kakchik juga yang sibuk dengan bungkusan abaya dan membayar hutang-piutang yang ada. huhu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Tiap-tiap hari kakchik tengok bloglist kakchik di sidebar tu dan nampak thumbnails dari blog kawan-kawan yang saban hari update blog dengan cerita masak memasak. Alahai sedihnya, dapur kakchik tak berapa nak berasap sehari dua ni.
Pizza Pepperoni Chicken yang sangat sedap. |
Asyik penuhi jemputan iftaar atau makan sesuatu yang dibeli atau disedekahkan Ummi atau Kakak kakchik. Kalau dapur gas menyala pun bila kakchik nak rebus air dan panaskan makanan je. Sebenarnya kakchik syukur sebab dalam keadaan letih tu ada je yang datang memudahkan.
Hari ni kami berbuka dengan pizza dan semangkuk pengat pisang pemberian Ummi. Alhamdulillah. Itu sudah cukup mengenyangkan kami. Dah tak perlu lagi makan nasi selepas berbuka tu. Nasi hanya untuk bersahur pagi nanti.
Pengat Pisang Ummi yang tiada bandingannya. |
Kakchik rasa malu nak jenguk blog kawan-kawan sebab dah macam-macam yang mereka sediakan. Hebat-hebat semuanya dalam menguruskan rumahtangga. Nak berguru masa suntuk jadi kakchik cuci mata ajelah.
Best kan kalau dapat jadi orang pandai buat macam-macam masakan ni. Air tangan sendiri. Syabas untuk mereka yang pandai dan rajin. Jadi inspirasi kepada ramai orang terutama yang macam kakchik ni.
Salam kak chik,
ReplyDeleteSedap sungguh pengat pisang umi tu. pisang nangka ke kak chik? hurm, lama tak makan pisang nangka. kat sini banyak pisang abu.
salam, kakchik..
ReplyDeletedni pon teringin nak pandai masak:D
salam kak chik
ReplyDeletesaya pun tahun ni dah gantung oven, kuih tunjuk ajelah
cumanya berbuka puasa masih lagi memasak.. ;D
selamat berpuasa dan selamat menyambut aidilfitri yang tak lama lagi..;D
salam kak chik..
ReplyDeletesedap tul nampak pengat tu..saya pun bukan pandai masak, yg simple2 boleh la..kuih raya?tunjuk jer setiap thn sbb mmg tak reti + takde oven..hihi
salam,
ReplyDeletekak chik, dijah ingat piza tuk akak yg buat. baru nak minta resipi hehe.. sedapnyeeeee...ops, pose.. ;p
salam kak chik..
ReplyDeleteselalu singgah tapi first time nk mengomen.. hihihi...
bab masak ni, jgn risau kakchik.. lama2 tentu buleh.. alah bisa tegal biasa.. cam tiny ni.. dh 6 tawon berumahtangga.. baru tahun ni FULL TIME masak.. ramadhan ni tak sekali pon jejak kaki ke bazaar ramadhan.. pasang azam dgn cik abang.. NO TO BAZAAR RAMADHAN.. home made cooking jeee... InsyaAllah tinggal lagi 8 hari utk merealisasikannya.. (tawon2 lepas hampir tak berasap dapur.. asyik makan kt luaaarrr je... huhuhu.. pastu bila beli kt pasar ramadhan, kerap dapat yg basi, yg masin, yg ntah apa2 rasa... huhuhu)..
Salam ziarah kakchik.. hehehe.. sorry, first time komen, terover panjang plaks.. hihihi...
wkslm nur. alhamdulillah pengat ummi sentiasa sedap. ha'ah pisang nangka dan pisang raja. kegemaran kami sekeluarga.
ReplyDeletewkslm dni. jom la kita sama-sama belajar dan praktis ya.
ReplyDeletewkslm mas. kuih tunjuk kakchik pun bukanlah banyak pun, cuma tart nenas yang sedap dan pelbagai jenis kerepek. kakchik ni jenis tak suka makan biskut raya tapi nanti nak kena cari juga untuk tetamu. tuan rumah tak makan lain cerita. berbuka tu kakchik tak dapat nak masak setiap hari. ada hari balik lewat tu kakchik beli lah juga di pasar ramadhan. itu pun pilih-pilih.
ReplyDeletewkslm MamaYatie. pengat ummi memang sedap. ummi expert sebab ayah kakchik memang kena ada pengat atau sira sepanjang Ramadhan. tak kisahlah guna pisang atau ubi. kita sama-sama belajar biar lagi pandai la MamaYatie kan.
ReplyDeletewkslm dijah. hahaha... kakchik punya pizza takde guna keju sebanyak itu. dah lama tak buat pizza sendiri sebab tangan sakit nak uli tepung. zan's pizza mmg sedap. bg kakchik lg sedap dr pizzahut.
ReplyDeletewkslm tiny.
ReplyDeleteterima kasih ya sebab akhirnya sudi juga meninggalkan komen kat sini. alhamdulillah ya dapat memasak setiap hari, jeles kakchik. memang masak sendiri lagi memuaskan berbanding makanan beli. kakchik harap juga nak masak sendri setiap hari tapi tak sempat. dalam seminggu tu selalunya 3 hari je yang masak sendiri untuk berbuka. selebihnya beli atau dapat sedekah dr ummi atau kakak.
komen pjg takpe. nanti singgah lagi, tulis komen lagi ya.
Assalammualaikum kak chik,
ReplyDeleteKesederhanaan dan rasa rendah diri kak chik banyak mengajar akak. Kak Chik tak perlu jadi orang lain yang pandai memasak itu ini, kak chik adalah kak chik dan istimewanya kak chik adalah di mata suami dan keluarga.
Pada akak kesederhanaan adalah segala-galanya, akak pun bukannya pandai memasak tetapi alhamdulillah seperti kak chik, suami akak makan seadanya yang akak masak. Itu lebih membahagiakan?
Alhamdulillah, di bulan puasa ni rezeki kak chik melimpah-ruah, makanan dari ummi dan kakak tu rezeki kak chik, walau nampak kecik tapi itu adalah pemberiaan dari ALLAH, besyukur dan seronok akak tengok..Memang lazat tu...
Wa'alaikummussalam kak azah.
ReplyDeleteAkak, terima kasih banyak. Malu rasanya kak bila akak puji begitu. Betul juga, setakat ni suami jarang komplen pasal masakan. Kalau ditanya pasti dikatanya sedap.
Kakchik betul2 belajar memasak hanya selepas kahwin kak. Itupun melalui blog kawan2 dan ingat2 pengalaman semasa menolong Ummi di dapur.
Terima kasih sekali lagi kak azah.