Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ada orang tanya, "dah jumpa ke jutawan yang hilang tu?" Kakchik hanya mampu jawab berdasarkan apa yang kakchik baca di akhbar-akhbar tempatan saja. Masa balik ke kampung Mak, ada juga kami berbincang sebentar mengenai nasib beliau dan 3 orang yang hilang bersama-sama beliau. Hanya Allah saja yang tahu di mana dan bagaimana keadaan mereka semua sekarang ni.
Yang paling tertekan dan sedih sekarang ini sudah tentu keluarga mereka yang berhari-raya dalam keadaan yang sungguh tak dapat kakchik bayangkan. Kehilangan seseorang yang disayangi terutama seorang ibu bukanlah satu perkara yang mudah diterima oleh anak-anak. Tentu mereka tak keruan memikirkan nasib ibu mereka. Begitu juga nasib anak-anak mereka yang turut sama hilang. Semoga mereka semua tabah menghadapi dugaan.
Peniaga bergelar Datuk sorok Sosilawati
Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Norakmah Mat Youb
bhnews@bharian.com.my
2010/09/09
KUALA LUMPUR: Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
Difahamkan, ahli perniagaan terbabit yang dikatakan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan, dipercayai berperanan sebagai broker dalam urus niaga tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang itu.
Sumber memberitahu Berita Harian, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya. Difahamkan, dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun beliau menafikan semua dakwaan itu.
“Maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan,” katanya sambil menyatakan kemungkinan Sosilawati dan tiga individu itu menjadi mangsa sindiket terbabit.
Difahamkan, dia sudah dipanggil polis bagi membantu siasatan pada Selasa lalu, termasuk mengenal pasti bentuk pembabitannya dalam urus niaga berkenaan dan hubungannya dengan keempat-empat mangsa, manakala pergerakannya sedang dipantau.
Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu ketika menghadiri urus niaga tanah di Banting. Turut hilang, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB Bank, Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.
Di GEORGETOWN, lima Pejabat Daerah dan Tanah di Pulau Pinang sehingga kini tidak menerima permohonan jual beli tanah di negeri itu atas nama Sosilawati.
Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Prai Utara (SPU), Seberang Prai Tengah (SPT), Seberang Prai Selatan (SPS), Timur Laut dan Barat Daya juga memaklumkan tidak pernah melihat kelibat Sosilawati di situ.
Seorang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah SPS berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima permohonan jual beli tanah atau pernah berurusan dengan Sosilawati.
“Kami tidak pernah melihat atau menerima permohonan daripada Sosilawati. Di Pulau Pinang ada lima pejabat Tanah mengikut daerah masing-masing, bagaimanapun kami tidak pernah bertemunya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sempena hari baik bulan baik ni, kakchik doakan mereka yang hilang tak kiralah Pn. Sosilawati atau sesiapa saja akan dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. Hanya mereka yang pernah kehilangan atau sedang menanti kepulangan lebih mengetahui betapa beratnya perasaan bila diuji begitu. Allahu'alam.
Ya Allah..
ReplyDeletebelum ditemui ya kak chik.. huhu.. sian anak2 dia beraya.. :'(
semoga diorang selamat, amin...
salam aidilfitri kakchik, maaf zahir dan batin
Dni, berita terkini kata dah dibunuh, dibakar dan mayat di buang di Morib. Dahsyat sekali kakchik rasa.
ReplyDeleteSelamat hari raya kembali dni.