Assalamualaikum dan salam malam terakhir Ramadhan 1431H.
Iya, malam ni ialah malam terakhir untuk kita berterawikh, esok pula pagi terakhir untuk bersahur sebelum sinar Syawal 1431H muncul. Alhamdulillah w/pun tidak cukup 30 hari berpuasa, kakchik tetap gembira kerana Allah izinkan kakchik menikmati Ramadhan kali ini. Alhamdulillah.
Malam ni rumah keluarga kakchik yang berkembar dengan rumah kakchik ni, riuh-rendah dengan hilai-tawa ahli-ahli keluarga yang pulang. 2 malam lepas abang long sekeluarga sampai dari Bangi. Mereka sampai elok masuk waktu berbuka. Meriahnya suasana berbuka begitu terasa hinggakan kakchik yang berbuka dengan cik abe di rumah ini boleh mendengar suara-suara mereka.
Adik-beradik kakchik ramai, 9 orang semuanya. Tahun ni alhamdulillah semuanya akan beraya di kampung kecuali abang long yang akan bertolak balik ke Kuantan untuk beraya bersama keluarga mertuanya di sana. Sebab itu dia balik awal untuk berpuasa bersama kami.
Kredit video kepada Mediakini.com
Selepas Maghrib tadi, abang ngah sekeluarga pula sampai dari Shah Alam dengan selamat... syukur. Nampaknya satu bilik lagi akan berpenghuni. Rumah Ummi dan Ayah semakin ceria dan meriah. Di saat ini ada 13 orang anak-anak saudara di rumah ni dan 11 orang dewasa termasuk 2 orang bibik (bibik abang long dan la) yang menumpang bilik tamu kakchik.
Setengah jam yang lepas, adik bongsu kakchik pulak sampai dari Subang bersama keluarganya. Bertambah gamat jadinya. Kata bibik wati (bibik la), "baguskan bu', punya keluarga besar. Kalo' raya, bikin gawat sekali." Memang betuk bik, kakchik sangat gembira punya keluarga yang besar ini. Betapa hebatnya Ummi dan Ayah mendidi, mengasuh dan memberi pendidikan dunia akhirat kepada kami.
Bukan mudah nak pelihara 9 anak di zaman ini. Kadang-kadang seorang pun susah. Tapi daripada takde, baik juga ada anak kan? Ok, kakchik tak mahu panjangkan yang ini. Nanti kan kakchik yang syahdu dulu. Buat masa kami gembira dengan kehidupan kami, di kelilingi anak-anak buah yang ramai, bijak dan cerdik. Alhamdulillah.
Gambar raya beberapa tahun lepas. |
Berbuka puasa... bersahur, sungguh meriah. Esok akan makin meriah bila kakak yang di Kuala Krai balik bersama keluarganya. Gegak gempitalah segala ceruk rumah termasuk rumah ini kerana anak-anak saudara kakchik yang umur tadika ada 11 orang. Nasib baik esok kakchik dah cuti, dapatlah berseronok melayan mereka. Ini sudah tentu kakchik tak kecualikan anak-anak saudara yang sudah remaja. Ada 7 orang semuanya. Seorang tu masih awal remaja, baru tahun 5, abang-abang dan kakak sepupunya.
Raya tahun ni bakal menjadi hari raya yang sungguh meriah, insyaallah kerana kami dapat melaksanakan ibadah puasa dengan baik dan juga kerana seluruh ahli keluarga pulang berkumpul. Mashaallah...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN.
Salams Kak Chik! Selamat hari raya, maaf zahir batin! Alhamdulillah, kak chik bertuah sgt2 dikurniakan adik-beradik yg ramai. Dlm hal aja pula, cousins yg ramai. Bila dh berkumpul tu mmg gamat sgt suasana hari raya. :)
ReplyDeleteselamat hari raya kak chik bahasa sepanjang perkenalan kita.
ReplyDeleteRamadhan bersahur bangun awal
ReplyDeletekini semua tinggal kenangan
sungguh ceria di pagi syawal
moga ukhwah kekal berpanjangan
buat kakchik salam lebaran
berkat mencurah di aidilfitri
salah silap mohon ampunkan
moga silaturrahim lekat di hati
roselangkawi & keluarga
fizarose.blogspot.com/:)