Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah dalam dok selsema ni kakchik dapat juga ambil masa sikit untuk kemaskini blog dengan cerita bergambar. Khamis lepas kakchik dan cik abe membawa anak-anak saudara kami ke taman air mini, SPLASH di Jalan Kuala Krai, KB. Walaupun taman air ni sudah beberapa tahun dibangunkan, inilah kali pertama kami ke sana.
Oleh kerana kakchik tidak begitu selesa untuk menulis panjang-panjang kita sama-sama menjamu mata dengan sebahagian gambar-gambar kenangan kami di sana. Oh, sebelum terlupa, kami tak masuk pun bahagian kolam air sebab budak-budak baru saja bersalin baju sebelum ikut kami ke situ. Baju ganti tak bawa, jadi kami main-main di bahagian taman permainan saja.
DAH SAMPAI
|
Papan tanda kecil yang ada di bahagian pintu masuk. |
|
Cik Abe bergambar bersama 3 orang anak saudara yang ikut kami, Nana, Emran dan Amni. |
DALAM PERJALANAN
|
Seriusnya pemandu hehe. |
|
Emran konon-kononnya membaca buku Baby Blues. |
|
Khusyuk tengok gambar je tu... |
|
Budak yang paling suka jalan-jalan. |
|
Nampak tak cermin mata kakchik yang kotor tu? Kelabu pandangan gara2 jari Amni. |
|
Berebut tempat duduk, akhirnya Emran mengalah. |
|
Cam-whoring dengan anak-anak saudara. |
|
Dah bosan di belakang Amni panjat ke depan duduk atas riba sambil hisap susu. |
|
Apalah yang Abang tengah fikir masa tu? |
|
My lovely kids. |
|
Ambil gambar sendiri ni susah juga nak masukkan semua orang. |
TAMAN PERMAINAN
|
Kami sampai waktu nak Asar. Taman masih panas. |
|
Ayah Wae nak solat Asar dulu. Jom kita ke dewan. |
|
Dewan Terbuka Indra Petra boleh disewa. |
|
Sambil menunggu Ayah Wae solat Asar, main-main atas mini-train. |
|
KAlaulah mini-train ni bergerak, kan best. |
|
Bila bosan kita main turun-naik. |
|
Nana dan Em mencuba jongkang-jungkit. |
|
Amni bersungguh-sungguh main alat ni. |
|
Cik Abe dah selesai solat, naik buai la pulak. |
|
Yang sorang ni penakut sikit. Dah naik tak reti nak turun. |
|
Si kecik ni memang berani. Apapun dia nak cuba. |
|
Kan dah tak berani turun... nak menangis dah Emran. |
MAKAN-MAKAN
|
Kat SPLASH ni ada gerai-gerai makan juga, kami pilih untuk cuba Mama Chops & Papa Grill |
|
Sejak pandai membaca, Nana akan baca apa saja yang ada kat depan dia. |
|
Lapar... |
|
Sebahagian dari menu yang ada. |
|
Ada 4 sijil pengesahan HALAL. |
|
Senang ke nak makan ni? Niqab diamond besar hadiah AbayaSouq. |
|
Nak minum sendiri tak nak kongsi. |
|
Sama juga dengan yang berdua ni. Alih-alih kakchik yang habiskan. |
|
Tak makan pujuk. Ayah Wae kena order air lain. |
|
Sup Cendawan - Emran |
|
Kentang Goreng - Nana & Amni |
|
Fish & Chips - yours truly. 3 bintang je. |
|
Chicken Chop Black Pepper - Abang punya. |
TAMAN AIR
|
Masuk berbayar. Kaunter tiket. |
|
Pintu masuknya kecil saja. Nampak payung2 kat dalam tu. Kawasan kolam la tu. |
|
Nak jadi ahli kelab renang pun boleh. |
|
Jangan cuba-cuba nak langgar... |
MAIN LAGI...
|
Ketiga-tiganya paling lama bermain alat ini. |
|
Nana dulu... |
|
Yey!!! Amni pun berani. |
|
Yang sorang ni takut-takut saja. |
|
Seronok sekali jadi kanak-kanak. |
BALIK & LETIH
|
Terbongkang semuanya. |
|
Pandai-pandailah bahagi ruang untuk tidur. |
Seronok juga kami ke Taman Air Splash. Mungkin lain kali boleh ke sana lagi. Kali tu kita pergi pagi la pulak Yang. Kesian budak-budak main alat-alat yang masih panas-panas. Kakchik pun seronok dapat nak buai. Cik Abe ada rakam video tapi dia tak download ke komputer lagi. Next time la.
seronoknya Amni dan lain2 tu..kalo mcm ni saya pun nk jadi anak sedara kakchik laaa...hehehe...
ReplyDeleteNoorma kena kecikkan badan 2 kali ganda, meh kakchik bawa ke spalsh water park.
ReplyDelete