Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Jumaat, penghulu segala hari. Hari ini Nabi Adam dijadikan, hari ini Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga, hari ini juga Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga. Kiamat juga khabarnya akan jatuh pada hari Jumaat. Allahu Akbar. Betapa terpilihnya hari Jumaat ini.
Teman-teman semua,
Setelah dua perkongsian dari tulisan sahabat-sahabat blogger, kakchik kembali mencatat sesuatu di sini. Rancangannya nak terus publish sedikit cerita kakchik pergi usrah pagi tadi tapi nak publish yang ini dululah sebelum kakchik terlupa.
Topik di atas ni adalah topik yang kakchik mahu tulis malam tadi tapi badan yang kepenatan membuatkan kakchik menangguhkan niat ini. Baiklah, semalam hari Khamis seperti biasa adalah hari yang cukup sibuk bagi kakchik. Di bulan Ramadhan ni sibuknya bertambah sekali ganda terutama dalam urusan bisnes kakchik. Itulah masa yang ada untuk kakchik fokus kepada perniagaan.
Antara tempat yang sering menjadi tumpuan kakchik pada hari Khamis ialah Pejabat Pos dan BIMB. Hari ni kakchik nak kongsikan pengalaman dan pemerhatian kakchik sepanjang berurusan dengan Pos Malaysia (Kelantan).
Musim Perayaan
Bagi orang berniaga secara online seperti kakchik ni, terutama yang berjualan pakaian, makanan, barang perhiasan dan seumpamanya, musim perayaan ialah masa paling sibuk. Sibuk kerana permintaan pelanggan meningkat bermakna penghantaran barang juga meningkat. Kakchik lebih suka menggunakan perkhidmatan Poslaju berbanding perkhidmatan kurier yang lain. Kadang-kadang saja kakchik gunakan Kangaroo atau Skynet. Fokus tulisan kakchik ni pada Poslaju di Pejabat Pos Besar Kota Bharu.
Setiap kali kakchik ke sana untuk mengepos barang, kakchik lihat ada ramai usahawan lain yang juga mengepos begitu banyak bungkusan. Laku keras nampaknya bisnes masing-masing. Alhamdulillah. Bila ada yang serupa kami berurusan bermakna masa kami berada di kaunter sangat lama berbanding orang lain tapi nak buat macamana kan, first come first serve la.
Staf Kurang, Hanya 2 Kaunter
Alkisah semalam kakchik membuat penghantaran paling banyak berbanding sebelum ini. Dari malam menguruskan rekod pelanggan, mengisi awal-awal borang poslaju di rumah dan membungkus serta menanda dengan elok nama-nama pelanggan di atas setiap bungkusan. Semuanya nak memudahkan kerja kerani di kaunter Poslaju.
Oleh kerana ada pelanggan yang paginya baru confirm bayaran dan sebagainya, maka kakchik kenalah singgah di MariBaca untuk membungkus beberapa helai abaya. Hajat nak sampai di Poslaju sebelum pukul 1 terbabas sedikit dan kami sampai dalam pukul 2 lebih sikit.
Dengan membawa banyak bungkusan tu kakchik beratur di belakang barisan yang agak panjang. Mungkin ada 12 orang di depan kakchik tapi takde yang banyak barang kecuali kakchik. Masa tu hanya 1 kaunter dibuka. Kakchik lihat di belakang kerani tu sudah bertimbun dengan segala macam bungkusan yang mahu diposlaju.
Tak lama lepas tu Kaunter kedua pun dibuka. Mungkin kerani tersebut berehat sebentar untuk solat Zohor. Alhamdulillah sebahagian pelanggan yang beratur di depan kakchik beralih ke kaunter baru. Tinggallah 4 orang di depan kakchik. Bila sampai giliran orang di depan kakchik, kakchik pun minta 2 borang poslaju dari kerani tu sebab ada 2 abaya yang baru dibungkus tadi tiada borang. Bekalan kakchik kehabisan. Tiba-tiba dia cakap kat kakchik, "Kenapa baru nak minta borang? Patut minta awal-awal tadi. Ambik ni dah ke tepi biar orang lain berurusan dulu."
"Erm... saya dah isi banyak untuk bungkusan saya kak. Sambil akak selesaikan yang dah siap tu sempatlah saya isi 2 borang ni." Tapi dia macam tak dengar apa yang kakchik kata. Takpelah kakchik taknak naik angin tak tentu pasal. Kakchik tinggalkan semua bungkusan tu kat bawah kaunter dan menyisih ke meja tepi untuk isi borang. Giliran kakchik bagi kat orang belakang.
Elok je urusan orang depan kakchik siap dan orang belakang dah ambil tempat kakchik, kakchik dah siap isi borang. Kalau nak kira, boleh je dia scan dan key-in data untuk berbelas-belas borang yang kakchik dah siapkan tu. Tapi... takpelah, kakchik masuk line, dok belakang orang belakang kakchik tadi. Nasib baik orang seterusnya gentleman, sudi bagi giliran kat kakchik. Kalau tidak... tak sanggup nak fikir berapa lama nak kena beratur semula.
Masa Rehat Saya
Bila tiba giliran kakchik, satu persatu kakchik angkat bungkusan ke atas meja hinggalah tinggal 4 lagi bungkusan besar di dalam plastik di bawah kaunter. Kakak kerani tu pun kata, "Maaf dik, setakat ni jah hok kak buleh buat. Nak tutup kaunter. Masa rehat kak ni." Rasa terkejut la sikit sebab hanya ada 4 je lagi dan takkan kakchik nak kena beratur kat kaunter sebelah pula? Orang di belakang kakchik semuanya diminta ke kaunter sebelah. Ramainya...
Semasa kakak tu sibuk menguruskan setiap bungkusan tu kakchik sembang-sembanglah dengan dia. Mula-mula tu dia macam tak senang sebab kakchik datang dengan banyak bungkusan, dok pujuk dia agar sudahkan yang lagi 4 tu dan dia pulak hanya ada setengah jam saja lagi untuk berehat. Kakchik cuba bersangka baik dengannya sebab kakchik tahu dia kepenatan.
Dari perbualan kami selama tempoh urusan yang hampir sejam tu, inilah kesimpulannya:
- Beliau kepenatan kerana pelanggan terlalu ramai dan hanya 2 petugas sahaja di bahagian Poslaju.
- Aduan kepada pihak atasan sudah banyak kali agar menambah staf terutama di musim perayaan tapi tiada sebarang perkembangan positif sejak dulu lagi.
- Cadangan kakchik untuk buat surat aduan dan komplen ke akhbar sangat dia suka kerana dia nak pihak atasan prihatin nasib orang di bawah sepertinya.
- Sepatutnya pihak Pos Malaysia, menambah kakitangan di Poslaju ni, takkan mereka tak tahu, musim ini pelanggan meningkat.
- Kerani tu juga manusia yang bekerja, dia perlukan rehat jadi kenalah kita berbaik sangka.
- Pos KB kena buka kaunter tambahan di musim raya ni, perlu sangat. Nanti pelanggan marah, kalian telah menyebabkan pahala puasa kami berkurangan.
- Sebagai pelanggan kita kena cuba berempati dengan kakitangan awam di kaunter perkhidmatan seperti Pos ni. Jangan asyik cepat nak naik darah. Cuba kita selami perasaan mereka.
Dari perbualan kami, selepas urusan kakchik selesai, kakak kerani mohon maaf atas kekasarannya dan kakchik mohon maaf sebab mengambil waktu rehat dia. Dengan senang hati dia selesaikan semua urusan poslaju setiap bungkusan kakchik. Alhamdulillah. Terima kasih banyak kak. Semoga Allah balas penat lelah akak sepanjang kakak jujur melaksanakan amanah.
Wassalam.
Assalammualaikum kak chik,
ReplyDeleteTersentuh hati akak membaca entry kak chik kali ini. Sekali lagi kesabaran kak chik menjadi pengajaran pada akak agar menjadi lebih bersabar.
Issue Post Malaysia ni memang dah agak lama, sejak kes pecah amanah 5 juta hinggalah kehilangan surat dan barangan. Akak perhatikan sejak merdeka post Malaysia tersangatlah lambatnya berkembang dengan kaunter yang hanya dua, kekurangan staff etc. Kalau kita perhatikan di luar negara contohnya, suami akak cukup suka pergi ke post office. Pertama kerana mereka mengeluarkan dan menjual prove coin negara mereka. Psot office mereka memiliki trendmark mereka sendiri. Contohnya tabung utk kanak2 menyimpan. Post Office mereka menjadi tumpuan pelancung utk mendapatkan souvenir. Itu belum dikira service lagi yg cukup cepat dan pantas.
Hendak tak hendak dengan service yang masih banyak perlu diperbaiki kita masih memerlukan Post Malaysia. Diharapkan cadangan kak chik akan dipandang serious dan memang amat penting ruang maklum balas customers because itu yg menentukan tahap ISO mereka. Tak sure pulak Post Malaysia ni ada ke ISO?
salam kakchik..
ReplyDeletebetul tu kakchik.. kaunter buka 2 je... tapi orang berduyun2... bukan tak nak ke post office lain. tapi sama je kat post office mana pun tetap ramai sebab musim orang nak kua duit ASB. dni nak pos barangan pun dah 4 hari tergendala sebab ada kelas terpaksa balik sebelum tiba giliran. huhu...
tapi setakat ni pejabat pos berdekatan ni sangat mesra.. kalau pejabat pos **** memang garang sket pastu kasar bahasanya. layan acuh tak acuh. benda ada cakap tak ada. pernah rasa nak nanges je dengan layanan diorang. dni kan jual barang, kadang2 bawak banyak bungkusan. tu pasal rasa nak nanges ngan layanan diorang tu. skang dah tak pegi pejabat pos **** tu. sedih je. huhu
saya pun geram juga semalam sebab brg yg sepatutnya makan masa 2 hari, tapi 3 hari belum sampai....
ReplyDeleteada baiknya kakchik register dengan poslaju, diorg akan dtg pick up jimat masa kakchik di kaunter.
Wa'alaikummussalam Kak Azah.
ReplyDeletemaaf kak terlambat membalas komen akak di sini.
kita doakan pos malaysia membuat perubahan yang besar luar dan dalam. janganlah dibiarkan sistem penghantaran mel/bungkusan negara kita tu dipermainkan orang nanti.
Tak pasti pulak pasal ISO tu tapi kalau tak silap ada ternampak banting bertulis ISO kat situ.
wkslm dni. memang kesian kat kerani dan kesian kat kita pelanggan poslaju ni kan? kadang2 kakchik guna pos cawangan panji tapi itulah kena ke sana awal sikit sebab jalan tu bertentangan dgn arak nak ke pejabat. moga2 pos malaysia berubah banyak lepas ni.
ReplyDeleteWan, macamana nak register dgn poslaju tu? Kakchik nak sangat tu.
ReplyDeletepos kat sabah ni pun teruk jugak sampailah saya buka akaun dgn poslaju.tak payah lg tiap2 hari pg post ofis.siap2 bungkus dari rumah,pick-up dtg umah ambil barang,hujung bulan baru bill datang :)
ReplyDeletelina, kakchik pun nak buka akaun dengan poslaju bermula minggu depan. insyaallah lepas ni proses pengeposan bungkusan akan lebih lancar dan selesa. terima kasih kongsi pengalaman.
ReplyDelete