Followers

4.9.10

Imam Muda Asyraf dan Isteri: Cinta Dunia Akhirat

Disalin dari Berita Harian 4 September 2010

Cinta dunia akhirat
2010/09/04

BANYAK elemen ‘pertama’ atau ‘No 1’ singgah dalam hidup personaliti penghias muka depan sisipan Sabtu kali ini. Bersama isteri tersayang, juara Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, ketika ini menempuh saat-saat indah hidup bersama - segala-galanya membawa pengalaman baru yang sungguh menyeronokkan dan berbeza.

Selain gelaran juara Imam Muda yang membuatkan semua mata tersasar ke arahnya, Muhammad Asyraf dan isteri tercinta, Nurhusna Yusoff, 23, julung kali menyambut sinar Ramadan sebagai pasangan suami isteri dan ‘mengisi’ bulan penuh keberkatan ini dengan amal ibadat.

Bagi pasangan yang mesra disapa Asyraf dan Husna ini, Ramadan yang disambut selepas Asyraf menjuarai pertandingan realiti dakwah popular terbitan Astro Oasis, Imam Muda banyak mengajar mereka erti bertolak ansur dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

Ketika sesi temuramah, Husna yang sudah agak lama berenggang dengan suami sejak bersaing di dalam Imam Muda, cepat-cepat mengambil buku perancangan harian milik Asyraf bagi memastikan Ramadan pertama diraikan bersama di rumah sewa mereka di Desa Petaling, Kuala Lumpur. Hakikatnya boleh dikira dengan jari berapa kali mereka mereka dapat berbuka bersama di rumah.

Dek tanggungjawab baru yang dipikul Asyraf, hampir setiap hari jejaka kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini diundang ke acara majlis berbuka puasa. Malah beliau yang mencuri-curi masa menyiapkan penyelidikan atau tesis bagi program Ijazah Sarjana Muda Syariah pengkhususan bidang fiqh dan usul di Universiti Malaya (UM), tidak menolak jemputan menjadi imam solat terawih di masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Ini permulaan yang harus saya dan isteri biasakan. Mahu atau tidak, ini laluan yang saya pilih. Ikutkan sebelum menyertai Imam Muda, isteri saya agak keberatan merelakan perjuangan ini. Tapi, semuanya sudah terjadi dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan keharmonian rumah tangga kami berada di paksi utama.

“Husna bimbang dengan apa juga bentuk godaan dan dugaan yang mungkin terjadi. Tapi insya-Allah kami hanya mampu mendoakan yang terbaik. Isteri saya pun masih sibuk belajar di UM. Toleransi dan memahami itu penting. Jika ada masa terluang, Husna mengikut saya ke acara yang diundang. Jika tidak, beliau berbuka di rumah sendirian ataupun ditemani adik saya,” kata Asyraf yang ditemui sisipan Sabtu di kediamannya minggu lalu.

Mengintai debar hatinya kini, Asyraf mengakui tanggungjawab dipikulnya selepas menjadi Imam Muda pada 30 Julai lalu mula memberi terjemahan berbeza. Ini kerana andai silap percaturan, langkahnya yang sering diperhatikan khalayak, mungkin menjerat diri. Terbit juga kebimbangan terhadap dirinya jika terlalu disanjung dan tiba-tiba jatuh tergolek.

“Saya tak menidakkan bahawa apa yang saya sedang berdepan sekarang seperti beban dan amanah besar. Ke mana-mana saja kehadiran saya disedari termasuklah mereka yang menghuni di pangsapuri yang kami tinggal. Dunia yang saya sertai ini bukan sekadar glamor semata-mata. Dalam apa yang saya lakukan, membuat perkara baik itu bukan sensasi. Sebaliknya apa yang dilakukan atas tuntutan dakwah.

“Pada masa sama, saya takut dengan jangkaan dan persepsi orang ramai terhadap apa yang digelar saya sekarang. Saya masih belajar dan sedang mengumpul ilmu. Ironinya, ada yang sudah mula menganggap dan mahu saya bercakap saya seperti pakar motivasi, penceramah dan imam tersohor. Sedangkan saya hanya mahu menjadi diri sendiri dengan cara memudakan peranan Imam itu sendiri.

“Sejujurnya dulu saya takut untuk memakai seluar jeans kerana memikirkan pandangan alim ulama terhadap pemakaian sebegitu dengan faktor keagamaan. Tapi sekarang atas alasan mahu mendekati golongan remaja, saya kena pakai balik seluar itu. Saya kena minta balik jeans yang diberikan kepada adik.

“Bahkan saya kena membeli kembali jeans dan pakaian yang boleh meremajakan diri saya sebagai Imam,” katanya yang akan mula bercuti raya bersama isterinya mulai hari ini dan pulang beraya ke utara Semenanjung.

Belum sempat berbulan madu

TINGGALKAN seketika kisah Imam Muda, mari sama-sama menelusuri memori cinta yang pernah dirasai pasangan sama cantik sama padan ini. Mereka diperkenalkan rakan dan cinta berputik ketika mereka sedang menuntut di UM. Bak kata Asyraf, itulah penangan apabila abang senior mengurat adik junior.

Mereka diperkenalkan oleh kawan serumah Asyraf. Secara kebetulan adik kepada kawan serumah yang dimaksudkan itu juga berkawan baik dengan Husna. Bercinta selama setahun, akhirnya mereka nekad melangsungkan pertunangan pada November tahun lalu. Gelaran popular loghat Utara, ‘hangpa’ dan ‘kami’ sewaktu bercinta akhirnya berubah menjadi `abang’ dan ‘ayang’.

