Followers

23.9.10

Iklan La Senza

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Mula-mula kakchik nak minta maaf kepada para pengunjung semua jika kunjungan kalian ke sini mengejutkan dengan munculnya iklan-iklan La Senza yang seksi-meksi di sini. Kakchik baru saja lihat iklan ni sebentar tadi semasa kakchik browse satu demi satu entri kakchik yang lama. Terkejut sungguh!

Semalam ada pembaca yang menegur pasal iklan tu, kakchik terima tegurannya tapi dalam hati dok tertanya-tanya iklan yang mana sebab tak pernah lagi kakchik dapat iklan Nuffnang yang pelik-pelik. Selalunya iklan Digi, Celcom, Maxis dan beberapa yang lain. Inilah rasanya kali pertama ada iklan 'bra' dalam blog kakchik ni. Maafkan kakchik ya.

Sekarang ni sedang uruskan bagaimana nak elakkan iklan tu dari muncul. Payah juga sebenarnya sebab iklan di blog ni dipilih sendiri oleh para pengiklan Nuffnang. Segan sangatlah bila iklan baju dalam boleh keluar kat sini. Lagipun kakchik tak mahu jadi ejen maksiat mata.

Maafkan kakchik ya.

p/s: Sedang filter. Berjaya atau tidak, kalian tolong bagitau nanti ya.

4 comments:

  1. La Senza tu meaning not wearing anything Senza - nothing. Motif advertisement agency, the sexier the merrier the viewer..

    ReplyDelete
  2. Ooo... begitu rupanya maksud dia. Patutlah semuanya pakaian dalam yang seksi-meksi. Thanks kak azah for sharing the meaning.

    ReplyDelete
  3. Salam kakchik, pekabar?? slmt hari raya maaf zahir batin ye kakchik.

    nasib baik iklan la senza tu bukan buff...hahhaa..gelak pulak yan nie..ehehe jgn mrh, yelah bila dh buff mesti ramai yg betenggek tgk iklan tu je...hahah

    kt blog yan mmg x pernah lg bertembung dgn Yan, tp kt blog cikmin yan pernah jumpa sekali, tp iklan tu mmg jarang keluar.

    www.yanmieonline.comu

    ReplyDelete
  4. Wkslm Yan. Alhamdulillah khabarnya baik2 saja Yan kecuali selsema ni. Selamat hari raya & maaf zahir batin juga ya Yan. Lama tak jenguk blog Yan sejak raya ni.
    Haha, iklan tu dah tak keluar kot kat sini. Janganlah hendaknya. Nanti terkezut para pengunjung. Betul tu kalau buff, malu kakchik nanti.
    kakchik pun tak pernah jumpa iklan ni di blog yan atau cikmin. Kira selamat la kalau just dia keluar kjp2. Bahayalah iklan ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails