Followers

21.9.10

Asalkan kasut, apa salahnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi ni hanya kemaskini ringkas saja. Kakchik baru je beli sepasang kasut but baru. Kasut but yang lama dah patah tumitnya serta ada kerosakan pada kulit di bahagian atasnya. 2 hari lepas semasa nak balik dari MariBaca, entah macamana kaki ni boleh terpesong masuk ke dalam kedai kasut Oasis/Verse tu.

Gambar hanya hiasan.

Dah tu straight je ke bahagian kasut but ni. Mata langsung tak minat nak tengok kasut-kasut lain. Masa tu hanya ada 2 pasang design but tapi yang kakchik berkenan jenis Verse. elok pula, kena dengan saiz kaki cuma longgar sedikit.

Selepas mencuba, kakchik tak jadi beli sebab takde diskaun dan longgar. Alhamdulillah selamat lagi duit masa tu. Tapi kalau dah berkenan tu, balik ke rumah hati asyik dok teringatlah kat kasut tu. Nasib baik tak sampai bermimpi hehe.

Ala kulli hal, kakchik kalah juga akhirnya. Itupun selepas kakchik berusaha membawa kasut but yang lama untuk dibaiki. Sayangnya memang dah tak dapat diselamatkan lagi. Sebagai alasan untuk cover line, kakchik singgah di Oasis, KK Square dan beli juga but Verse tu.

Yang dicuba di Oasis Kota Sri Mutiara tapi beli di Oasis KK Square sebab saiznya ngam-ngam dengan kaki kakchik. Huhu, kena make use betul-betul la kasut ni. Nanti ada yang marah.

:( kakchik pun lemah iman juga.

13 comments:

  1. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin K. Chik :)

    Bestnya K.Chik beli but...Zue selalu teringin nak beli but, dulu2 ada la sepasang, tp dah lama x pakai. Kalu pakai but ngan abaya, mmg cun kan K. Chik :D kalau pakai sepanjang hari, selesa tak K.Chik? Dulu Zue pakai just utk gi jln2 kejap2 je

    ReplyDelete
  2. SALAM KAK CHIK

    cantik kasut tu.
    fully covered.

    ReplyDelete
  3. Asalkan tak keletak keletuk dah la yer kakchik? =)

    ReplyDelete
  4. kasut cuma tuk time emergency jer...sempoi...

    ReplyDelete
  5. Salam Aidilfitri kembali Zue. KAlau nak beli fikirlah baik2 Zue. Bimbang kita membazir. Kakchik pernah membazir dalam hal membeli kasut ni. Jika yg lama masih elok boleh dipakai, baik pakai yg tu je. Setakat ni kaki kakchik elok je mgkn sebab kakchik hanya berkasut plg lama pun 3 jam.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Kak pB. Terima kasih kak pB. Hok kakchik beli tok lah setinggi hok gambar ni.

    ReplyDelete
  7. Nurul, takde bunyi insyaallah. KAkchik tak pakai yg berbunyi ni.

    ReplyDelete
  8. Slm kakchik,

    Saya sendiri pun kadang2 jalan,tiba2 blh melencong gi kedai kasut hehe....Last time saya tak minat pakai kasut but ni, pastu time nak ikut hubby gi oversea masa musim sejuk, hubby belikan satu tuk saya.Dlm hati tak suka..rasa terpaksa je...tapi lepas pakai..selesalah pulak..hehe...setakat ni satu tu je kasut but saya ada..jenama emilio valentino..memang tahan lah.sampai sekarang elok lagi.

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum kakchik, cantiknya kasut kakchik... :)

    Syira hanya pakai kasut bertumit masa wedding dulu jer, hehehe. Sangat tak sesuai pakai kasut bertumit or but (asalkan bertumit) sebab pressure pada tulang belakang buat Syira sakit belakang nanti. Hehehe, semua kasut tak bertumit :D

    ReplyDelete
  10. Wkslm Alasmal.

    Itulah kita orang perempuan ni. Nafsu nak benda-benda macam kasut ni memang susah juga nak kawal.

    Beli kasut ikut keperluan lagi elok kan. Betul dah tu, bila di luar negara tentu but jadi keperluan.

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikummussalam Syira.

    memang kalau nak kira kasut bertumit ni tak elok utk kesihatan terutama utk tulang belakang dan peranakan.

    sebab tu kakchik pilih yang tumitnya 2" dan bertapak rata. yang gambar ni tinggi sangat ni tapi sebab hampir nak serupa design dgn kakchik punya kakchik pinjam gambarnya.

    kakchik tak boleh pakai kasut tanpa tumit, sakit tapak kaki.

    ReplyDelete
  12. Hani, kakchik pula pakai kasut setiap hari sejak tingkatan 2 lagi. tak betah memakai sandal.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs