Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di waktu petang ni kakchik bercadang nak ke MariBaca tapi terpaksa tangguhkan sebab perlu membantu Ummi membuat persiapan untuk kenduri kesyukuran sempena majlis bercukur anak saudara kakchik yang terbaru. Ada kawan dari Johor yang berhajat nak bertemu di kedai petang ni. Nampaknya kakchik kena SMS dia bagitau tak dapat ke sana.
Pagi esok La dan suaminya nak bercukur anaknya yang lahir 5 September baru-baru ni. Sekarang ni kakchik je kakaknya yang ada di rumah. Bukan kakak-kakak yang lain takde tapi hari ni kakchik cuti jadi sepanjang hari pun ada di rumah menyelesaikan rutin mingguan bila bercuti - mengemas dan seumpamanya.
Perkenalkan, inilah anak saudara kakchik yang terbaru yang akan bercukur pagi esok. Raja Adelia Nisrina bt Raja Amizan.
Ok, kakchik nak SMS Nora dulu takut dia tercari-cari kakchik di KSM nanti. Kalaulah larat, kakchik rasa macam nak magic je diri ni biar terus sampai kat MariBaca. Dah banyak kali terlepas peluang untuk bertemu sahabat blogger dan fb.
Takde rezeki lagi la kali ni.
Tahniah dapat anak saudara yang baru...
ReplyDeleteBelum terlambat lagikan...nak ucap Selamat Hari Raya buat kakchik sekeluarga.
la igtkan dah 4-5 bln umurnya..
ReplyDeletebdk2 skrg cepat cerdik..
tahniah,kak chik..
Tahniah kak chik, bertambah seorang lagi anak saudara kak chik..COmel sungguh anak dara ni..
ReplyDeleteTerima kasih Alasmal. Hehe... belum lagi kot... macam dah membuadaya di negara kita ni beraya sebulan. jadi boleh la kita ucapkan selamat hari raya sesama kita.
ReplyDeleteMizah, baru beberapa hari je. Pagi ni buat majlis bercukur. cepat cerdik sebab ibu bapa cukup sihat, persekitaran pula kondusif, agaknyalah. terima kasih Mizah.
ReplyDeleteSyukran kak azah. Ha'ah kak, lupa nak kira yang ni no berapa hehe.
ReplyDeletedah makin ramai anak buah kekadang boleh silap kira kak chik..hehhe next raya kena tambah satu lagi sampul duit raya..
ReplyDeleteha'ah kak. next raya mgkn kena tambah 2 sampul kot hehe...
ReplyDelete