Followers

8.9.10

Jutawan Kosmetik Hilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam akhir Ramadhan.

Alhamdulillah di pagi yang nyaman ni, dapat lagi kita bertemu di blog kesayangan kakchik ni. Di luar tu hujan masih tak berhenti, renyai-renyai dari malam tadi. Adakah malam tadi Lailatuk Qadar? Allahu'alam. Hanya Allah dan mereka yang mendapatnya saja yang tahu. Kita pun tidak tahu malam yang manakah di antara 10 malam terakhr adalah Lailatul Qadar. Kalau Allah mahu, kita akan menemuinya.

Pagi ni kakchik berasa terpanggil untuk menulis tentang berita terkini yang penuh misteri iaitu kehilangan seorang jutawan kosmetik negara kita iaitu Pn. Sosilawati Lawiya. Kalau beli majalah Mingguan Wanita atau apa-apa majalah untuk wanita, tentu kita biasa melihat wajah beliau di dalam iklan syarikat kosmetik beliau iaitu Nouvelles Visages.

Sumber imej dari Jomss Layan

Masuk hari ni bermakna sudah 9 hari Pn. Sosilawati bersama peguam, pemandu dan pegawai bank hilang tanpa sebarang berita. Walaupun dan lebih seminggu mereka hilang, berita kehilangan tu hanya diketahui umum beberapa hari yang lepas. Terkejut juga bila dengar berita hari pertama berita ni meletup. Tentu keluarga beliau dan keluarga 3 orang lagi tu sangat-sangat bimbang kerana sampai ke hari ni tiada sebarang berita.

Kakchik tahu tentu macam-macam spekulasi yang dibuat oleh orang ramai. Semalam kami di pejabat pun ada juga berbincang dan ada yang buat assumption bahawa kehilangan beliau dengan wang RM4 juta adalah kerja orang dalam. Astaghfirullahalaziim... tak seharusnya kita pandai-pandai membuat telahan menuduh orang itu orang ini melakukan jenayah sedangkan kita bukannya psikik boleh melihat itu perbuatan siapa. Kesian keluarga mereka terutama keluarga yang suami difitnah macam-macam.

Kakchik doakan pihak polis akan segera dapat menyelesaikan kes ini dengan kebijaksanaan mereka. Bukan Pn Sosilawati saja yang kita mahu tahu selamat tapi semua 3 yang lain juga. Mereka juga berhak diutamakan dalam pencarian ini kerana keluarga mereka juga sedang kehilangan. Baiklah kita tutup mulut dan berhenti dari membuat tuduhan liar. Nanti susah kita nak minta maaf dengan mereka.

Semoga mereka semuanya selamat dan selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

2 comments:

  1. assalammualikum kak chik,

    Terkejut akak baca berita ini, itupun dapat tahu dari kak chik..Paling sedih bila kehilangan beliau berlaku di bulan Ramadhan.

    Adakah ALLAH ingin menunjukkan sesuatu kepada kita semua?. Wallahualam.

    Kekadang akak terfikir juga apabila wang menjadi tuhan manusia macam2 boleh berlaku tetapi seperti kata kak chik, marilah kita doakan agar mereka semua selamat apatah lagi di saat menyambut kedatangan 1 Syawal ini. Yang paling kesian anak2 Sosilawati yg seramai 6 orang tu, pasti mereka risau memikirkan kehilangan ibu mereka.

    ReplyDelete
  2. salam
    buat kakchik, saya juga bersetuju supaya kita berdoa buat mereka dan semua warga supaya selamat dan sejahtera selalu di bawah lindunganNya. semoga dapat berhari raya bersama keluarga tersayang di aidilfitri mulia ini,amin!

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs