Alhamdulillah terubat juga rindu untuk menulis blog hari ni. Sepanjang hari kakchik rasa tidak selesa kerana hidung selsema dan kini telingan kiri pula bengkak. Jadi kakchik hanya online sebentar saja di sebelah pagi dan sebentar tadi baru kakchik login sekali lagi.
Baru-baru ni kalian dah tengok gambar hiasan but Chloe yang kakchik kata nak serupa dengan but kepunyaan kakchik kan? Sebenarnya yang Chloe tu lebih banyak nak menyerupai but kakchik yang lama, yang rosak tu. Yang baru dibeli ni tapaknya lebih rendah, hanya 1.5 inci sahaja. Jauh lebih selesa berbanding yang dulu.
Sejak dibeli, boleh dikatakan kakchik memakainya setiap hari. Alhamdulillah tidak ada sebarang masalah kecuali kakchik kena simpan kasut ini di bawah Kaunter Zahra' setiap kali ke pejabat berbanding sebelum ini. Biasanya kakchik letakkan kasut di tangga perpustakaan saja. Terasa sayang nak tinggalkan di situ kerana ia masih baru dan ada pencuri yang suka mencuri kasut baru. Lebih baih beringat sebelum terkena.
Ok ke pakai but dengan abaya?
Oh, sudah semestinya... cuma janganlah pakai abaya yang meleret di lantai, yang itu sangatlah tidak sesuai. Paling lawa pakai but ni ialah dengan abaya labuh paras betis dipadankan dengan seluar panjang sedondon. Tapi, kakchik pakai abaya kakchik yang biasa tu je. Masih lagi ok pada pandangan kakchik. Jangan sampai 'serebeh' sudahlah.
Nanti kan kita nak berpakaian Islam yang bersih dan kemas, jadi tak kemas pula. Pakaian itu cerminan peribadi juga, oleh itu elok benar kita menjaga penampilan kita agar orang yang melihat kita merasakan, bagusnya umat Islam, sentiasa bersih, kemas dan cantik atau segak untuk lelaki.
Contoh pakai but dengan abaya:
Gambar rekaan di Looklet.com Susah nak cari tudung yang elok menutup aurat. |
Janganlah kita pandang mudah pada penampilan diri kita tapi janganlah pula kita berlebih-lebihan.
Salam kak chik...diharap cepat sembuh ya...
ReplyDeleteYat rasa memang sesuai abaya digandingkan ngan but nih..cantek..pernah lihat ramau yg pakai style gini kat sini :)
ah, cantiklaaa kakchik...
ReplyDeletesaya minatlaa..
emm..kalau pakai dgn baju kurg molek kah?
macam xsesuai aja kan..kakalu dgn jubah selaur tu bolehlaaaa
dgn baju kurng...............nampak pelik tak
berapa rm kakchik beli but tu.....? lawalaaa
kedai mana?
jeheheheehhehe
Wkslm Yat. Terima kasih ya. Insyaallah kakchik makin sihat dah ni. Hehe, terima kasih sekali sebab Yat beri lebih keyakinan kat kakchik. Ramai juga org suka pakai but sebab tak payah pakai stokin tapi kakchik masih berstokin. Tak selesa kaki tak beralas.
ReplyDeleteshafida, kakchik rasa but tak sesuai dgn baju kurung. paling sesuai dgn baju kurung ialah sandal atau kasut bertutup.
ReplyDeletebut kakchik tu RM150+ jenama Verse.
salam kakchik...semoga kakchik cpt sembuh..dh lama xjenguk ke cni...
ReplyDeletesesuai rupanye pki but ngn abay ye..qis baru tau..lps ni kena cari sepasang but la plak...hurm....hehehe...
wkslm qis. alhamdulillah hari ni dah sihat. kakchik ni selalu aje sakit kan? ujian Allah. memang sesuai qis. kena try dulu baru tahu hehe.
ReplyDelete