Followers

30.9.10

Abaya kakchik dah tinggal sikit, kena beli yang baru ni.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah setelah dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang kakchik berpenat-lelah dari MariBaca hinggalah ke takap Karnival Kesihatan, barulah terasa lega bila dah balik ke rumah, mandi, solat, makan nasi kerabu dan berehat. Sambil-sambil berehat ni untuk menghilangkan rasa sakit tapak kaki dan lenguh betis, kakchik saja nak kongsikan perancangan baru untuk wardrobe kakchik.

Rasanya bekalan abaya kakchik semakin berkurang ni dan kakchik pula setiap hari memakainya. Sementelah pula hampir semua jubah-jubah lama kakchik telah disedekahkan kepada yang berminat. Kalau masih ada yang mahukan jubah FREE saiz XS, bolehlah beritahu kakchik ya. Cuma perlu bayar kos penghantaran, jubahnya kakchik sedekah je.

Kakchik ada hati nak beli beberapa helai abaya baru yang ringkas-ringkas saja. Sesuai dipakai sebagai pakaian harian sementara kakchik sudah punya 3 helai abaya khas untuk majlis-majlis tertentu. Mungkin kakchik nak beli abaya yang ini:
Gambar dari Abaya Elegan.
Kakchik suka yang AR116 tu. Harga dalam RM200.00 sepasang. Boleh dipakai ke pejabat, membeli-belah, ke program agama mahupun ke makan malam. Tak over sangat dekorasinya.

Bajet kakchik ialah abaya berharga RM100 - RM200 sepasang. Insyaallah kalau kakchik beli sekali dengan abya tempahan pelanggan Abaya Elegan, kakchik akan dapat harga istimewa. Jimat kos. Hmm... hati ini berkenan juga dengan abaya kat sini:
Gambar dari Abaya Elegan.

Kalian rasa yang mana paling sesuai dengan kakchik? Yang ni jurang harga antara RM150 - RM200 sepasang. Lawalah... confuse pula nak memilih yang mana satu. Tolong beri cadangan.

Walaupun kakchik ni ada bisnes abaya, tak semua abaya yang kakchik jual tu kakchik ada. Ada juga yang kakchik tak mampu beli tapi kakchik tersangatlah suka. Mahal sangat dan takur berkebih-kebihan pula. Biasanya abaya kategori ni ialah yang harganya RM270 ke atas. Memang sangat cantik dan berkualiti tapi mahal.

Contohnya yang ini:
Cantik dan ringkas tapi mahal.
Harganya RM300.00 sepasang buat kakchik telan air liur saja. Kakchik tahu abaya ni sangat berkualiti buatannya. Kain pula dari material yang lembut dan sejuk bila dipakai. Bukan senang nak beli abaya hitam yang selesa dipakai dalam cuaca tropika negara kita ni. Tapi abaya ini selesa.

Baik kakchik guna duit RM300 tu untuk beli 2 helai abaya di bawah ni:


Untung, sebab boleh dapat 2 helai abaya kan?

Memang kakchik nak beli abaya baru tapi takdelah sampai banyak helai sangat hehe. Ini hanya wishful thinking kata orang putih. Buang masa kalian saja membaca tulisan kakchik malam ni kan? Apapun terima kasih.

16 comments:

  1. Assalamualaikum Kakchik..

    sama pulak entri kita hari ni.Pasal abaya.Saya pun tgh terfikir-fikir nak beli abaya yg lebih selesa dan murah.Bajet 200 kebawah je laa..lebih dr tu kene kumpul duit lg simpan utk beli raya tahun depan.
    Abaya yg saya beli dgn Kakchik hari tu..lum di alter dan d pakai lg..hehe..

    ReplyDelete
  2. huhu betul ke kak chik nk kasik free...teringin nak pakai abaya...

    tulah tgh riki2 ni(jenguk2 juga kat abaya elegan)...yg kat zleqha tu cantik2 juga..tapi put off je bila tgk rege sampai rm300 ke atas...wahaha...

    insya allah akan order satu dgn akka chik bila ada rezeki...

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikummussalam Mardhiah.

    O, ye ke? Kakchik ken apergi baca ni. Kakchik ada masukkan banyak gambar abaya baru harga antara RM150 - RM500 di facebook tp belum upload semuanya ke blog lagi. YAng RM150 banyak juga yg cantik2.
    Huhu, belum sempat ya? Masih barulah gayanya abaya tu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak chik...
    idah pun koleksi abaya /jubah nmpknya kena tambah..yang lama2 byk sudah disedekahkan...Idah pun bajet abaya yg range rm100-rm200 shj..kalau ada yg tawarkan pakej fuh mmg berminat...
    cuma minat kepada yg open front...agknya hr ni blogger byk posting pasal abaya.idah pun ada selitkan juga...

    ReplyDelete
  5. slm..teringin nak mencuba abaya sbb tak pernah ade..sy size xs/s.betul ke free ?kalau ye,brp kos penghantaran ye?

    ReplyDelete
  6. salam kakchik..

    apa eh alamat akaun FB kakchik..
    nk tgk collection abaya kakchik..
    sekarang ni nk start pakai abaya la.. (dpt satu hadiah drpd boss yg balik drpd umrah haritu.. terus minat nk pakai abaya...)..

    ReplyDelete
  7. kak chik rasa nye 233 itu sesuai utk kak chik :))

    ReplyDelete
  8. Catlina, actually kakchik memang dah sedekah byk helai jubah2 kakchik sebelum ni. kakchik tulis entri blog pasal tu di KakChik's Wardrobe bbrp bulan lepas. bukan abaya yg free tapi jubah.
    kakchik cuba jual abaya yg harga RM150-RM300 je. kalau stok di kedai semua below RM280 je. harga mahal dr tu kakchik buka utk pre-order je.
    catlina tengok2lah ya sb ada yg murah tp masih berkualiti.

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikummussalam Idah.
    tawarkan pakej macamana tu Idah?
    Kakchik pulak tak minat yg open front. lebih selesa pakai yg close front. kalau open pun setakat dada atau pusat boleh la.
    Makin ramai blogger suka pakai abaya la tu. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. wkslm incik. kalau saiz XS insyaallah boleh pakai jubah kakchik tu. jangan silap baca, yang kakchik nak bagi free tu bukan abaya tapi jubah2 lama kakchik. biasanya kos penghantaran RM8 untuk sehelai.

    ReplyDelete
  11. wkslm kaktiny.
    cuba kaktiny cari norhaniza atau kakchik niza.
    memang bila kita mula pakai, kita akan terasa seronok. kakchik dah susah nak tukar.

    ReplyDelete
  12. nafisah, kakchik pun suka sangat yg tu.

    ReplyDelete
  13. oh..xpe..jubah pun saya x pernah ade..teringin, tapi tak pernah cube beli..kne bank in kan ke duit tu kak chik?

    ReplyDelete
  14. ok, insyaallah kakchik boleh sedekahkan. incik nak berapa helai? jubah kakchik yang masih berbaki tu ada dlm 10 helai lagi.
    duit pos tu mmg kena bank-in. boleh tak incik bagi email, nanti kakchik bagitau macamana nak bank-in.

    ReplyDelete
  15. ms_ziella@yahoo.com..kak chik,boleh tahu tak jubah yang nak disedekahkan tu warna hitam atau ada warna lain2 juga?boleh kak chik emailkan num phone kak chik sekali?nanti kalau sy dah bank in,boleh sy sms beritahu.terima kasih byk2 kak chik.dah lama teringin berjubah,tapi tak pernah beli lagi.mudah-mudahan sy dpt didik jiwa utk berjubah lepas ni.

    ReplyDelete
  16. zila, takde jubah warna hitam sebab sebelum kakchik mula pakai abaya, jubah kakchik semuanya berwarna pastel. oleh kerana kita dah chat di telefon, kakchik harap zila dapat beritahu kawan-kawan jika berminat terus tel kakchik ya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs