Followers

12.2.10

Majlis Pembukaan Rasmi Terpaksa Ditunda dan Teka-Teki Special

Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua teman-teman dan para pengunjung semua.

Apa khabar kalian semua hari ni? Semoga kita semua sentiasa diberi rahmat kasih sayang oleh Allah SWT dan darinya kita saling berkenalan, bersahabat dan berkasih-sayang kerana Allah. InsyaAllah persaudaraan antara kita kerana mencari keredhaan-Nya, pasti akan mendapat ganjaran yang baik. Lain pula jika kita menghulurkan salam perkenalan tapi sekadar mencari kepentingan duniawi, erk... misalnya hanya untuk klik-klik nuffnang ke... hehe, kan rugi pula di akhirat nanti.

 
MariBaca berada di sini, Kota Sri Mutiara

Petang ni kakchik ada berita dukacita sikit, iaitu pasal Majlis Pembukaan Rasmi kedai buku kakchik, MARIBACA BOOKSTORE yang dijadualkan pada 14 Feb 2010 nanti. Huhu, majlis terpaksa ditunda, sebab kakchik dimaklumkan pihak shopping mall nak tutup sehari sempena Tahun Baru Cina, iaitu pada hari kakchik nak buat majlis. Sabar ajelah. Nak buat macamana kan. Walaupun kita dah merancang sebaik-baiknya, Allah menghendaki rancangan kita berubah, maka terpaksalah kakchik terima hakikat dan ubah jadual majlis tersebut.

 
Dekorasi dalam Kota Sri Mutiara sempena Tahun Baru Cina

Sekarang ni dalam shopping mall Kota Sri Mutiara ni memang pelanggan ramai daripada biasa, terutama kaum Cina yang nak makan besar petang esok. Kat depan pintu utama tu, dibuat khemah besar menjual pelbagai jenis limau, air kotak dan beberapa barangan keperluan yang boleh dibeli segera tanpa perlu masuk ke dalam supermarket. Yang kelakarnya, orang Melayu pula yang tumpang sekaki memeriahkan suasana membeli limau-limau tu berkotak-kotak, nak bersedekah la tu.

Balik pada TOPIK entri ni, kakchik nak minta maaf sangat-sangat kepada kawan-kawan dan pelanggan yang kakchik telah jemput sebelum ni untuk ke majlis pada hari Ahad nanti. Maafkan kakchik kerana terpaksa mengubah tarikh di saat terakhir. Kakchik baru dimaklumkan pasal shopping mall akan ditutup tu. Kakchik juga terpaksa menghubungi VIP yang merasmikannya, alahai, segan betul bila nak bagitau dia pasal penundaan majlis ni. MashaAllah.

 
Cantik bunga-bunga bergantungan ni walaupun simple je.

Kita berniaga dalam bangunan orang, terpaksalah meraikan tuan empunya dan mana-mana perayaan yang disambut. Lagipun setiap kali Hari Raya pun semua pasaraya di Kelantan akan ditutup selama 2 hari. Kiranya sama-sama menghormati antara agama masing-masing barulah hidup dalam masyarakat majmuk ni aman bahagia kan.

Ok, tentu kawan-kawan pun nak tahu bila majlis akan dibuat kan? Sekarang ni kakchik ada dua tarikh cadangan iaitu 18 Feb, Khamis atau pun 26 Feb, Jumaat. Kalau VIP Perasmi setuju dengan salah satu dari tarikh tu maka, kakchik mohon sangat-sangat Allah permudahkan ianya dilaksanakan dengan sempurna.

Ehem, 26 Feb tu bersamaan 12 Rabiulawal 1431H. Tarikh apa ya? Amat bermakna untuk kakchik tu...  Ada 2 sebab tarikh itu amat special buat kakchik. 

Siapa orang pertama yang dapat menekanya dengan TEPAT dalam tempoh 24 jam dari sekarang akan dapat HADIAH ISTIMEWA dari kakchik.

Wassalamualaikum.

17 comments:

  1. Salam,

    Hi, sy org pertama bg komen. Klu slh jawapanny pun bgla hadiah ye kak chik, hehehe. Tapi, tak pasti tarikh yg mana satu istimewa bg kak chik 26 feb ke 12 rabi'ul awwal. klu 12 rabi'ul awwal tu, sy rasa istimewa bg kak chik sbb tu tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w n tarikh kak chik dinikahkan ngan che abe kot, hehehehe

    ReplyDelete
  2. opss terperasan lak. rupanya komen kat blog kak chik ni akan visible selagi tak approved. so, ada la yg dah bg komen sblm sy, maybe kak chik tak approved lagi, hihihi, terperasan lak...

    ReplyDelete
  3. satu pasal kelahiran rasulullah kedua hari lahir kak chik kot?...betul ke..

    kak chik nape aja nak shout kat situ x leh..dia kata IP kena banned?...y?...y me??? apakah dosaku?

    ReplyDelete
  4. xpelh kakchik...mungkin ada rahmat disebalik penundaan tu....

    alahai dh ada org jwb la.....

    ReplyDelete
  5. alaaaa.... terlambatt! kiter tau jwpannyaaa... sama jwpan ngan noor ateh tuh! kan kan kan! alaa takpelah... psttt..lenkali akak wat teka teki bila hana lahir! sure kiter dpt jwb! kikikikiki

    ReplyDelete
  6. salam kak chik..hehe..jawapan yg yan nk teka dh ada org jawab, tp takpe gud luck tuk diorg...

    ReplyDelete
  7. baru balik sekolah....nak jawab tapi dah ada orang jawab...

    try je la...mana tahu betul...hehehe...
    tarikh perkahwinan kak chik...kot...heheh

    ReplyDelete
  8. salam kakchik..hmmm dah ada org jawab...tumpang sekaki ng jawapan derang tuh..kakchik, moga sumanya dimudahkan!!

    ReplyDelete
  9. assalamua'laikum....saya tau,saya tau...kakchik kahwin 12rabiulawwal kan....mcm penah bc dlm entry sebelum ni.tp sbb ke2 taktau la pulak.....

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikummussalam Noor Azaref.

    Ha'ah memang kamu org yg pertama, perasan betul takpe... sebab memang jawapannya betul utk 12 Rabiulawal tu. Tahniah ya!

    ReplyDelete
  11. aJa, kakchik lahir bulan 4, ada tarikhnya dalam profil facebook hehe.

    anyway, thanks for trying.

    pasal shoutbox tu kakchik pun pelik. kadang2 kakchik sendiri pun kena bar IP Addressnya dan takleh komen. Entah sapa yg hack shoutbox kakchik tu. kakchik minta maaf ya. masih misteri ni.

    ReplyDelete
  12. terima kasih kak nza. Harap2nya begitulah.

    ReplyDelete
  13. hana, terima kasih sebab jawapan hana pun betul cuma hana terlamat sikit. hehe... kalau buat teka-teki tarikh lahir hana, mesti hana yg cepat sampai menjawabnya kan.

    ReplyDelete
  14. wa'alaikummussalam yan. takpe yan, mungkin akan ada teka-teki lagi next time.

    ReplyDelete
  15. norain, jawapannya betul untuk satu sebab. ada 2 sebab tu...

    ReplyDelete
  16. wa'alaikummussalam fmina. terima kasih sebab sudi juga menjawab w/pun tahu dah ada yg sama dtg lebih awal. insyaAllah akan dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  17. Wa'alaikummussalam Normi. Ha'ah betullah tu tapi kena jawab kedua-dua reasonnya... terima kasih sudi mencuba.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs