Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Dah banyak hari kakchik nak masukkan gambar-gambar sekitar keluarga kakchik berhari raya. Pagi ni baru ada masa sikit sebelum kakchik dan cik abe ke Balai Islam untuk Majlis Hari Raya MSK bersama Tok Guru. Inipun sebab nak bagi kemudahan untuk anak-anak saudara kakchik melihat gambar-gambar mereka kerana mereka pun akan balik ke Selangor juga tak lama lagi.
Jadi inilah suasana pagi raya di rumah kami:
Sempat bergambar dengan Ummi, Adik dan sebahagian anak-anak saudara. |
La sekeluarga bersama baby baru berusia 5 hari. |
Abang Sir sekeluarga - kakchik ada 4 orang anak saudara lelaki bujang boleh jadi model. |
Keluarga La bersama Ummi dan Ayah. |
Kakak dan Nana dengan abaya masing-masing. |
Adik-adik ipar kakchik bersama anak masing-masing. Kedua-duanya Maksu kepada anak-anak saudara. |
Si comel Amni yang lincah ke sana-sini. |
Eqbal yang baru pandai berjalan, comel dalam baju Melayu yang kakchik beli tahun lepas. |
Calon SPM tahun ni bersama Tok Ayah. |
Hari raya ke-2 baru kami punya masa untuk bergambar bersama. |
Bermaaf-maafan sambil membahagikan duit raya kepada anak-anak saudara. |
Aishah, anak saudara kakchik dari Amar, adik bongsu. |
Mama Chik dan keluarga. |
Mama Chik dan keluarga. Sorang lagi calon SPM tahun ni ada kat sini. |
Siapalah ini yang asyik nak pakai purdah? |
Chena sekeluarga. |
Ini pula Ayah mertua bersama anak saudara, Aini, 2 tahun. |
Si Aini yang sebaya dengan Amni. Tingkah-laku hampir nak serupa. |
Kakchik bersama Mak, yang kurang sihat. Lama kakchik tak jenguk Mak. |
Adik ipar yang paling bongsu bersama Aini. |
Tak banyak gambar yang kakchik ambil sebab kamera ada masalah bateri dan sekejap-sekejap akan 'kong' hehe. Lagipun kakchik sibuk nak raya bukan nak ambil gambar. Ada dua keluarga yang kakchik tak dapat ambil gambar iaitu keluarga Abang Ee (abang long) sebab mereka beraya di Kuantan tahun ni. Begitu juga Chenah sekeluarga yang beraya di Kuala Krai dulu sebelum balik ke sini.
Apapun, alhamdulillah kami sekeluarga masih dapat bertemu dan bersama keluarga di hari raya kali ini. Menggembirakan hati Ummi dan Ayah dengan keletah cucu-cucu serta anak-anak yang riuh-rendah. Kami akan cuba begini untuk mereka setiap tahun. Moga diizinkan Allah.
Assalamualaikum Kak Chik! Aja nak ambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Kak Chik sekeluarga. Moga berbahagia selalu hendaknya. Maaf zahir batin juga sekiranya aja ada salah dan silap.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Aja. Terima kasih banyak Aja. Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin juga ya Aja. Moga hidup Aja juga berbahagia hingga ke Syurga.
ReplyDeleteSeronok tengok keluarga besar kak chik ni. Bila semua berkumpul macam2 kerenah anak2 dapat dilihat. Paling seronok time nak mengagih duit raya. macam2 aksi dibuat tak kering gusi dibuatnya.
ReplyDeleteAssalamualaikum, kak chik..
ReplyDeleteeid mubarak!..
k.chik..nak tumpang tanya..klu di rumah ada abg ipar..k.chik masih mengekalkan purdah x?..
kak azah, memang seronok kak. syukur ditakdirkan Allah lahir dalam keluarga yang besar. Dapatlah tumpang riuh-rendah anak-anak saudara yang tengah membesar. memang betul, diorang ni segala macam aksi menarik dilakukan terutama bila nak duit raya hehe.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Aniss.
ReplyDeleteBelated Eid Mubarak to you. Kalau di dalam rumah kakchik tak pakai. Abang ipar kakchik tu dah tengok kakchik sebelum kakchik berpurdah lagi. Kakchik rasa ok saja tak pakai purdah di hadapan mereka. Lagipun yang wajib aurat dijaga, yang sunnah bila mampu teruskan, teruskan.
Bhagia tgk=)
ReplyDelete