Followers

14.9.10

Kes Pembunuhan Ustazah & Anaknya Terungkai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik baru saja terbaca di Metro Online berita ini:

Polis rungkai kes pembunuhan ustazah dan anak
2010/09/14

Jirannya iu seorang lelaki berumur 34 tahun dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35 dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.

Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan membunuh.

"Jiran mereka dipercayai mempunyai masalah kewangan selepas tidak mendapat kontrak pemasangan paip gas sejak beberapa lama. Hasil samun terhadap mangsa digunakan untuk membayar pembayaran suspek yang tertunggak seperti pembayaran rumah, kereta dan sebagainya," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Antara barangan yang disamun suspek ialah dua utas rantai tangan, seutas rantai leher serta loket, wang tunai, komputer bimbit, alat permainan milik anak mangsa dan tiga telefon bimbit.

Suspek kemudian ditahan di rumah neneknya di Port Dickson pada 5 September lalu.

Osman berkata, lelaki itu memang mengenali mangsa kerana dia tinggal bersebelahan dengan rumah mangsa.

"Lelaki terbabit dikatakan memperdaya mangsa kononnya rumahnya terkunci dan mahu memasuki rumahnya melalui dapur mangsa. Mangsa kemudian membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumahnya. "Sebaik sahaja masuk, lelaki terbabit menghentak mangsa dengan sikunya dan anak mangsa yang melihat kejadian itu menjerit yang turut didengar oleh jiran mangsa yang lain tetapi tetapi tidak diendahkan," katanya.

Osman berkata, kedua-dua anak beranak itu kemudian ditutup kepala mereka dengan kain sebelum dihumban ke dalam bilik air.

Kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas.

Polis turut mendapati kesan kecederaan pada kemaluan mangsa.

Mayat kedua anak beranak itu ditemui oleh rakan Norliza yang datang ke rumahnya pada keesokan hari selepas kejadian.

Suami mangsa ketika kejadian sedang berada di luar negara.-Bernama

Allahu Akbar! Manusia yang selama ini hidup berjiran boleh menjadi sekejam itu hanya kerana kesempitan hidup sendiri. Moga Allah balas kejahatannya dengan balasan yang paling setimpal. Moga undang-undang juga mengenakan hukuman dunia paling padan dengan kejahatannya.

Sampai hati.

8 comments:

  1. salam kakchik
    manusia sekarang semakin hilang kemanusiaannya...kdg2 tak masuk akal langsung perbuatan kejam mereka tu...

    ReplyDelete
  2. kerana wang..manusia jadi kejam...tgk la kes sosilawati tu...mmg kejam sungguh

    ReplyDelete
  3. masyaAllah.apa nak jadi dengan manusia sekarang ni.semua bunuh2 orang sesuka hati je.

    ReplyDelete
  4. wkslm kak kam. betul kak. makin ganas dan kejam sekali. seolah-olah mereka tu tuhan. boleh sesuka hati ambil nyawa orang lain.

    ReplyDelete
  5. asha, dunia hari ni buat manusia jadi gila. gila wang, gila kuasa. nak tutup masalah sendiri, ambil kesempatan ke atas orang lain.

    ReplyDelete
  6. Apabila iman semakin hilang di dada maka syaitan bermaharajalela tanpa mengira belas kasihan. Wang mengambil alih tugas tuhan.

    ReplyDelete
  7. Kak Azah, mohon Allah jaga iman kita agar sentiasa ingat kepada-Nya maka dengan itu diri kita akan selamat dari berajakan nafsu, harta dunia dan seumpamanya. Terlalu menakutkan natijah dari semua itu.

    ReplyDelete
  8. sizuka, manusia makin jauh dari agama.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs