Followers

6.9.10

Perkongsian: Jangan Tambah Hutang Semata-Mata Nak Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam asyik membelek akhbar hari ni, terpandang dan terbaca tulisan ini:

Minda: Usah tambah hutang semata-mata nak raya

Oleh M Jasni Majed
2010/09/06

Jadi, alangkah malang bagi sesetengah daripada kita yang seolah-olah mahu membayar balik nilai menahan lapar dan dahaga itu untuk berhabis atau membazir pada Aidilfitri.

Ada antara kita yang sudah membeli perkakas untuk berhari raya sebelum puasa lagi. Alasannya tidak mahu membeli pada saat-saat akhir. Bagaimanapun sudah menjadi lumrah dan kelemahan kita, ramai sering terpengaruh dengan tawaran jualan murah, membeli ikut nafsu walaupun apa yang dibeli sudah ada, masih baru dan boleh diguna lagi.

Masyarakat kita selalunya memegang prinsip hari raya setahun sekali, apa salahnya berhabis. Ada yang mengumpul wang berbulan-bulan lamanya untuk dihabiskan meraikan hari mulia itu. Tidak kurangnya menyediakan tabung khas hari raya sehingga mengetepikan tabung lain yang tidak kurang pentingnya seperti pendidikan anak-anak, sakit dan wang untuk bahan bacaan.

Tidak keterlaluan dikatakan ada yang menyediakan beberapa pasang pakaian untuk diri sendiri mahupun anak-anak sempena hari raya. Oleh itu, pelbagai tema dapat dilihat sempena hari mulia itu.

Contohnya, hari raya pertama bertemakan merah, kedua (biru), ketiga (kelabu) dan bermacam-macam tema lagi. Orang kampung pun yang sebelum ini tidak pernah kenal dan tidak tahu menyebutnya pun sudah tahu apa itu tema.

Maka tukang jahit bersengkang mata sehingga pagi untuk melengkapkan tema orang kita yang hendak berhari raya.

Kemudian mereka berjaya mengaut keuntungan ribuan ringgit selepas memenuhi kehendak orang kita berhari raya sehingga kadangkala baju mereka tidak siap.

Lebih memeritkan apabila menyentuh soal mereka yang menggunakan kad kredit. Golongan inilah yang dikatakan berbelanja sakan setiap kali menjelang perayaan. Baru-baru ini didedahkan tunggakan 10 juta pengguna kad kredit di negara kita mencecah RM24.4 bilion dan 38,357 individu antara 25 hingga 44 tahun diisytihar muflis gara-gara berbelanja mewah untuk memenuhi keperluan hidup.

Satu lagi sikap orang kita ialah pada musim perayaan mereka menempah kereta baru untuk pulang ke kampung seolah-olah hari raya akan cacat jika menggunakan kereta lama. Inilah antara tabiat buruk orang kita.

Ramadan mempunyai tiga fasa iaitu sepuluh hari pertama dikenali sebagai rahmat, sepuluh hari kedua keampunan dan sepuluh hari terakhir keselamatan daripada api neraka.

Biasanya pada fasa pertama surau atau di masjid penuh hingga tiada ruang yang tinggal. Kemudian pada fasa kedua mula berkurang dan fasa ketiga terus lengang hanya tinggal imam dan jawatankuasanya saja. Ini kerana ramai antara kita sudah beralih ke pusat beli-belah yang menawarkan pelbagai potongan harga dan pelbagai bentuk jualan yang mampu menarik jemaah surau dan masjid beralih arah.

Sesetengah pusat beli-belah pula mengambil kesempatan membuka gedung perniagaan mereka sehingga tengah malam kerana mereka percaya, jika beroperasi 24 jam pun, akan ada yang datang membeli.

Sesetengah bank pula memberi kemudahan pinjaman dengan harapan kita boleh beraya dengan sempurna. Biasanya kita yang tidak pernah puas dengan apa yang ada akan menerima tawaran tersebut kemudian membayarnya balik selepas raya dengan cara potongan gaji.

Kadang-kadang kita risau melihat tabiat orang kita berbelanja terutama pada musim perayaan. Bermula dengan penyediaan mahupun membeli juadah untuk berbuka sampailah kepada persiapan raya, bukan sedikit wang yang dikeluarkan.

Yang jelas, Ramadan bukan bulan untuk berjimat. Saranan pelbagai pihak supaya kita berjimat hanyalah di atas kertas saja kerana hakikatnya kita terpaksa memikul beban terutamanya selepas hari raya nanti, ada yang hutang keliling pinggang, sampai berbulan-bulan lamanya hendak dilangsaikan.

Dalam soal ini, yang selamat ialah mereka yang mengamalkan sikap sederhana dalam soal perbelanjaan. Mereka yang berfikir sebelum membeli sesuatu keperluan adalah golongan yang mampu menyelamatkan kewangan keluarga mereka. Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.



  • Penulis ialah guru.



  • Sumber imej: IklanMalaysia

    Kakchik sangat-sangat setuju dengan apa yang ditulis Cikgu M Jasni Majed di atas. Memang betul pun seperti satu kebiasaan bagi orang kita bila nak beraya, memang berhabis sakan. Kakchik pun berhabis juga tapi tahun ni jauh lebih jimat berbanding tahun lepas. Tahun ni tahun kawalan belanja hehe. Persiapan pun ala kadar saja dan disediakan sebelum raya lagi.

    Betul kata penulis, memang di musim ni segala pasaraya, bank, dan seumpamanya menawarkan jualan murah dan pinjaman peribadi tanpa penjamin. Macam-amacam ayat canggih dan menarik mereka paparkan di poster-poster, sepanduk, pamplet dan diselit pula di wiper kereta. Huh, geram la juga kadang-kadang tu sebab elok je kita masuk dalam kereta dan start enjin, tiba-tiba nampak benda-benda tu kat cermin depan. Hangin sebentar dan kena keluar balik mencabut semuanya.

    Back to the topic, sama-samalh kita beringat. Berbelanja bukan tak boleh tapi pandai-pandai merancang agar kita tidak berhutang untuk memiliki sesuatu barang. Jangan sampai kita dan keluarga kelihatan cantik bergaya, rumah meriah dengan perhiasan baru tapi di sebaliknya ialah ansuran.... hutang.

    Allahu'alam.

    5 comments:

    1. org len skunk tgh sebok sopink2 nk raya.. bg lov plak br la dpt rsanya tuka dapo baru..coz dapo lama tu da lama rosak...

      sronok gile dpt dapo baru..hehehe

      ReplyDelete
    2. salam kak chik

      sangat setuju dengan pandangan penulis,

      saya tahun ini sederhana sahaja persiapan

      belanja sekadar ikut kemampuan sahaja

      ReplyDelete
    3. lov, tukar dapur baru sebab memerlukan tak jadi hal lov, jangan tukar sebab saja nak yang baru, baru dikira membazir :)

      seronok tu mesti dapat dapur canggih ni.

      ReplyDelete
    4. Wkslm Mas.

      Itulah yang sebaiknya Mas. Kakchik tahun ni dapat jimat hampir separuh dr bajet belanja. Alhamdulillah.

      ReplyDelete
    5. Satu phenomena yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu kita. Setiap tahun beginilah senarionya. Apa yang penting adalah mendidik anak2 agar tidak mengamalkan sikap membazir ini.

      ReplyDelete

    Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

    Related Posts with Thumbnails

    KakChik's bookshelf: read

    Twilight
    Prinsip-prinsip Gerakan Islam
    Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
    The Power of Focus
    To The Moon and Back
    Terapi Solat Tahajud
    Slumdog Millionaire
    Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
    Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
    Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
    Indahnya Hidup Bersyariat
    Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
    Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
    The Secret of Happy Children
    Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
    Islam & Demokrasi
    The Leader in You
    Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
    Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
    How To Enjoy Your Life And Your Job
    }

    Networkblogs