Followers

12.9.10

Berita Terkini: Jutawan Kosmetik Ditemui Rentung

Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua.

Alhamdulillah ... syukur ke hadrat Allah SWT kerana pagi ini kita semua masih diberi nikmat untuk menghirup udara segar di bumi-Nya. Kita manusia bertuah. Bukan semua orang bertuah seperti kita. Misalnya malam tadi kita telah mendengar berita tentang kematian jutawan terkenal, Pn. Sosilawati Lawiya dan 3 yang lain setelah hilang sejak 30hb lagi.

Dalam jam 4.33 pagi tadi cik abe beritahu, berita sudah confirm, yang desas-desus penemuan 4 mayat rentung di ladang kelapa sawit di Morib adalah benar, mayat mangsa pembunuhan kejam ke atas keempat-empat yang hilang iaituPn.Sosilawati dan para pembantunya. innalillahi wainna ilaihi raaji'un.

Ini berita yang kakchik salin dari Mediakini.com :

Sosilawati dibunuh

Posted By editor On 12 September 2010 @ 4:29 am In Berita Pilihan,Berita Terkini,Jenayah | 3 Comments

* Kesemua 4 yang hilang mati dibakar
* Abu mayat dibuang di Pantai Morib
* Polis tahan 7 individu termasuk peguam bergelar Datuk


Sosilawati dibunuh..KUALA LUMPUR 11 Sept – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

* Sosilawati mati dibunuh di Morib
* Mayat dibakar di ladang ayam

KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.

Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah. – KOSMO

Article printed from Berita Online Terkini: http://mediakini.com

Satu berita yang sungguh menyedihkan dan menyayat hati. Betapa manusia-manusia jahat sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan harta dunia dan seumpamanya hingga sanggup melarikan, menyorok, membunuh, membakar dan membuang abu mayat di tempat tersembunyi agar tidak diketahui umum. Tapi mana boleh lari dari balasan Allah nanti.

Atas dunia mungkin mereka terasa selamat, itupun 7 orang sudah diberkas untuk siasatan polis. Mereka lupa yang Allah pasti menjatuhkan hukuman berat satu hari nanti. Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga keempa-empat mangsa tidak kira jutawan atau tidak. Dari Allah mereka datang, kepadaNya jua mereka dikembalikan.

Al-Fatihah.

4 comments:

  1. Salam ceria kak Chik,

    Astaghfirullah hal a'zim. Ya Allah macam dalam movie dah kehidupan realiti sekarang, sedih geram macam2 saya rasa ni. Sanggup berbunuhan kerana harta. Macamana ya anak2 arwah2 dan ahli keluarga mereka. Tak dapat nak bayangkan.

    Semoga arwah ditempatkan dikalangan para solehin. Amin. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Salam ceria kembali Iman Aisyah.

    Memang kakchik pun terfikir begitu. Segala yang berlaku dibuat dengan begitu kejam macam skrip filem barat yang ganas.

    Semoga keluarga mereka tabah.

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah buat arwah dan betapa sedihnya melihat wajah2 kesayangan yang kehilangan bapa dan ibu di saat yang lain sibuk membuat persediaan dan menyambut kedatangan Syawal.

    Kak chik cuba baca Straitstimes Singapore. Akak suka baca paper Singapore sebab banyak maklumat yang akhbar kita tak laporkan..

    Sungguh zalim cara pembunuhan yang dilakukan. Arwah di kelar di leher sebelum dibakar.

    http://www.straitstimes.com/BreakingNews/SEAsia/Story/STIStory_578304.html

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kak azah atas cadangan akhbar tu. Insyaallah kakchik baca juga. Setakat ni kalau yg Singapura, selalu baca Cyberita.

    Hingga ke hari ni masih belum didakwa lagi pembunuh-pembunuh tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs