Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar teman-teman semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan masih setia dengan penghayatan Ramadhan walaupun hari raya tak berapa hari je lagi. Hari ni kakchik terpaksa bertugas separuh hari di Kaunter sebab 2 orang staf telah bercuti. Seorang bercuti bersalin dan seorang lagi membuat persiapan raya.
Dalam masa singkat ni kakchik cuma nak update pasal status kedudukan blog Keluargaku Sayang di Alexa.com. Semua ni inspirasi dari dni yang ada tulis blog pasal status alexa dia. Kakchik terfikir, "eh, letak je kod tu kat sini tapi tak pernah pulak nak cek statusnya. Baik kakchik cek."
Dan inilah kedudukannya di hari ini:
Abaikan 'Online Since' tu sebab masa tu kakchik pun belum ada blog lagi. |
Yang itu ranking di alexa.com kat tempat lain kakchik malaslah nak cek. Selain itu, Blogger kan sekarang ni dah ada fungsi Stats untuk kita lihat statistik blog kita. Kakchik jarang-jarang tengok tapi hari ni rasa nak tengok sebab jumlah visitors kat Hitstats tu tinggilah juga.
Screen capture beberapa saat yang lalu. |
Dan inilah statistik yang kakchik dapat dari fungsi Stats Blogger untuk blog ini hingga jam 9.27 malam..
Klik untuk gambar lebih jelas. |
Boleh tahan juga pengunjung datang walaupun kakchik hanya berkongsi maklumat. Kakchik masih kepenatan sebab tu tak sempat nak tulis artikel sendiri. Malam-malam terakhir Ramadhan ni kakchik cepat sangat rasa mengantuk Sekarang pun dah mula menguap. Allahu Akbar.
Itu saja untuk kali ni. Wassalam
Assalamualaikum kak chik,
ReplyDeleteBlog kak chik ni memang popular sebab macam2 ada..akak pun kalau boleh tak nak miss satu entry pun..Cuma semalam lepas tarawikh, mata ni alahai mengantuknya..terus tidur tak sempat nak jengok blog kak chik..
Semoga blog kak chik terus popular dan akak terus2an menjadi penggomen terbanyak kak chik...hihihi
Wa'alaikummussalam kak azah.
ReplyDeleteTerima kasih kak. Popular taraf sederhana je kak.
Pasal mata mengantuk ni kakchik pun sama jugak kak. Tak tahulah kenapa. Masuk je 5 malam terakhir ni lepas solat Isyak mata selalu je berat. Selalu kena basuh muka atau renew wudhu'.