Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Dah malam ni baru ada masa untuk update blog sekali lagi. Rasa macam ada banyak perkara yang nak diceritakan tapi masa sungguh mencemburui kakchik. Kalau ikut fiqh aulawiyat, tulis blog ni jatuh tangga nombor 5 dah hari ni. Dalam hidup kita setiap hari kenalah kita tahu yang mana satu perkara yang lebih penting dan perlu diselesaikan segera. Blogging, blogging juga tapi janganlah hendaknya diri kita terleka hingga terbengkalai segala urusan rumahtangga. Bahaya kesannya kepada keharmonian keluarga.
Semalam kakchik cuti hujung minggu begitu juga hari ni, jadi kakchik ada masa untuk memasak untuk cik abe. Takdelah memasak sakan, cuma sedikit hidangan ringkas untuk dua orang makan. Itupun masak untuk makan tengahari dan makan malam sekaligus. Kalau hanay untuk sekali makan saja terasa macam buang masa je sebab kuantitinya sikit. Kalau dua kali makan, sukatan pun banyaklah sikit.
Ini je yang kakchik sediakan:
Hidangan tengahari semalam. |
Hari ni kakchik diserang selsema hingga ke saat ini. Asyik nak bersin saja dan hidung pun berair. Memang agak tidak selesa tapi kakchik mampu juga ke KB untuk mendengar kuliah pagi tadi. Sempat juga membeli-belah di kedai buku Jaafar Rawas dan gerai kaftan batik di Medan Ilmu. Kakchik ada hajat nak buat Contest lagi tapi belum pasti topik apa.
Kalian tentu masak sedap-sedap hari ni kan? Orang kata banyak berbuat kebaikan di hari Jumaat ni pahalanya berganda-ganda lebih-lebih lagi kalau buat baik kepada suami. Betul ke?
salam, kakchik..
ReplyDeletesemoga kakchik lekas sembuh daripada selesema, amin...
;) dni suka budu! gulppp... makan ngan ikan singgan sedap kak..
salam,
ReplyDeleteUntungnya dpt masak untuk suami selalu...saya takde kesempatan buat mcm tu sbb suami kerja jauh.Tapi once dia balik rumah, saya juga suka masak mcm2 tuk dia,pulak kami ni pasangan yg suka makan2..hehe.
Tengok budu tu...teringin pulak...hr tu balik dr kelantan, keluarga kpd sahabat saya bekal kan budu 6 botol kat saya..aduhhh...budu memang sedap,lebih2 lagi kalau mkn dgn ikan bakar...mak mertua lalu pun tak tegur ...Ha !! tu dia punya perumpamaan...tp jgn ikutlah. tak elok.gurau2 je kakchik di hujung minggu ni...oklah.
selamat beristirehat di hujung minggu.
Never say never .....(smlm tgk cerita karate kid dgn anak)
selalu k.cik pegi duk bhgn mana?
ReplyDeletekami pun blh dikatakan tiap2 minggu pegi...tk jumpa pulak kita...
tp minggu ni org tak ramai sgt mcm biasa kan...
wkslm dni. alhamdulillah kakchik tak demam cuma selsema je. masa dok jwb ni rasanya dah ok sikit. org Kelantan majoriti suka budu. kakchik je glgn minoriti hehe.
ReplyDeletewkslm alasmal.
ReplyDeleteterima kasih. sbnrnya bkn selalu dpt masak utk suami sb kakchik ni bukannya rajin sangat.
hehe, kelakar la alasmal ni, kalah kakchik tau bab2 makan budu ni.
yes, never say never.
bie, kakchik selalu duduk kat tangga hotel raudah. mmg minggu org tak ramai. tokguru pun bagi kuliah pendek saja.
ReplyDelete