Followers

26.9.10

Purdah Jutawan Kosmetik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Maafkan kakchik kerana belum sempat nak menyambung tulisan kakchik berkenaan Batas-batas Aurat tu. Kakchik diserang selsema dan kebetulan pula kakchik baru mula makan ubat kampung. Jadi keadaan biologi badan kakchik agak tidak stabil beberapa hari ni. Kakchik online cuma tak berdaya sangat untuk menulis panjang-panjang.

Hari ni kakchik membaca akhbar Kosmo. Tak sangka ada satu rencana di bahagian JURNAL akhbar berkenaan mengenai Pn. Rozita Ibrahim, jutawan kosmetik yang kini berpurdah. Kakchik cuba cari artikelnya di dalam Kosmo Online tapi belum ada. Mungkin esok baru keluar. 

Gambar terbaru dalam Kosmo.

Untuk salin keseluruhan artikel tentulah kakchik tak larat. Jadi hari ni kita tengok sikit gambar-gambar yang kakchik ambil dari akhbar Kosmo. Memang masih bergaya Pn. Rozita ni walaupun sudah berpurdah. Bagi kakchik ia tidak menjadi hal, kerana semuanya terserah kepada niat masing-masing.

Di pejabat beliau.

Apa yang pasti, kakchik bangga dengan perubahan beliau. Dari memandu Mercedes kini beliau lebih tenang memandu MyVi saja. Tertarik dengan kata-kata beliau,
"Apabila saya hendak melakukan perkara yang tidak elok, purdah ini akan menghalang saya. Ia akan membuatkan saya berfikir jangan hanya baik pada pakaian. Contohnya jika saya terfikir melambat-lambatkan solat atau hendak mengata orang."

Bersama anak sulung beliau, Norhayati.

Keratan artikel di halaman JURNAL.
Tahniah Pn. Rozita!

19 comments:

  1. salam kakchik..
    rasanye dah lama dah dia pakai purdah ni...dlm 2-4 bulan yg lepas dah pakai dah...

    alhamdullilah...walau jutawan produk kecantikan..beliau memilih yg betul...

    ReplyDelete
  2. wkslm asha. ha'ah dah agak lama juga dia pakai purdah ni. actually sejak bulan 7 tahun lepas. dah ada beberapa kali kakchik tulis pasal pn. rozita ni. dia nampak tenang sekarang ni w/pun macam2 tohmahan yang dilemparkan slps dia berpurdah. semoga dia istiqomah.

    ReplyDelete
  3. betul katanya....kdg2 ble terfikir utk lakukan hal yg td sepatutnyer, saya akan fikir semula...niat kerana Allah

    ReplyDelete
  4. kakchik, doakan dni ya... semoa dni jadi wanita solehah...


    hu.. teringin..

    ReplyDelete
  5. as-salam kak cik yang elok dijadikan ikutan..

    hanya kawan2 terdekat serta sanak saudara yg boleh memberi pesanan selain HIDAYAHNYA..

    ReplyDelete
  6. Get well soon kakchik...
    Banyakkan rehat dan minum air suam ok.

    ReplyDelete
  7. walaupun berpurdah, puan Rozita ni tetap nampak cantik dan manis kan...
    =)

    ReplyDelete
  8. Nadia, itulah yang sebaik-baiknya kita fikirkan setiap kali kita nak buat sesuatu. Lebih2 lagi bila kita berpakaian Islam.

    ReplyDelete
  9. my dear dni, semoga Allah sentiasa kuatkan semangat dan azam dni untuk menjadi wanita solehah sepanjang masa.

    ReplyDelete
  10. wkslm zeqzeq. sdh semestinya... bukan HANYA kawan2 terdekat dan sanak-saudara zeqzeq, TAPI bila kita Islam, kita sesama Islam layak untuk berpesan-pesan sesama kita. Hidayah sememangnya hak Allah.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. jutawan muslim sebeginilah yang kita mahukan.. ingat dunia ingat akhirat.. mudah2an diri ini juga diberi kekuatan untuk menutup aurat lebih sempurna.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih Alasmal. Insyaallah.

    ReplyDelete
  13. ummu luqman, kita ada ramai jutawan muslim cuma peribadi mereka tidak dikenali. mereka low profile, media pula kurang minat untuk tulis pasal mereka. insyaallah kita juga boleh mencontohi mereka.

    ReplyDelete
  14. Seronok tengok usahawan wanita yang berjaya mengambil tekad yang bulat utk berpurdah, bukan senang nak sampai ke tahap tersebut. Semoga beliau akan senantiasa beristiqomah dan semakin ramai artis dan orang kenamaan akn terbuka hati utk berpurdah.

    ReplyDelete
  15. kak azah, bila tengok beliau kakchik terasa bagusnya jika para jutawan, orang2 kaya bila sampai satu tahap mereka merendahkan diri di hadapan Allah begini. Insyaallah kak. Semakin banyak kesedaran Islam, semakin ramai yang akan berubah ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  16. suka sgt2 tgk penampilannya sekarang...

    ReplyDelete
  17. tkejut jgk bl nampak beliau bgtu. Apapn, Alhamdulillah berubah utk lbh baik..

    ReplyDelete
  18. seperti inilah mestinya perempuan tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs