Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar kalian hari ni? Kakchik doakan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Kakchik selsema sejak semalam. Hidung ni asyik berair je dan sekejap-sekejap nak bersin. Alhamdulillah takde demam cuma selsema je. Bila hidung berair jenis yang tak boleh kawal ni, dia main keluar je, tisu pun mulalah tak cukup bekalan. Nak guna sapu tangan, kulit hidung sensitif pulak, sabarlah dengan sedikit ujian Allah kan.
Alhamdulillah... dapat juga kakchik ke kuliah agama di KB tadi. Hari ni orang tak ramai sangat berbanding minggu-minggu sebelum raya. Para peniaga pun masih ramai yang belum membuka gerai jualan mereka. Walau macamana pun kuliah Tok Guru dan juga Ust. Dr Abdul Basit berjalan dengan lancar. Orang yang datang kelihatannya ramai yang khusyuk mendengar dari khusyuk membeli.
Buku Syamail Muhammad S.A.W dan Batas-Batas Aurat & Pergaulan. |
Sebut pasal membeli ni, hari ni kakchik TELAH BERJAYA membeli buku yang dipesan oleh kawan kakchik, NUR dari blog CETUSAN RASA. Syukur sangat kerana dah beberapa lama mencari buku itu akhirnya hari ni hajat tercapai. Kakchik kira, buku di atas tu adalah yang betul ya Nur. Ada yang dalam bahasa Arab tapi kakchik beli yang terjemahan saja. Boleh ya Nur?
Syamail Muhammad tu berkulit keras, harganya RM45.00 manakala buku Batas-Batas Uarat & Pergaulan tu hanya RM9.00 senaskah. Kakchik tunjukkan kedua-dua buku ni adalah bertujuan untuk menjualnya juga. Jika ada kawan-kawan lain yang berminat, bolehlah beli dari kakchik.
Kakchik pun dah tak sabar nak membaca ni. Di hari mulia hari Jumaat ni semangat untuk meningkatkan amalan baik sangatlah tinggi. Insyaallah banyak kebaikan yang akan diperolehi melalui khidmat ini. Semoga teman-teman semua berjaya mengisi segenap ruang waktu hari Jumaat dengan sebaik-baiknya.
Allahu'alam.
Salam. Kak Chik, terima kasih banyak ye sebab tolong carikan buku ni utk Nur. Betullah buku ni yang Nur cari. Nanti Nur contact Kak Chik ye..
ReplyDeleteWkslm Nur. Sama-sama. Alhamdulillah kakchik dapat juga cari buku yang Nur nak. Kakchik belum bagi lagi no akaun kat Nur. Nanti kakchik SMS ya.
ReplyDelete