Followers

7.11.08

Tag dari kin

Assalamualaikum semua.

tag... oh... tag...
Sebelum ni kakchik pernah terima 3 tag tapi semua kakchik tak jawab sebab panjang dan masa tu kakchik sedang sibuk dengan exam semester Mei. So... simpan aje dlm folder dan bagitau kawan yang tag kakchik tu bahawa kakchik tak dapat beri kerjasama. Nasib baik diorang ok je.

Kali ni ada permintaan khusus yang datangnya dari bumi Ireland sana. Oleh sebab datangnya jauh tag ni, maka kakchik cubalah jawab. Tak tahulah ok ke tidak cara kakchik jawab ni tapi kin... kakchik dah delete semua jawapan kin & rakan2 tu sebab banyak sangat, so tinggal jawapan kakchik je. Tak pe lah kan?

Jadi... inilah dia tagnya.
================

[1] Bekas kekasih saya adalah :
Ada ke takde ya? Kenangan lama... tak elok dikenang lagi kan?

[2] Saya sedang mendengar :
Lagu-Lagu nyanyian OPICK, liriknya amat menyentuh hati, mengingatkan kita kepada Tuhan.

[3]Mungkin saya patut :
Siapkan lebih awal assignment HDPS3403 tu barulah selesa nak dihantar.

[4]Saya suka :
Membaca, tonton channel National Geo, Discovery, Animal Planet, Asia Food, AXN dan KBS Global, jalan-jalan ke kedai buku dan sembang-sembang pasal buku.

[5]Sahabat-sahabat baik saya :
Masa kat STMFP: Marini (Dr), Wan Hasmawati(Dr), Siti Raihan(Dr), Ruhaya(Cikgu), Syusi(Prudntl), Syarifah(H.Mngr), Norly(Cikgu), Syafini(Tutor), Zuraiha (FarmC)
Masa kat USM: Azida(Cikgu), Azlina(Cikgu), Mazni(Cikgu), Sakinah(Cikgu), Fatimah (Cikgu), Noraini(IT Exec), Seri Wahyuni(Pnsyrh), Ruhaya(Cikgu), Zaswiza(FarmC), Marhaini(FarmC), Nik Fatni(Cikgu), Lily Husniati(Dr), Norkamariah(Susuibu.com), Karimah(Dr), Harmila(Cikgu), Azurawati(Cikgu) Kak Rahimah(Cikgu), Kak Ni(Cikgu), Kak Nazrah(Cikgu), Norhusmaniza (H.Mngr), Che Roslizanah(Cikgu)

Sekarang: Kak W.Norainun(H.Mngr), Ni'mah(Entrpnr), Kak Sarenawati(H.Mngr), Rosnani(Dr), Adyani(Peg.UPW), Kak Ann (RAKB), Kak Jae (RAKB), Kak Lind(RAKB), Kak Misra(Pgrs. Tadika), Kak Norriha(FarmC),Kak Mazidah(H.Mngr), Kak Hesselin Surialis(Pgrs. Tadika), dan masih berhubung dengan hampir kesemua sahabat semasa di STMFP dan juga USM.
Terkini: teman-teman bloggers yang sudi melayan sembang-sembang di alam siber.

[6]Saya tak paham :
- kenapa saya tak faham soalan ini? Tak tau nak jawab apa sebenarnya... sebab banyak sangat yang kakchik tak faham

[7] Saya kehilangan :
Mok (nenek) tersayang tanpa sempat bertemunya di saat akhir. KakChik tinggal dengan Mok dari darjah 1 hingga darjah 6 sebelum ke STMFP. Mok meninggal dalam bulan Ramadhan semasa kakchik di Matrik 1 di STAR, keluarga tak dapat hubungi kakchik, 2 minggu kemudian baru kakchik tahu bila balik nak raya.

[8] Ramai yang berkata :
"Budak-budak zaman sekarang ni memang susah nak diajar, orang tua pun tak hormat".

[9] Makna nama saya :
Bahagian depan je ada makna, Nor/Nour = Cahaya. Yang belakang takde makna. Sebab tu Cik Abe suka panggil Nour...hehehe

[10] Cinta itu adalah:
Sama macam kin, cinta hakiki hanya untuk Yang Esa, cintakan suami: saling menerima seadanya, saling menghargai, saling bantu membantu meningkatkan keimanan, cintakan keluarga: sayang-menyayangi kerana Allah, cintakan sahabat: biarlah membawa kebaikan bersama dunia & akhirat

[11] Di suatu tempat, seseorang sedang :
mandi... bersedia untuk ke masjid, waktu Maghrib dah dekat.

[12] Saya akan cuba :
Ulangkaji sebaiknya semua subjek sebab exam dah tak lama lagi dan curi-curi masa habiskan sekurang-kurangnya 2 buah buku sampingan.

[13] Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Hingga akhirnya @ forever and ever @ ever after

[14] Telefon bimbit saya :
Nokia 6120 Classic - setakat ni sudah memenuhi tuntutan kerja kakchik sebagai aktivis masyarakat terutama bab-bab teknikal

[15] Bila saya terjaga dari tidur : Allamdulillahillazi ahyana ba'dama amatana wa ilaihinnusyur. Allahu Akbar!

