Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Mohon maaf zahir batin & selamat hari raya dari kami berdua. |
Alhamdulillah... selepas 2 hari, barulah ada masa untuk mengemaskini blog Keluargaku Sayang ni. Kakchik mohon maaf bebanyak sebab sejak beberapa hari sebelum raya hinggalah pagi, kakchik terpaksa melupakan hasrat hati untuk menziarahi teman-teman sambil mengucapkan selamat hari raya di blog masing-masing. Panggilan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri, anak dan menantu memanggil kakchik dari duduk di depan komputer. Semoga kalian semua dapat bergembira menyambut hari raya bersama keluarga masing-masing.
Kakchik percaya teman-teman semua pun sibuk macam kakchik juga dalam tempoh itu. Yang balik kampung tentu riuh-rendah bertemu adik-beradik dan sanak-saudara. Rumah keluarga jadi gegak-gempita dengan hila-tawa dan suara gurau-senda semua yang ada. Penat melayan kerenah anak-anak kecil, penat berdiri membasuh pinggan-mangkuk yang kotor, tapi hati gembira kerana amat terasa kemeriahannya di hari besar meraikan kejayaan kita melawan nafsu di bulan Ramadhan yang baru berlalu.
Insyaallah lepas ni kita sama-sama kembali bertemu seperti biasa di alam blog. Selamat hari raya sekali lagi untuk semua teman-teman blogger, followers dan blogwalkers. Semoga kita tidak lalai-leka dengan segala makanan yang terhidang, kenduri-kendara dan menziarhi hingga terlewat atau terlupa menunaikan amanah wajib iaitu SOLAT FARDHU.
Wassalam.
InsyaAllah..Terima Kasih atas ingatan kakchik..sejuk hati pandang kakchik yg berpurdah..
ReplyDeletedoakan sy juga begitu ye..Amin
Sama-sama Bidadari Fiza.
ReplyDeleteTerima kasih sebab pandang wanita berpurdah begitu. Insyaallah Fiza pun boleh menghayati dan mengamalkannya dengan baik.
saya mcm kenal suami kakchik ni, kat mana ye..pernah smpai kelantan ke?ke memang tinggal kelantan?
ReplyDeleteMyla, kami memang orang Kelantan. Tinggal pun di Kelantan.
ReplyDeleteErm mmg sya kenal la suami kakchik ust wan, tp lupa kat mana..guru ke? kakchik kt pustaka zahra ye..mmg selalu saya singgah waktu2 belajar dulu, skrg dh bekerja dh lama x smpai sana..masyaAllah byk ilmu yg sya perolehi kt sana :-) syukran.
ReplyDelete