“Seminggu selepas berkahwin pun kami masih terbiasa dengan gelaran ‘hangpa’ dan ‘kami’. Tapi sekarang sudah bertukar jadi `abang’ dan ‘ayang’. Cuma selepas berkahwin, kami belum sempat untuk berbulan madu. Masa habis cuti kahwin, kami sudah terikat dengan komitmen belajar. Malah, pada awalnya kami duduk berasingan sebelum berpindah ke tempat tinggal sekarang iaitu Mac lalu.

“Apabila bercadang hendak berbulan madu sewaktu cuti semester, saya pula terpilih menyertai Imam Muda. Selalunya kalau kawan tanya, saya akan jawab kami berbulan madu di dalam perpustakaan. Ikutkan memang nak berbulan madu dalam kadar segera. Kalau tak sempat sangat pun, berbulan madu di dalam negara seperti Cameron Highlands dan Pulau Tioman pun okey.

“Apa yang boleh saya katakan, harapnya dialah cinta dunia akhirat saya. Cinta mati saya. Kali pertama melihatnya, bagaikan ada getar rasa yang mengatakan dialah pilihan tepat saya selama ini. Saya memilihnya kerana beliau berbeza daripada kawan perempuan yang pernah saya kenali.

“Beliau bukan gadis yang saya kenali di facebook atau Friendster tetapi saya terima seadanya,” katanya sambil memberitahu isterinya tebal dengan sikap pemalu tetapi wajahnya cukup sejuk mata memandang.

Cinta pertama

MENGALIH bicara kepada Husna, beliau yang iras penyanyi Heliza Helmi, tidak berselindung mengakui Asyraf cinta pertamanya. Sekalipun Asyraf bukan lelaki yang gemar memberi bunga atau kad, Husna mengakui suaminya cukup tebal dengan sikap romantik. Umum juga tahu, Asyraf sangat gemar berlawak dan ia tidak dinafikan Husna.

“Masih terngiang di ingatan saya pada Jun tahun lalu, Asyraf bersama ibu dan ahli keluarga datang membawa kek bertulis, ‘Yeah Yeah Happy Birthday, Hangpa Dah Besaq Dah’. Kek itu sebagai isyarat hari lahir saya yang tak sempat diraikannya pada 31 Mei tahun lalu kerana beliau perlu ke Jakarta. Kiranya ia menjadi kejutan sekali gus menjadi seperti majlis merisik.

“Kami pernah basah lencun gara-gara hujan ketika sama-sama menaiki motosikal. Ketika itu, kami terpaksa berhenti di bawah jejantas berdekatan lebuh raya. Peliknya, tempat berteduh bawah jejantas itu pun terlalu sempit.

Asyraf mengangkat saya ke atas tembok untuk mengelak saya terus terkena tempias hujan. Sedangkan dia sendiri masih terkena percikan air hujan. Dia sanggup basah lebih berbanding saya,” katanya yang sering dimanjakan Asyraf.

Mengenai anak, pasangan ini tidak merancang. Seboleh-bolehnya mereka mahu melihat anak dilahirkan ketika usia masing-masing masih muda. Hakikatnya, mereka belum ada rezeki dan Husna masih belajar.

16 comments:

  1. Cantik wife dia. Untung dpt wife camni..cantik luar dlam. Yang pemenang kedua imam muda tu pun cun isterinya. Suka diorg.

    ReplyDelete
  2. pasangan ini sangat,sangat,sangat sepadan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, sama cantik dan sama padan. Semoga jodoh mereka berkekalan di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  4. Emy, Allah dah takdirkan mereka menjadi suami isteri yang di pandangan kita begitu serasi, sepadan. Dua-dua cantik.

    ReplyDelete
  5. Nurzy pun boleh jumpa yang sepadan juga.

    ReplyDelete
  6. Amiin untuk doa kak azah. Moga-moga perkahwian kita pun begitu juga kak.

    ReplyDelete
  7. seronok baca, memang sepadan.... itulah jodh yg Allah telah tetapkan, sama juga seperti kita semua, InsyaAllah pasangan kita adalah yg terbaik...

    esok genap 7 thn perkahwinan :D

    ReplyDelete
  8. Betul Wan. Kita doakan mereka dan kita juga doakan kita dan suami. Insyaallah kita dan suami pun pasangan secocok dan bahagia hingga ke Syurga.

    ReplyDelete
  9. salam..mmg betul pun husna selalu teman IM Asyraf...
    semoga dengan pgrm2 yg penuh dan sentiasa hadapi bersama..rumah tangga mereka semakin dirahmati ALLAH...
    comel ja tgk IM Asyraf n Husna masa program penutupan Ihya PMIUM ari tu...terima kasih kerana sudi memenuhi undangan kami

    ReplyDelete
  10. wkslm sya_ais. tentu kenal rapat dgn husna ni. kakchik pun sangat suka melihat golongan muda, pasangan muda seperti mereka. moga-moga makin ramai pasangan yang seperti mereka.

    ReplyDelete
  11. wahh. *jealous* haha..no as in im jealous thinking whether i will get a good husbanf who is soleh. hehe..and2, saya oun suka IM asyraf n kak husna. so sweet ;)

    ReplyDelete
  12. husna memang baik...=) kami kawan masa sekolah lagi..dia memang suka sebut "hangpa" dan "kami" =)

    ReplyDelete
  13. mawaddah @ hada, you are a good muslimah insyaAllah you'll get a good muslimin as a husband. believe in Allah.

    ReplyDelete
  14. Princess, jika Husna baik kakchik pasti Princess juga seorang yang baik.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs