.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kehijauan di sebelah rumah, ubat penerang mata.

Alhamdulillah jumpa lagi kita malam ni. Kakchik ingatkan dah tak sempat nak mencatatkan sesuatu di sini sebab agak kepenatan selepas balik dari Nilam Puri Maghrib tadi. Selesai solat terus ke dapur Ummi untuk tolong serba sedikit persiapan untuk jamuan pagi esok. 

Persalinan hari ni.

Untuk pembaca yang belum tahu, selepas Subuh esok adik kakchik sekeluarga mengadakan jamuan kesyukuran sempena majlis bercukur anaknya, Raja Adelia Nisrina yang dilahirkan 5 September baru-baru ni. Jamu makan roti cicah gulai kari daging je.

"Muka huduh" oleh Eqbal.

Pakai kasut Kakak yang jauh lebih besar tapi boleh je...

Bermain dengan Eqbal yang sedang rancak bertatih.

Hari ni sebelah paginya kakchik ada jemputan rumah terbuka di PURNAMA Pengkalan Chepa tapi kerana urusan keluarga maka kakchik tak jadi ke sana. Kakchik ingin sangat nak pergi sebab kakchik nak serahkan beberapa dokumen peribadi seorang mualaf yang ditinggalkan suaminya, digantung tak bertali, kepada wakil rakyat DUN kakchik. Tapi apa kan daya, jadual program berubah, maka kakchik kenalah jumpa beliau hari lain. Insyaallah kakchik nak tolong mualaf tu.

Dalam perjalanan ke Nilam Puri, lalu Bandar Baru Tunjung yang sedang dibangunkan.

Tak lama lagi sampailah ...

Sebelah petangnya cik abe ajak kakchik ke Nilam Puri menziarahi kawannya. Dah lama juga kami tak ke rumah beliau di sana. Orangnya suami isteri sangat baik dan peramah. Alhamdulillah seronok kami bersembang sampailah azan Maghrib berkumandang. 

Papan tanda sebegini yang dipasang sejak 1990 masih ada di sekitar Kota Bharu.

Kakchik hanya sempat ambil "Alhamdulillah" & "Allahu Akbar" saja.

Ziarah kami berakhir di situ dan kami redah jalan yang agak sesak untuk pulang ke rumah. Sepatutnya ada sebuah lagi rumah kawan cik abe yang mahu dikunjungi tapi beliau pulang ke kampung isterinya jadi rancangan kami untuk ke rumahnya dibatalkan.

Suka sekali melihat bunga-bunga kertas Ummi yang subur berbunga.

Dah pakai dah...

Itu je lah lebih kurang apa yang berlaku hari ni selain dari rutin yang lain. Takde sangat perkara yang menarik. Sebagai halwa mata, kakchik kongsikan sebahagian foto yang kakchik ambil sepanjang hari ni tanpa fokus yang khusus. Hingga itu, wassalam.

6 comments:

  1. cantik kasut kak chik, suka akak tengok. Hari tu ada ternampak kat kat Vincci saje la cuba tapi rupanya tak sesuai ngan akak..hehehe last2 rembat Nina Ricci. Simpati akak baca mengenai mualaf yg ditinggalkan suami tu..kekadang ini yang menyebabkan kaum lain tidak tertarik pada agama islam..harap kak chik dapat update mengenai kisah ini.

    ReplyDelete
  2. Salam kakchik,

    Kalau Kakchik pergi ke Negara Brunei, kat jalan2nya kita boleh jumpa papantanda macam tu...menarik sekali...mengingatkan pemandu,sambil memandu boleh berzikir sekali..

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak azah. sejak raya semalam baru pakai kasut tu kak. hari-hari lain tu asyik pakai sandal je. mencari kasut yang sesuai dan selesa dipakai ni susah juga kan? kadang mata dah lihat cantik, tapi bila dipakai tak cantik dan tak selesa. Nina Ricci tu mesti cantik ya kak? insyaallah kakchik akan update kisah mualaf ni.

    ReplyDelete
  4. Wkslm Alasmal.
    Alhamdulillah... Kerajaan Kelantan pun meletakkan papantanda begitu untuk menggalakkan pemandu secara tak langsung berzikir. Bila mata ternampak, automatik, lidah atau hati akan membacanya. Betul kan?

    ReplyDelete
  5. Nina Ricci tengah sale masa tu kak chik so dapatlah kasut utk gi kerja yg ada tumit sikit..Tkalah lawa sangat pun just nak selesa bial banyak berjalan dan berdiri. Nak pakai boot alahai tinggi sesangat ler pulak nanti jadi macam galah je tengok orang kat bawah..hehehe..

    kak chik jangan lupa update pasal kisah mualaf tu yek. Boleh menambah pengetahuan dan menjadi satu pengajaran kepada kita semua.. Apatah lagi jika wanita muslim berkahwin dengan lelaki mualaf lagi banyak cabarannya..

    ReplyDelete
  6. kak azah, jenama apa pun kasut yg kita beli, paling penting keselesaan kan kak? kakchik sdg survey boot skrg ni. yg sedia ada tu tumitnya dah patah. kalau dpt dibaiki kakchik tak akan beli lain sb yg sedia ada tu sgt2 puas hati. sayang sangat sb bhgn lain semua ok lagi.
    insyaallah kakchik akan update kak bila ada perkembangan nanti.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs