Followers

17.9.10

Purdah, tidak pernah menjadi isu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Jumaat yang penuh keberkatan.

Syukur alhamdulillah... hari ni kita telah pun seminggu meninggalkan Ramadhan dan 1 Syawal dalam keadaan diri yang masih seperti sediakala. Cuma mungkin dalam diri yang sentiasa pasang-surut keimanannya. Saban hari menanam azam untuk membanyakkan amal makruf nahi mungkar pun jarang dapat dilakukan dengan berjaya.

Bukan mudah nak sentiasa menjaga diri dari maksiat. Bukan senang untuk menjaga lidah dari berkata-kata perkara yang tidak perlu. Bukan payah untuk melakukan dosa. Petik saja suis, muncul di kaca tv, di skrin komputer. Malah segala anggota deria kita setiap hari sangat susah untuk dipelihari dari berdosa. Astaghfirullahalaziim. Ampunkanlah diri ini ya Allah.

Sejak pagi lagi kakchik terfikir-fikir, perkara apakah yang mahu kakchik tulis di lembaran blog hari ni? Mencari tajuk yang memuaskan diri sendiri bukanlah mudah. Eh, banyak betul perkara yang susah atas dunia ni kan? Habis tu... apa yang senangnya? Hehe, masih banyak lagi yang senang... insyaallah ada.

Jazakallahu khairan kathira.
Petang semalam, dalam perjalanan balik dari menziarahi kawan cik abe, perbualan kami tiba-tiba menyentuh topik purdah. Kata cik abe, baginya purdah tidak pernah menjadi isu. Jika ditakdirkan isterinya memang berpurdah atau mahu memakai purdah, dia terima saja dan jika sebaliknya pun dia ok juga. Suruh tidak, larang pun tidak.

Dalam hati kakchik syukur sebab semasa kami berkenalan dulu kakchik sudah pun hampir 8 tahun memakai purdah. Dan sepanjang 8 tahun kami hidup bersama sebagai suami isteri, suami kakchik tidak pernah menyentuh walau sekali soal pemakaian purdah. Selagi lengkap menutup aurat, sudah cukup baginya.

Soal memakai purdah ini, kalau ada orang memberitahu kakchik hasrat hatinya mahu memakainya, kakchik amat-amat gembira dan akan memberikan sokongan yang sebaik-baiknya. Tapi kakchik tidak akan sekali-kali memberatkan teman tersebut untuk bersegera melakukannya. 

Kita semua tahu, lain tempat lain pula implikasi ke atas para muslimah yang memakai niqab ini. Di negara kita ini nampaknya masyarakat agak terbuka tapi itu pun bergantung kepada tempat juga. Kalau di Kelantan ni, amalan pemakaian purdah sudah agak ramai jadi tidaklah begitu menarik perhatian bila ke mana-mana dengan berpurdah. Namun kakchik percaya, di banyak negeri, melihat wanita memakai jubah pun agak asing, inikan pula melihat muslimah yang berpurdah.

Ini negara kita yang masyarakatnya majoriti Islam. Sudah tentu di negara asing yang bukan Islam, muslimah berniqab dipandang dengan pelbagai pandangan sama ada secara positif lebih-lebih lagi yang negatif. Sentimen terhadap Islam begitu tinggi akhir-akhir ini dan wanita-wanita Islam sering menjadi mangsa kerana penyataan keIslaman mereka sangat jelas melalui pakaian mereka yang menutup aurat.

Masa mula-mula nak memakai purdah dulu, kakchik mulakan semasa di kampus. Bila pulang untuk berhari raya, kakchik membukanya selepas turun dari bas di perkarangan stadium negeri. Masa tu abang ipar yang datang ambil kerana waktu awal pagi, Ayah kakchik tak mampu nak memandu. Bila sampai di rumah, kakchik ambil keputusan nekad  untuk memberitahu keluarga. Sepanjang hari kakchik fikirkan cara terbaik untuk menyampaikan berita terkini agar ibu bapa dan ahli keluarga dapat menerima dengan hati terbuka.

Alhamdulillah... dengan logik, sebab musabab dan sirah nabi, segalanya selesai dengan cara baik. Walaun dalam sebuah kampung hanya kakchik seorang saja yang begini, tidak menjadi isu. Yang penting, kakchik mesti menjadi diri kakchik yang terbaik. 

4 tahun lalu.
Bila Allah takdirkan kakchik berkahwin dengan cik abe, sepanjang tempoh 6 bulan pertunangan pun isu purdah tidak pernah timbul. Kami bertaaruf melalui email dan sekali-sekala melalui telefon. Tidak pernah keluar ke mana-mana bersama atau bertemankan mahram. Selalunya dia yang datang ke rumah bertemu Ayah (walau mungkin sebenarnya nak lihat kakchik hehe..).

Alhamdulillah... alhamdulillah sangat-sangat kerana setiap kemusykilan yang datang misalnya perlu pakai atau tidak bila ada ipar-duai yang lelaki, saudara-mara lelaki yang bukan mahram dan seumpamanya, dapat kakchik lalui dengan tenang. Selalunya kakchik tanya diri, di waktu itu kakchik buka kenapa dan di waktu yang lain pula kakchik pakai kenapa. 

Semua jawapan bergantung kepada suasana ketika itu dan di mana semuanya berlaku. Jika di rumah keluarga, kakchik tak akan keluar ke ruang tamu lelaki, hanya berlegar di sekitar dapur dan ruang tamu wanita jadi kakchik buka. Jika makan bersama ipar-duai kakchik buka sebab mereka semua sudah menjadi ahli keluarga sendiri, yang penting kakchik berpakaian menutup aurat yang hukumnya wajib, niqab hanya sunnah. 

Bila di luar kakchik pastikan niqab sentiasa dijaga sama ada ada makan-makan atu perlu berbual dengan ajnabi, hatta kawan lama sekalipun yang dulu pernah melihat kakchik semasa belum berpurdah, kakchik pakai. Alhamdulillah mereka masih kenal kakchik dan setakat ni tak pernah lagi ada orang yang tertukar kakchik dengan orang lain. Identiti tersendiri :)

Ini komitmen kakchik pada pakaian ini. Ini istiqomah diri untuk membuktikan muslimah berpurdah juga boleh jadi yang terbaik sekurang-kurangnya dalam bidang tertentu. Kakchik bukan superwoman jadi sudah pasti sebahagian diri ini adalah kelemahan yang sesiapa pun boleh nampak. Jadi kakchik terima dengan redah malah kakchik sedar diri. Jadi kakchik tidak berharap diri ini dipandang tinggi takut di Padang Mahsyar nanti ramai yang akan kat, "unbelievable!" kerana melihat segala dosa kakchik.

Syukur, purdah tidak pernah menjadi isu buat diri kakchik hingga ke hari ini. Moga ia kekal begitu hingga ke akhir hayat. Allahu'alam.

30 comments:

  1. Assalamualaikum kak chik...

    hehe. saya suka lihat wanita berpurdah..terpelihara dari segalanya dan menimbulkan tanda tanya jugak.

    kat skolah amir.isteri pk hem berpurdah..bila dia datang sekolah..ramai lak nak tengok dan mengandaikan wajahnya..aduhai..

    hurm..kalau kawin nanti..teringin bebenor istri yg suka pakai purdah..(bukan paksa)..hehe..

    w'salam.

    ReplyDelete
  2. suke tgk org berpurdah dan mmg bercita2 nk pakai scr tetap suatu hr nnti..mintak hidayah ditetapkn iman dan pggn utk berpurdah...pernah berpurdah tp tak tetap lagi..huhuu...

    kakchik,ada tag utk giveaway menarik ni . boleh menang domain :)

    jom ?

    http://ummi-hanie.blogspot.com/2010/09/saya-nak-menang-domain-percuma.html

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kak chik,

    Entry sebegini memang akak tunggu2. Melihat bagaimana kak chik melalui kehidupan seharian dengan berniqab nampaknya segala dipermudahkan oleh ALLAH swt. Bukan mudah beristiqomah berniqab sepanjang masa terlalu banyak cabarannya. Tetapi bila hati nekad dan tekad hanya kerana ALLAH, akak pasti segalanya akan dipermudahkan.

    Akak dah lama teringin memakai niqab malah berkali2 meminta izin suami malah akak bersyukur atas rahmat ALLAH kerana pasangan hidup akak adalah seorang yg cukup memahami akak cuma masalahnya kak chik apabila keluarga ipar duai tidak mengerti. Torn between his family and me, and tak mahu keluarga sebelah sana memandang lain pada akak maka terpaksalah akak mengikut kehendak hati mereka.

    Hanya ALLAH tahu perasaan ini. Alhamdulillah, akak bersyukur walaupun mungkin utk memakai niqab akan mengambil masa yg lama tetapi dari segi aurat dan cara berpakaian akak cukup jaga. Malah akak terapkan syarat menjaga aurat ini pada satu2nya anak gadis akak tapi kak chik, masa hari raya lepas hati akak luluh jua akhirnya bilamana anak akak memakai tudung dirumah diperli, digesa agar menanggalkan tudung dgn alasan dirumah dan panas sedangkan cousin lelaki ramai di rumah tersebut.

    Malah akak pasti bila mana mereka tahu akak berkawan dengan golongan wanita niqabi pasti akak akan dicop termasuk dlm golongan tabligh. Memandangkan akak tinggal di KL, pandangan masyarakat di kawasan akak terhadap wanita niqabi memang berlainan. Hanya akak mampu doakan agar perspective atau pandangan mereka akan berubah. Niqabi is not about Al-Arqam atau golongan fahaman syiah. Hati akak memang terluka semasa Aidilfitri lalu.

    Sedih hati ini kak chik, hanya ALLAH sahaja tempat utk akak mengadu. Cuma akak mampu memanjatkan kesyukuran di atas overwhelmed understanding dan support yg suami, mak dan abah akak sendiri tunjukkan.

    Panjang lebar nampaknya akak bercerita..

    ReplyDelete
  4. suka sangat tgk org berpurdah...nampak eksklusif..untung kak chik, kak ummie hani dan umm ruman dikelilingi org terdekat yg sgt memahami dan menyokong pemakaian cara Sunnah. dalam hati ni mmg bercita2 melakukan sebaik itu, insyaAllah dr hari ke hari membaiki diri menyempurnakan tuntutan menutup aurat...doakan saya juga dlm perjalanan mencari keredhaan Allah ini..

    ReplyDelete
  5. Salam alikom wr wb, bila kak Chik cerita psl berpurdah ni, nafisah rasa best jgk sbb adik yg bru 13 thn pkai purdah-baru nak cuba2, dan nmpaknya, Abah dan mak tak paksa dan tak pulak bngkang,alhamdulillah.Tp tulah , org lain tak tahu pulak.Saya ada niat nak pakai insha Allah.Doakan ye kak Chik

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Amir Izzat.

    :) insyaallah jika itu yang amir harapkan, berusahalah ke arah itu. lelaki yg baik untuk wanita yg baik. bila suka katakan subhanallah dan doakan kami istiqomah.

    trm ksh ya amir.

    ReplyDelete
  7. Kakchik doakan Asiah juga dapat beristiqomah hingga akhir hayat. We support each other ya.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih ummi hanie. Insyaallah dengan hajat yg kuat, usaha yang tekun dan izin Allah, hasrat itu akan terlaksana juga.

    tag giveaway? huhu, dah lama tak buat tag ni. nanti kakchik tengok. mgkn esok ya.

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikummussalam kak azah.

    Komen akak yg pjg lebar ni sgt kakchik hargai. Trm ksh ya kak kerana akak begitu menyokong penulisan blog ini.

    Kak, buat masa ini segala halangan itu hanyalah smokescreen. Hakikatnya Allah belum izin kak. Mungkin ada misi yg lebih penting untuk akak di masa ni. Sampai saatnya insyaallah akak akan mampu tempuhi semua halangan itu dan berjaya mencapai hajat hati akak yg sentiasa meruntun itu. kakchik doakan akak dan akan menanti hari itu. Moga akak bahagia di kala akak berjaya melakukannya. Insyaallah kak. Allah Maha Mendengar. Biarkanlah apa orang nak kata asalkan kita tahu siapa diri kita dan kita yakin Allah suka dengan apa yang kita buat.

    Kakchik pun ada yang kata tabligh w/pun sebenarnya bukan cuma kakchik ni seorang yang suka bersahabat dgn siapa sahaja. Jenama2 itu semua hanya pakaian/wadah duniawi sbg tumpangan sebentar menuju ke akhirat. Asalkan wadah ini benar di sisi-Nya.

    ReplyDelete
  10. kakluna, terima kasih. Alhamdulillah nikmat ini pinjaman Allah. Moga2 ianya boleh bertahan hingga ke akhir hayat. insyaallah kakluna juga mampu lakukannya.

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikummussalam Nafisah.
    Trm ksh kongsikan cerita adik Nafisah. Dia sekolah agama ke? Tahniah sebab di usia muda sudah mahu berpurdah. Kalau abah dan mak tak halang, maknanya cerah peluang utk Nafisah tu. Semoga tercapai hajat.

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah , kak Chik dh bayar tag entry berkenaan purdah ni, dulu ada terbaca berkenaan pengalaman pertama para niqabis dgn purdahnya..akhirnya otai dh keluarkan statementnya! tahniah..doakan saya juga yer..
    -knoreza-

    ReplyDelete
  13. Sama2 Kak Chik.ye,sekolah dkt SMAP Labu.Mohon doanya,insha Allah

    ReplyDelete
  14. knoreza, ada hutang tag ke? huhu kakchik tak tahu menahu tu... anyway kalau knoreza dah kata hutangnya dah jelas, alhamdulillah.

    'otai' tu ditujukan kat kakchik ke? Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  15. Nafisah, rupanya super-junior SBP... SMAP Labu tu sek asrama penuh kan? kakchik ni super-senior SBP tapi dari STMFP Pengkalan Chepa. Kakchik doakan Nafizah mampu lakukannya.

    ReplyDelete
  16. heheh , kak chik sebenarnya ada satu masa dulu saya terbaca berkenaan pengalaman sorang blogger berkenaan niqab ni , dan kak chik pun ada komen jugak di blog akak tu tetapi masa tu kak chik kata belum bersedia nak berkongsi pengalaman berniqab.. sekarang ni dah share pengalaman so kira dah bayar tag aa tu ..heheh

    ReplyDelete
  17. knoreza, ha'ah baru kakchik teringat pasal tu. Wah... kuat betul ingatan knoreza ya.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulilah,izinkn sy mencoretkn pglmn pribadi sy.. Alhamdulillah suami sy spt suami kak chik juga tdk mghlg.sy mmg bkwn rpt dgn seorg gadis tabligh,dr situ lah sy mndptkn niqab.sy ni xpndi menjht,ready made pn slesa sbb mnutup dahi dn sng memakai.. Tp cuma colour htm je.. So,sy jnis xksh utk matchkn dgn mana2 tdg.. Sy mmg brasal dr kl,dn pnh tgl di png,mmg dah lali dgn kata2 org,tabligh arkam j.i mcm2 org kata w/pun sy tdk myertai mana2.. Tp yg pntg istiqomah.. Itu yg suami slalu pesan..

    ReplyDelete
  19. salam,kak chik.sejak ain dpertemukan dgn blog kak chik,byk ain pelajari terutama tentang aurat.walaupun ain ada blog sendiri,ain suka sangat tentang cara penyampaian akak yg bersahaja.mengenai purdah,ain ada juga seorang kakak angkat yg juga bpurdah.manis sekali melihatnya.ain ada nyatakan hasrat yg sama pada suami,dan suami juga tidak keberatan.insyaAllah,satu hari nanti.
    tq juga pada kak chik sebab sudi share pengalaman akak bpurdah.

    ReplyDelete
  20. Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam sunnahnya...

    Syukran untuk perkongsian....

    "Salam Juang"

    ReplyDelete
  21. salam kak chik...maaf..ana nak tya...kalau dpn sepupu2 sebelah keluarga suami..kak chik pakai atau buka purdah?macam lau kita balik kampung..msti akan jumpa dgn sepupu2 kan....ana akan brkahwin tak lama lagi...dan baru jer mula memakai purdah..dan masih banyak yang perlu belajar...harap2 kak chik bleh berkongsi...=)

    ReplyDelete
  22. nurash-syeqen, terima kasih atas perkongsian. semoga Allah terus bimbing syikin utk istiqmah.

    ReplyDelete
  23. wkslm nurain vivian. semasa kakchik membalas komen ain ni, hati kakchik bertasbih syukur alhamdulillah kerana pada hari ini Allah telah makbulkan hajat ain kan? semoga terus istiqomah di jalan dakwah dan purdah.

    ReplyDelete
  24. Terima kasih Baitil Atiqa. Salam juang kembali.

    ReplyDelete
  25. wkslm azwa zakaria. kalau depan sepupu suami ada masa pakai dan ada masa buka bergantung kepada sepupu yang mana dan usianya berapa. ada sepupu suami yg lelaki yang remaja dan dewasa yg kakchik tak biasa, kakchik pakai purdah tp bagi sepupu suami yg macam adik-beradk suami, kakchik tengok keadaan. jika di dalam rumah mak mertua, kakchik buka sebab kakchik hanya di dapur mereka di ruang tamu. jika ke rumah mereka, kakchik pakai. azwa pun kena tengok keadaan juga kerana kita nak menjaga pemakaian niqab kita ni dgn sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  26. syukran kakchik atas jawapan 2...1 lagi...ana nk tya...msa kenduri...bila rombongan sblah lelaki dtg kerumah...msti kna mkn bersama mereka kan..dan mengikut bkal suami..sepupu2 dia rmai yg lelaki..dan msti lah kna mkn bersama mereka smsa knduri 2...dan 1 lagi...di rmh keluarga lelaki nnt akan ada sesi mkn beradap..kalau ikutkan ana..ana xnak..tpi bkal mak mertua yg rncg..xsmpai hati nak menolak...mcm mna ye kakchik..ana buntu..nak mkn bwh purdah...tkot plak comot cz purdah berwarna lmbut...mnta pndpt kak chik dari pengalaman kak chik..asif byk tya..=)

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs