Followers

14.9.10

Dah banyak hari tak memasak, kena masaklah nampaknya.

Assalamualaikum dan salam pagi yang ceria untuk semua.

Alhamdulillah hari ni kita dibangunkan Allah pagi-pagi untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya. Kalaulah Allah tak izin maknanya pagi ni kita mungkin sedang diziarahi sanak-saudara dan rakan-taulan. Ucapan takziah mungkin bersilih-ganti diterima oleh kaum keluarga kita. Syukur... Allah masih izinkan kita hidup hari ni maka hendaklah kita gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya untuk menambah bekalan pahala untuk saham kita di akhirat nanti.

Hidangan penuh yang ringkas.

Sekarang ni kepala kakchik di sebelah kiri sekejap-sekejap terasa berdenyut. Inilah akibatnya kalau beberapa hari asyik makan daging gulai saja. Agaknya tekanan darah pun dah mula naik la ni. Maklum saja, umur pun dah 36, jadi kenalah betul-betul pantau makan-minum. Bukan makin muda dah kakchik ni tapi makin meningkat usia. Kakchik nak usia meningkat dengan tubuh badan yang sentiasa sihat. Barulah dapat melakukan amal ibadat dengan baik.

Udang goreng bawang lada.

Selalu sangat makan gulai lidah ni dah mula rasa bosan. Jadi sejak pagi semalam kakchik hanya makan nasi sekali saja iaitu untuk makan malam. Sebelah paginya kakchik temankan cik abe ke majlis hari raya alumni sekolahnya di Pengkalan Chepa. Kat situ kakchik hanya makan separuh pinggan bihun goreng dan 2 biji ketupat. Bila balik rumah kakchik masaklah yang ringkas untuk mengiringi gulai daging pemberian kakak yang mengadakan akikah Amni pada Ahad lepas.

Gulai lembu akikah Amni.

Perut kakchik masih tidak selesa hinggalah ke saat ini. Takdelah cirit-birit tapi macam kakchik kata semalam la, ada mercun dok meletup-letup kat dalamnya. Huhu, lemah habis seluruh badan dibuatnya. Inilah penangan hari raya walhal kakchik sangat memilih makanan yang masuk ke dalam perut. Nak buat macamana kan? Dah nak sakit... tahan ajelah sedaya mampu. Jika mudarat sangat kakchik makan ubat.

Bagaimana dengan kalian semua? Harap-harapnya takde yang melalui pengalaman macam perut kakchik ni.

2 comments:

  1. Assalammualaikum kak chik,

    Akhirnya dapat bertemu semula di blog favourite akak ni. Hari raya kalau tak cirit dan sakit perut memang tak sah. Raya kedua memang perut memulas2 sebab macam2 jenis makanan yg masuk.

    Melihat juadah kak chik hari ni cukup menyelerakan. Akak masak pun simple je untuk semalam dan hari ni. Yang pasti bila hari2 biasa akak dan anak2 memang tak makan daging so boleh dikatakan hanya di hari raya sahaja kami menjamah daging. Yang pasti ikan mesti ada.

    Bila dah puas berhari raya bila nak start memasak ni penyakit malas tu mulalah melanda. :-)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam Kak Azah.

    Terima kasih kak. Akaklah orang yang paling setia ke sini dan paling rajin membaca dan mengomen tulisan kakchik. Satu penghormatan rasanya walaupun kakchik tulis remeh-temeh saja.

    Makan daging beberapa hari memang muak sangat hinggakan rasa macam nak makan seafood saja :)

    Memang betul sangat-sangat tu kak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs