Followers

6.9.10

TV3 Menarik Balik Iklan Kontroversi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selepas beberapa waktu dikondem dan dimarahi rakyat Malaysia beragama Islam, semalam TV3 telah menarik balik iklan raya yang begitu kontroversi. Kakchik sebelum ni tak tulis pun mengenai iklan tu sebab sudah begitu ramai blogger yang menulis mengenainya sama ada di blog world atau pun di fb.

Kakchik baca berita terkini ini di Mediakini.com. Beritanya seperti di bawah:
Iklan raya TV3 ditarik balik
Posted By editor On 6 September 2010 @ 6:52 am In Kosmo,Nasional | No Comments
KUALA LUMPUR – Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Iklan Raya TV3Difahamkan iklan Sinari Lebaran itu mula disiarkan pada 2 September lalu.
Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.
Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.
Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu turut menyelitkan unsur-unsur khayalan menunjukkan kanak-kanak dibawa terbang merentasi beberapa mercu tanda terkenal negara seperti Menara Berkembar Petronas, jambatan mirip Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan.
Penyiaran iklan TV3 tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari lebaran yang bukan dikaitkan dengan hiburan semata-mata.

Article printed from Berita Online Terkini: http://mediakini.com
URL to article: http://mediakini.com/nasional/iklan-raya-tv3-ditarik-balik.html

8 comments:

  1. tak pernah tgk iklan tu...sbb tak de masa mlm2 nak tgk..

    wah tak sangka imaginasi pembuat iklan tu hingga tiru ala2...agama lain....mmg tak patut kalo bab beca terbang2 ni

    ReplyDelete
  2. salam kak chik
    hah, mmg patut pun kena tarik balik..tak sensitif betul!sekali tngk pun dah berderau dlm hati..

    ReplyDelete
  3. saya pun ada tgk iklan tu, tp sekali jer..terdetik dalam hati, kenapa iklan mcm tu, mungkin nk terapkan ciri2 1 Malaysia kot.. tp tak kena gaya...

    ReplyDelete
  4. asha, kakchik pun tak pernah tengok di tv. tengok di youtube je lepas seantero fb bising pasal iklan tu. bukan beca terbang je, actually habis dia serapkan unsur syirik agama2 lain dlm iklan tu. apapun tv3 dah minta maaf. maafkan ajelah.

    ReplyDelete
  5. Wkslm MamaYatie.

    Tentu pihak tv3 kalut dok buat post-mortem tu.

    ReplyDelete
  6. Noorma, kakchik rasa pun itulah kot niat mereka sampai ketepikan nilai2 agama Islam. Biarlah. Allah dah tegur melalui protes orang awam. Moga2 mereka fikir panjang di lain kali.

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum kak chik,

    Akak cuma nak tahu advertising agency yg create advertisement tu.

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikummussalam kak. Khabarnya kepunyaan bukan Islam kak. Wakilnya ada keluar tv buat kenyataan mohon maaf.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs