Followers

14.9.10

Majlis Mesra Aidil Fitri PERAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kepada teman-teman yang bertanya pasal gambar-gambar yang kakchik ambil semasa menghadiri program di atas, maafkan kakchik kerana terlambat beberapa hari. Bila badan kurang sihat, banyak perkara yang menjadi lambat untuk bertindak-balas termasuklah proses nak upload gambar.

Pada malam 12 Sept. lepas, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) telah menganjurkan makan malam ala-ala rumah terbuka di Ballroom Kelantan Trade Centre, KB.
Sebenarnya setiap tahun program sebegini diadakan bagi mengeratkan hubungan negeri dengan anak-anak Kelantan yang merantau atau menetap di luar Kelantan. Biasanya perjumpaan besar-besaran ni diadakan sempena hari raya aidilfitri kerana waktu inilah ramai yang balik ke Kelantan.

Inilah sebahagian dari gambar-gambar yang kakchik ambil sebelum kamera kakchik habis bateri.

Pendaftaran.

Para YB yang hadir.

Mendaftarkan diri dan keluarga untuk dapatkan no cabutan bertuah dan goodie bag.

Urusetia berbaju hijau menyambut kedatangan YB Mejar Anizam.

Suasana di depan pintu masuk.

Menyerah borang pendaftaran selepas diisi maklumat terkini. Tahun depan senang nak jemput.

Sebahagian hamper untuk cabutan bertuah.

Hidangan nasi kerabu di atas meja VIP.

Majlis amat santai sekali. Sambil makan sambil dengar dikir barat, nasyid, sajak dan celoteh juruacara.

Yang bernasib baik dapat tempat duduk. Ramai yang dok atas lantai je.

Dari jauh kakchik nampak Tok Guru.

Gambar kami hasil tangan Topeng Perak Unmasked. Terima kasih TPU.

YB EXCO Pertanian, segak berbaju Melayu.

3 orang imam terawikh dari Mesir yang masih berada di Kelantan turut dijemput ke majlis ini.

Pendaftaran selesai agak lewat kerana ramainya yang datang. Sambutan sangat hebat.

Cukuplah kakchik katakan majlis itu berjaya mengumpulkan hampir 3 ribu orang anak-anak Kelantan. Syabas pihak penganjur! Mungkin tahun depan kena buat di stadium la kot hehe. Barulah ramai yang dapat duduk atas kerusi.

Wassalam.

2 comments:

  1. k.cik..2 thn lepas kami pergi ke majlis sambutan ank perantau...sbb masih jd perantau...tahun ni cik abe kata nak pegi...tp bie kata boleh ke kami pergi sbb dh tak jd perantau lg...klu boleh tahun depan nakgi lah k.cik...

    ReplyDelete
  2. bie, kalau sblm ni bie pernah hadiri prorgam PERAKAN ni, kakchik pula inilah kali pertama. tau-tau sajalah kakchik ni suami isteri bukan perantau hehe.

    tahun ni pergi sebab nak buat liputan. pergi aja bie, takde salahnya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs