Followers

27.9.10

Perkongsian: Bukan sengaja malas

Oleh ADHAM SHADAN

ANDA seorang pemalas? Atau anda seorang bos yang kecewa dengan sikap pekerja-pekerja anda yang malas dan lembap dalam melaksanakan tindakan? Jangan marah-marah. Mungkin anda perlu melihat malas dalam horizon yang lebih luas.

Selain melihat malas lebih kepada masalah psikologi atau sikap individu, malas juga boleh dilihat dari sudut kesihatan. Seseorang itu mungkin malas kerana mempunyai penyakit yang bersimptom kemalasan atau melibatkan hormon.

Gambar hiasan dipinjam dari Saifulislam.com

Menurut pakar kesihatan pekerjaan, Hospital Pakar An-Nur, Dr. Azrul Rozaiman Datuk Abdullah, malas bukan sekadar keengganan untuk melakukan sesuatu aktiviti tetapi ia adalah koleksi sifat-sifat buruk merangkumi sikap gemar bertangguh, tidak menepati waktu, tidak pandai mengurus masa dan lemah untuk mengenal pasti apa yang perlu diutamakan.

Dalam konteks kesihatan pekerjaan, Azrul yang mempunyai kepakaran dalam bidang penyakit pekerja atau risiko penyakit yang boleh didapati pekerja daripada penggunaan bahan kimia serta psikologi, menyifatkan malas diistilahkan sebagai kurang produktiviti.

Subjektif

Tapi, ujarnya, malas juga bersifat subjektif kerana ia bergantung kepada perspektif individu.

Misalnya, jika seorang itu boleh menghasilkan 10 bahan dalam seminggu sedangkan rakannya boleh menghasilkan 100 bahan dalam tempoh yang sama, dia mungkin dianggap malas.

Tetapi dia mungkin tidak dianggap malas oleh bosnya sekiranya bosnya sendiri hanya mampu menghasilkan lima kerja dalam seminggu. Begitulah penjelasan Azrul bagaimana kayu ukur malas boleh berubah.

Jelasnya, daripada konteks kesihatan, malas boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu malas yang merupakan simptom kepada sesuatu penyakit atau malas kerana kesan sampingan ubat-ubatan.

Azrul memberitahu, memang terdapat beberapa penyakit yang boleh menjurus kepada sifat malas seperti penyakit hipotiroid yang disebabkan oleh kekurangan hormon tiroid.

“Apabila hormon tiroid kurang dalam diri seseorang individu, maka ia biasanya akan memperlihatkan simptom malas seperti mentalnya lambat memproses maklumat, lesu, pergerakan turut menjadi lambat dan aktiviti metabolisme badan menjadi perlahan,” ujarnya.

Hormon tiroid dikeluarkan oleh kelenjar tiroid yang terletak di bahagian leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan.

Hormon tiroid berkurangan boleh jadi disebabkan oleh kekurangan pengambilan makanan beriodin seperti ikan.

Beban kerja

Jelas Azrul, penyakit ini hanya boleh dikenal pasti doktor dengan membuat ujian darah. Rawatannya ialah dengan memberi ubat yang boleh meningkatkan kembali paras hormon tiroid dalam diri.

Selain daripada itu, kesan sampingan daripada pengambilan ubat juga boleh membawa kepada rasa malas.

Menurut Azrul, kurang daripada lima peratus pengambil sejenis ubat darah tinggi atau hipertensi boleh mengalami kesan sampingan seperti kelembapan mental dan fizikal.

Depresi atau stres juga boleh mendorong kepada rasa malas.

Berkenaan stres atau depresi jika disebabkan beban kerja yang terlalu banyak melepasi batasan kemampuan diri, Azrul menyarankan supaya wujudnya interaksi antara bos dan pekerja.

“Dalam hal ini, pekerja itu dilihat seperti malas tapi sebenarnya bukan malas.

“Dia mungkin tertekan ekoran beban kerja yang melampaui kemampuan dirinya atau beban kerja yang tidak seimbang antara pekerja-pekerja. Interaksi antara bos dan pekerja mungkin boleh memperbaiki keadaan,” ujarnya.

Dari sudut psikologi, malas boleh jadi disebabkan oleh cara individu dibesarkan, pengaruh sekeliling dan kekurangan pengetahuan.

Amalan bertangguh-tangguh atau melengah-lengahkan kerja juga menjadi penyakit masyarakat moden kerana tekanan hambatan masa.

Menurut sebuah majalah kesihatan, kajian terbaru mendapati 20 hingga 25 peratus daripada manusia hari ini adalah seorang yang gemar bertangguh berbanding hanya lima peratus pada tahun 1978.

“Seorang itu menjadi pemalas mungkin juga kerana cara dia dibesarkan yang mana semua yang dikehendaki tersedia untuknya.

Minat

“Seseorang itu juga mungkin menjadi malas kerana ia dipengaruhi oleh orang sekelilingnya yang suka bermalas-malasan.

“Persekitaran turut mempengaruhi seseorang itu menjadi malas,” ujarnya sambil menjelaskan terdapat dua kategori malas, iaitu malas pada perkara tertentu dan malas pada melakukan banyak perkara.

“Ada sesetengah orang itu kita lihat dia rajin di rumah tapi di pejabat dia malas dan begitu juga sebaliknya. Mengapa ini berlaku?

“Ia mungkin kerana minat terhadap aktiviti berkenaan kurang kerana kekurangan pendedahan atau pengetahuan,” katanya.

Justeru, untuk mengatasi masalah malas ialah dengan mendapatkan pengetahuan secukupnya terhadap apa yang perlu dibuat.

“Para bos misalnya perlu peka dengan kondisi pekerja. Mungkin mereka malas dan tidak produktif kerana mereka tidak tahu atau jelas tentang kerja yang perlu dilakukan,” katanya.

Memberikan motivasi juga merupakan salah satu cara untuk menyingkirkan sifat malas. Sebab itulah pengkaji-pengkaji dari Australia pernah menyifatkan malas yang ekstrem sebagai motivational deficiency disorder.

“Motivasi boleh datang daripada dalam diri individu itu sendiri dan boleh diperoleh daripada dorongan motivasi orang lain. Motivasi bagi diri sendiri boleh diperoleh dengan menetapkan matlamat yang khusus,” ujarnya.

Selain daripada itu, bagi keadaan tertentu dan tujuan yang baik, Azrul berkata, untuk menambah minat seseorang melakukan perkara itu boleh juga menerusi paksaan.

“Adakalanya penyakit malas perlu diubati dengan paksaan. Bukankah dalam hidup kita ada perkara yang kita pada awalnya tidak berminat tetapi berubah minat apabila didorong atau dipaksa untuk melakukannya?

“Seperti juga yang diajarkan dalam agama tentang hal solat. Islam mendidik umatnya agar menyuruh anak sembahyang pada umur tujuh tahun.

“Jika umur 10 tahun, mereka tidak sembahyang, mereka perlu dipukul. Apabila mereka sudah biasa melakukannya, ia boleh mendatangkan minat dan mereka membesar menjadi seorang yang tidak malas untuk menunaikan solat,” katanya.

Artikel disalin sepenuhnya dari Kosmo Online. Sebagai manfaat tuan punya blog dan juga para pengunjung. Adakah kita termasuk dalam kategori orang yang MALAS?

4 comments:

  1. salam kak chik...

    ada masa memang malas nak buat kerja rumah...nasib baiklah tang masak belum malas lagi..sebab cik abang suka makan kat umah..
    masak telur pun tak per

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Selamat pagi kakchik...Masih selsema ke ? semoga cepat sembuh.
    Entri kali ni mcm kebetulan pulak kakchik...sebab tiap hari saya berdepan dan menjalankan ujian darah untuk hormon tiroid ni...
    Tak tahu pulak hormon ni berkaitan dgn sikap malas....tapi boleh jadi jugak sbb ia berkait dgn simptom2 yg lain...anyway good sharing.

    ReplyDelete
  3. wkslm kak ina.
    memang betul kak. baguslah akak ni. kalau kakchik bab masak ni pasang surut moodnya. ada masanya kerajinan melampau, masak setiap hari. ada pulak kemalasan melanda, mulalah nak suruh suami membeli. alhamdulillah sejak dok rmh sendiri ni, malas masak ni dah luntur :)

    ReplyDelete
  4. Wkslm Alasmal.
    Selamat petang ya. Dah bbrp hari baru kakchik nak balas. Kakchik dah tak selsema dah tapi telinga pulak yg bengkak. Agaknya kesan dari makan ubat kampung yg panas tu.
    Oh, kerja Alasmal berkaitan dgn kesihatan ke? Kalau baca dr artikel ni kemungkinan ada kaitan tu sgt besar.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs