Followers

5.9.10

Memasak hanya untuk sahur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Di waktu tengahari ni kakchik ada sikit kesempatan untuk update blog. Ingat tadi nak publish tulisan kakchik pasal rumusan usrah Jumaat baru ni tapi belum siap lagi. Nak cerita pasal adik bersalin pun rasa macam tak berapa rajin. Bukan apa... kakchik agak letih bila berkejaran ke sana sini.

Bawal Masam Manis - sahur pagi tadi

Jadi, untuk mengisi slot tengahari ni, kakchik sekadar nak cerita yang dah banyak hari kakchik tak masak nasi untuk berbuka. Nak masak buat apa kan kalau waktu berbuka tu kita dah makan tamar, kuih dan semangkuk hidangan agak berat seperti pengat dan makaroni sup.

Jadi hanya waktu sahur yang memerlukan makan nasi. Maka kakchik akan bangun awal pagi untuk masak hidangan bersahur. Selalunya yang ringkas-ringkas saja kerana selera pagi ni tak sama macam selera petang. Perut kita baru nak buka puasa jadi mood dia kurang sikit.

Keropok keping sebesar tapak tangan - makanan sampingan.

Kadang-kadang tu kakchik masak 1 jenis lauk utama, sayur dan 1 hidangan sampingan seperti keropok atau sambal. Cukuplah tu sebab kalau banyak lauk, pasti membazir. Bukannya perut kita boleh diisi dengan banyak makanan di bulan puasa ni. Nafsu makan je kuat tapi bila mula makan, cepatlah rasa kenyang. Tu yang bahaya pergi ke pasar Ramadhan tu, tentu ada yang terlebih beli yang akhirnya membazir.

Cempedak Goreng pemberian Ummi untuk berbuka.

Hari ni kakchik ambil cuti sebab nak temankan adik yang baru bersalin di hospital. Pagi tadi kakchik di sana tapi taklah lama sebab kami berbincang dan akhirnya Adik dulu yang akan temankan La. Kakchik akan ganti bila petang nanti. Jadi sekarang ni kakchik kat rumah menanti Zohor sebelum ke Maribaca. Ada wakil jualan buku yang datang, nak tak nak kena juga jumpa.

Makaroni Sup hidangan berbuka.

Oklah, sampai sini dulu. Insyaallah kakchik cuba update dan jawab komen2 yang masih belum berjawab tu. Wassalam.

7 comments:

  1. kakchik macaman nak buat macaroni goreng tu?

    ReplyDelete
  2. Salam kakchik,

    Terlihat bawal masak masam manis ni, saya teringat pada suami yang juga gemar makan masakan ini.Puasa dan hari raya tahun ini,suami tiada bersama kerana bertugas di luar negara.jadi sambutan hari rayanya agak hambar sedikit.mmm...(tukar sad mode dah)
    Anyway, Selamat menyambut Hari raya yang bakal tiba buat Kakchik sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. wan, makaroni goreng tu buat macam nak buat mee goreng wan. cuma kena rebus makaroni dulu sblm masukkan dalam bahan2 goreng.

    ReplyDelete
  4. asha, meh la rumah kakchik. boleh kakchik buatkan.

    ReplyDelete
  5. Wkslm Alasmal.

    Rupanya masakan kakchik ni telah buat Alasmal sedih. Maafkan kakchik ya. Bersabarlah dengan cubaan hidup, moga2 Allah kurniakan ganjaran yang besar kpd Alasmal. Kakchik pun takleh nak imagine kalau kena beraya jauh dr suami. Ingat anak2 masih ada untuk temankan beraya.

    Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  6. Bawal masak masam manis memang enak malah mudah disediakan. Yang penting menyelerakan pada selera kita kak chik..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs