Followers

7.9.10

Perkongsian: Berniaga mesti nak untung.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dalam semangat nak sambut 1 Syawal yang tak berapa hari saja lagi, tiba-tiba kakchik terbaca satu artikel tulisan Ust Nor Amin di blog beliau. Artikel yang sangat menarik untuk ditekuni, difikirkan dengan teliti kerana ia berkaita rapat dengan salah satu cabang hidup kakchik iaitu berniaga.

Setiap orang yang berniaga sudah pasti mengharapkan keuntungan. Siapa berniaga nak rugi tu baik tak payah berniaga, buang masa saja. Tapi kalau kita usaha gigih tapi masih rugi, itu adalah dugaan, risiko dunia bisnes. Banyak faktor yang perlu disemak di sebalik kerugian itu.

Sebagai usahawan, keuntungan penting kerana bila ada untung perniagaan makin berkembang maju. Barulah kita akan ada kemampuan untuk kehidupan yang lebih selesa, membayar zakat, membantu orang yang susah, dan sebagainya. Kalian tak mahu kaya ke? Kakchik nak... tapi nak jadi orang kaya yang bertaqwa.

Maka, kenalah teliti dalam menjalankan perniagaan. Untung, zakat, riba, rasuah, gaji, upah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan jual-beli dalam perniagaan kenalah diambil berat. Kita mahu perniagaan kita berkat dunia akhirat.

Mari kita baca apa kata Ust. Nor Amin:

Mengambil Keuntungan Dalam Perniagaan


Maksud Berniaga

Berniaga adalah salah satu bentuk muamalat yang disyariatkan oleh Islam. Berniaga dari sudut bahasa bermaksud berdagang atau berjual beli. Manakala dari sudut istilah syarak pula, berniaga bermaksud pertukaran harta dengan harta mengikut syarat-syarat tertentu. Harta yang dimaksudkan di sini ialah semua jenis barangan yang bernilai di sisi syarak.

Adab-Adab Berniaga

1. Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak menipu dalam perniagaan.

2. Ihsan bermaksud peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dengan mengambil kira semua aspek kemasyarakatan dan keberkatan daripada Allah S.W.T. di samping mendapat keuntungan.

3. Bekerjasama bermaksud penjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur sekiranya timbul sebarang perkara yang tidak diingini.

4. Tekun perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar perniagaan yang dijalankan itu berkembang maju.

5. Menjauhi perkara yang haram penjual hendaklah menjauhi perkara yang haram semasa menjalankan perniagaan. Contohnya menipu dalam timbangan, menjalankan muamalat riba, menyorok barang, dan menjual barangan yang diharamkan seperti dadah dan arak.

6. Melindungi penjual dan pembeli. Penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi hak masing-masing. Contohnya penjual memberikan peluang yang secukupnya kepada pembeli untuk membuat pilihan ketika hendak membeli sesuatu barangan.

Keuntungan Penjualan Barang Mengikut Islam

1. Keuntungan barang jualan seperti keuntungan yang diambil dari barang yang dijual. Contohnya perniaga menentukan harga barang yang ingin dijual dengan harga yang berpatutan. Sebenarnya Islam tidak menentukan keuntungan penjualan barang tersebut, yang penting setiap penjualan perlu mempunyai akad, suka sama suka atau persetujuan dua belah pihak (penjual dan pembeli). Tetapi lebih baik penjual menentukan keuntungannya dengan harga yang berpatutan, kerana Rasulallah saw berniaga dengan menentukan harga barangnya secara berpatutan dan tidak mengambil keuntungan yang lebih, sebab itulah perniagaan Rasulallah sentiasa laris dan untung pada setiap kali beliau berdagang. Sabda Rasulallah saw yang bermaksud: "Dari sahabat Urwah Al Bariqy ra mengisahkan: Rasulallah saw memberiku satu dinar agar aku membelikannya seekor kambing, kemudian akupun membeli dua ekor kambing dengan satu dinar yang diberikan Rasulallah, kemudian aku jual kembali seekor kambing dengan harga satu dinar, apabila aku datang menemui Baginda dengan membawa seekor kambing dan satu dinar. Kemudian Rasulallah saw mendoakan keberkatan kepada perniagaan arwah, sehingga seandainya ia membeli debu, niscaya ia akan memperolehi laba darinya." (Riwayat Abu Dawud, At Tirmizi dan Ibnu Majah)

2. Keuntungan dari keberkatan, pahala dan keredhoan Allah. Apabila perniaga mengambil keuntungan yang memadai dengan barang yang dijual, maka dia memperolehi keberkatan dari Allah dan pahala yang sangat besar. Lebih baik lagi peniaga muslim jangan menipu barangan yang dijual. Contohnya mencampurkan ikan lama dan yang baru dalam perniagaannya, atau menipu barang yang dijualnya adalah baru dan mempunyai kualiti yang baik, tetapi pada hakikatnya semua itu adalah penipuan. Maka di sini perniaga terlebut tidak memperolehi keuntungan di akhirat nanti dan dia akan dilaknat oleh Allah diatas penipuan yang dilakukannya semasa berniaga. Sabda Rasulallah yang bermaksud: "Dari Hakim bin Hizam dari Nabi saw beliau bersabda: "Kedua orang penjual dan pembeli masing-masing memiliki hak pilih selama keduanya belum berpisah, bila keduanya berlaku jujur dan menjelaskan, maka akan diberkahi untuk mereka penjualannya, dan bila mereka berlaku dusta dan saling menutup-nutupi, niscaya akan dihapuskan keberkahan penjualannya." (Muttafaqun 'alaih)

Kesimpulannya

Setiap perniagaan yang dijalankan perlulah diberikan kemudahan dan memudahkan pembeli untuk memiliki barang yang diingini dengan harga yang berpatutan, kerana Allah akan memberikan ganjaran yang sangat besar kepada penjual di akhirat nanti. Setiap perniagaan yang dijalankan janganlah mengharapkan keuntungan dunia semata-mata, kerana dalam masa yang sama kita telah menyusahkan orang lain dan ditakuti ada penipuan dalam perniagaan. Percayalah barang siapa yang menjual barang mengikut syariat Islam nescaya beliau akan memperolehi keuntungan yang sangat besar di dunia dan di akhirat.

Kakchik terasa bimbang bila baca tulisan ustaz ni. Ye lah, kakchik ada 2 cabang bisnes yang kakchik kendalikan. Masih banyak yang kakchik kena study dalam bidang perniagaan Islam ni. Moga-moga urusan bisnes kakchik selama ni terjauh dari unsur-unsur riba atau yang sepertinya.

Bimbang dapat hasil haram, makan harta riba. Nampaknya hari ni kena bertekun sekejap dalam hal ini. Kakchik harap teman-teman usahawan pun sama-sama berhati-hati dalam hal ini. Duit mungkin masuk mencurah-curah tapi takut tak dapat dijadikan bekalan di akhirat.

Allahu'alam

6 comments:

  1. setakat ni sy berniaga dlm setahun takde untung lagi...duk pusing modal lagi..mmg dugaan..harap2 dugaan ini berakhir...

    ReplyDelete
  2. saya pun risau juga takut tersasar... memang kena belajar agi bab berniaga ni...

    ReplyDelete
  3. asha, kakchik berniaga buku 6 tahun pun balik modal sikit2 je. itupun sebab kakchik tak full-time. yang niaga abaya ni belum sampai setahun lagi, ada untung sikit kes ramai yg beli abaya untuk raya. kata pakar2 motivasi, bagi masa 5 tahun kpd bisnes kita untuk berdiri teguh w/pun untungnya kecik. kalau kita dpt lebih awal, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. wan, itulah. kakchik paling teliti bila nak letak harga barangan import seperti abaya dan buku2 islamic foundation. harga nak kena kira sekali dgn kos shipping dan labor baru leh tambah untung 10%. sama jg dgn wan, kena jugak belajar lagi.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum kak chik,

    This is very informative kak chik, sebagai pembeli akak pun dapat belajar sama hak akak.Bukan senang nak berniaga ni dan bukan semua peniaga macam kak chik. Semoga business kak chik bertambah maju.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam kak azah.

    Termalu sendiri bila akak puji begitu. I'm nor perfect kak. Ada juga salah silapnya dalam berniaga.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs