Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar teman-teman semua di hari ni? Kakchik alhamdulillah sihat-sihat saja cuma ada sekali-sekala terasa macam ada perang mercun kat dalam perut ni. Biasalah kot bila musim raya ni. Perut belum serasi dengan rutin kembali makan di siang hari. Hajat nak berpuasa 6 pun belum dapat dilaksanakan sebab jemputan kenduri-kendara masih banyak manakala puasa qadha' pun ada juga. Jadi kenalah kakchik langsaikan hutang-hutang itu dulu sebelum puasa 6.
Sultan Tengku Muhammad Faris Petra |
Oh, sebelum kakchik melalut, kakchik nak kongsikan berita terkini yang menggembirakan seluruh rakyat Kelantan. Alhamdulillah hari ni telah berlangsung acara pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru iaitu Sultan Tengku Muhammad Faris Petra. Sultan yang sangat dekat di hati rakyat. Kakchik tumpang gembira dengan perkembangan ini kerana sudah agak lama juga negeri kakchik ketiadaan payung negeri.
Walaupun majlis pertabalan belum dibuat, tapi dengan pemasyhuran tu, Tengku Muhammad Faris Petra kini berkuasa penuh sebagai Sultan yang memerintah negeri. Kakchik sangat suka peribadi baginda yang sangat 'down to earth'. Pakaian hariannya ialah jubah morocco dan thobe. Kakinya bersarung capal dan baginda pernah mengimamkan solat hajat bersama penduduk kampung. Mana ada Sultan yang begini dekat di hati rakyat selain baginda? Allahu'alam. Mungkin ada cuma kakchik tak tahu.
Mengimamkan solat hajat di dalam stadium negeri. Kredit foto: Muslimeen United |
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Semoga pemasyhuran Tuanku akan membawa berkat ke negeri ini. Kami rakyat, amat mengharapkan kestabilan politik dan pemerintahan di negeri kesayangan semua ini. Kerjasama Tuanku dan Kerajaan Negeri insyaallah akan membawa Kelantan ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.
Allahu Akbar!
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar kan kakchik ;)
ReplyDeleteDaulat tuanku!
ReplyDeleteSejuk dan seronok rasa dihati apabila memiliki sultan seperti ini..Tapi itulah kak chik bila perkara baik macam ni mulalah timbul pelbagai kontroversi. Ada yang membantah dan memboikot pertabalan baginda hanya kerana dikatakan pertabalan ini adalah tidak sah kerana Sultan sebelum nya masih ada, tidak menghilangkan diri dan masih lagi bernyawa. Manusia ni macam2.. dikalangan keluarga sendiri pun masih ada yang membantah.
ReplyDeleteya dni. alhamdulillah. moga-moga negeri kita akan lebih aman-makmur dan berkat selepas ini.
ReplyDeleteBie, kita sama-sama gembira sambut berita ni.
ReplyDeleteKak Azah, manusia yang suka menimbulkan isu-isu itu ada kemungkinan mereka punya agenda duniawi kak. Agenda mereka tak sampai ke akhirat tapi kita punya agenda untuk sampai ke akhirat. Insyaallah isu ini akan reda.
ReplyDelete