[16] Saya paling meluat apabila :
  • Melihat orang tua yang masih bergaya sakan (tabarruj) seperti berbaju sendat, berkain sempit/belah, bermake-up tebal, berambut warna dan seumpamanya.
  • Orang yang ketawa kuat dan mengilai-ngilai seolah-olah nak orang tahu yang dia sedang ketawa.
  • Orang yang makan sesuatu dan suka buang sisanya ikut suka hati misalnya kat celah rak buku, kat celah kerusi, ikut tingkap kereta tak kisah jatuh di mana.
  • Orang yang merokok di tempat yang ramai orang lain dan kanak-kanak.
  • Mendengar orang cuba mengampu saya agar diberi cuti lebih panjang.
  • Melihat anak-anak muda remaja berdua-duaan dan berkepit-kepitan di depan orang ramai tanpa rasa malu.
  • Orang kata, "ni bila nak mengandung ni? dah 6 tahun kawin takkan nak rancang lagi kot!" yang ni PALING MELUAT.
[17] Pesta/Parti adalah :
Pesta buku je yang kita pergi. Parti buku je yang kita anjur... tukar dari parti harijadi. Dan satu lagi ialah Parti Islam ...

[18]Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Seekor monyet yang sangat kecil macam anak kucing je... tapi tak ingat apa jenis monyet tu, cute sesangat.

[19]Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
sekarang cakap: "bestnya masa dok u dulu"
masa dok u cakap: "bestnya kalau dok sekolah lagi"

masa dok sek men cakap: "time ni le paling best"

tapi... paling menyeronokkan ialah sepanjang usia yang Allah pinjamkan ini...


[20]Hari ini :
hari Jumaat... suasana kat rumah hening saja..ada bunyi telenovela di tv

[21]Malam ini saya akan :
1. sediakan 'things to do' untuk esok 2. baca novel sikit 3. gosok baju 4. blogging lagi

[22]Esok pula saya akan :
1. pergi kerja
2. jumpa tutor jam 10.30 pg

3. siapkan kertas kerja untuk Special Read Aloud Session untuk musim cuti sekolah

4, bincang dengan rakan sekerja ttg proposal dari Dr. Zaharah

5. survey harga troli buku & almari baru untuk 'new arrivals'.


[23]Saya betul2 inginkan :
cahaya mata di dalam perkahwinan kami. cawangan baru MariBaca di Kubang Kerian berjaya dibuka Jan depan. hutang belajar dengan JPA dapat dilangsaikan bulan 12 nanti. semua amanah yang saya pikul dapat dilaksanakan dengan sempurna.

[24]Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
terfikir...terima kasih Ya Allah.

[25]Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Pusat membeli-belah... arked permainan tak pernah gi. Kalau ada barangan yang banyak diperlukan kakchik suka gi Pacific - KB Mall, Billion, The Store atau Pantai Timur Hypermart. Tesco jauh sangat...

[26]Makanan Barat atau Jepun :
Makanan Barat kot sebab makanan Jepun tak pernah cuba. Banyak yang mentah lagipun... kureng sikit.

[27]Bilik yang terang atau gelap :
Terang... sebab power mata dah lebih 600 ni, tido... tak kisah terang @ gelap dua-dua boleh.

[28]Makanan segera adalah :
Keropok segera, mee maggi, maggi cawan, ayam goreng Edlee ... tak boleh selalu diamalkan, kesihatan pun nak kena jaga. KFC, McD, PizzaHut tu nama je makanan segera tapi bila order bukannya dapat segera pun.

[29]Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Nok tidur ke Yang?

[30] Adakah anda ingin panjangkan TAG ini??
Mungkin untuk ni'mah kot. Nak juga tahu jawapan dia...

(31) Sudahkah anda menunaikan kewajipan anda sebagai seorang Islam hari ni?
Insya-Allah, untuk Allah, untuk cik abe, untuk Ummi, untuk Ayah dan untuk masyarakat... rasanya tak berhutang lagi hari ni.

[32] Bila kali terakhir anda cium mak & ayah korang?
Ummi beberapa hari lepas, Ayah just cium tangan masa raya baru-baru ni.

[33] Sudahkah anda korek hidung pada hari ni?
Hahahahahah... secret le... wajib bersihkan sebab Syaitan suka dok depan lubang hidung tu.

Dah habis dah... selamat juga diselesaikan tag ini. Harap-harap kin puas hati ya.

4 comments:

  1. Sekarang musim tag panjang2 yer kak?
    ke lama dah berlaku?:D

    ReplyDelete
  2. time kasih kak chik, sudi layan jawab tag nih hehehe... saya dapat lebih kenal diri kak chik :).

    ReplyDelete
  3. ibnurashidi - rasanya musim tag dah bermula agak lama dah... kakchik terima yang pertama kalau tak silap dalam bulan apr. kalau ibnurashidi nak cuba, silakan.

    kin - sama-sama, semoga ada manfaatnya. yang kurang elok tu, buat2 tak nampak ya.

    ReplyDelete
  4. Oh! Macam tie je...baru post entry tag. Harap2 tak ade lagi tag ni...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs