Followers

21.9.10

Beg Tangan Rorine Untuk Dijual

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik ada berita baik ni. Beg tangan kakchik yang jenama Rorine tu selalu saja ada orang tanya beli di mana. Jadi kakchik rasa daripada kakchik jual beg kesayangan kakchik tu, bolehlah kakchik jual yang baru kepada sesiapa yang berminat.

Inilah begnya:

Beg kesayangan kakchik. Sampel je ni.

Beg ni kalau kalian perasan selalu sangat kakchik pakai terutama bila ada majlis di waktu malam. Saiznya sederhana besar (nanti kakchik update dgn ukuran yang tepat), ada 2 ruangan. Kakchik selesa membawanya ke mana-mana saja.

Bahagian berbutang terbuka dan nampak dompet kakchik.
Beg tangan ni harga jualnya RM89.90 RM139.90 tapi kakchik nak jual RM80.00 saja termasuk kos penghantaran. Kalau ada yang berminat, bolehlah email atau PM kakchik ya. 

Kalau ada beg tangan Rorine yang cantik dan memuaskan hati kakchik, insyaallah kakchik akan promosi lagi. Ini saja nak cuba tengok pasaran.

Kakchik jual item yang kakchik suka je.

11 comments:

  1. nak jual handbag pulakke kakchik?

    sejak kakchik cerita pasal bag coach kakchik yg baru beli haritu, saya pun teringin nak handbag baru, kalu bole nak cari coach jugak.. hehe

    ReplyDelete
  2. wallet ada jual tak kakchik? harga bawah rm40

    ReplyDelete
  3. wan, hajatnya macam tu lah. kakchik ni dah lama join Rorine tapi tak pernah serius nak menjual produknya. selalunya beli untuk diri sendiri je. kali ni nak jual produk Rorine dan mana-mana beg tangan imitation yg kakchik suka. kalau wan nak beli beg coach kakchik pun akan jual juga nanti.

    ReplyDelete
  4. Idah, wallet lelaki ke? insyaallah ada. untuk perempuan pun ada.

    ReplyDelete
  5. alamak...
    cantiknya kakchik.
    tapi baru beli handbag bari ri tu.
    huhuhu...
    tak pe, insyaAllah next time.
    bila dah start keje probably.
    =)

    ReplyDelete
  6. bagus idea tu kak chik, kalau ada bag yang akak berkenan bolehlah akak order dari kak chik.

    ReplyDelete
  7. nak yg wanita punya kak..idah punya wallet dah usang sgt2..ihik:) almaklumlah nak cr yg sesuai dgn citarasa ni susah(sbb cerewet).handbag pun suka..coach tak mampu lagi kot..ihik:)

    kakak ipar idah beli coach original kat jepun fuhh dasat harganya walaupun sale 50% harganya...tapi dalam matawang yen kan..so tak de nmpk mahal mana...kalau convert mahunya berpeluh dahi..ihik..

    ReplyDelete
  8. Latifah, hehe, kakchik memang cantik kihkihkih... gurau je ya. no worries la dik, next time akan ada peluang lagi. Pakai dulu yang mana ada.

    ReplyDelete
  9. kak azah, terima kasih kerana sokong idea kakchik ni. belum nak serius lagi tapi cuba dulu tengok pasaran macamana. akak kena bagitau preference akak nanti boleh rekomen.

    ReplyDelete
  10. Idah, insyaallah bila dapat gambar katalog dompet wanita kakchik akan update dalam FB ya.

    Coach yang ORI memang tak terbeli la Idah. Kakchik punya limit RM300 je. Itu pun blm pernah beli yg semahal tu. Buat masa ni pakai yg imitation je.

    ReplyDelete
  11. Assalam, terbaik la kakchik. Ya bagus jgk idea kakchik. Saya sokong lgpun beg2 yg kakchik pos cantik2 jgk.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs